Bab 3

40 2 0
                                    

Untuk pembaca JDLM, anda semua boleh dapatkan eNovel ini dengan harga RM 15 di aplikasi e-sentral atau secara langsung  kepada penulis. Boleh WhatsApp 0176909765 untuk pembelian dan jangan lupa ikuti penulis di seluruh media sosial untuk tidak ketinggalan.

***

“I balik dulu. Ingat eh, kunci semua  pintu and tutup semua lampu sebelum balik,” arah Aisyah tegas. Tidak pernah lembut budi bicaranya dengan semua pekerja. Senang cerita, tiada istilah berat sebelah.

Anak matanya fokus menghadap skrin telefon pintar, namun tidak telinganya. Kedengaran desas-desus ocehan mengenai dirinya dari arah belakang. Dia berpura-pura ralit bermain telefon, ingin tahu juga apa yang mereka di belakang sedang bualkan.

“Entah apa-apalah bos tu. Asyik membebel aje. Patutlah tak kahwin-kahwin sampai sekarang,” kutuk Nur berdesis.

“Shh! Apa benda yang kau cakap ni?” Pintas Izzah mencubit lengan Nur.

“Aduh! Isy! Sakitlah!” marah Nur seraya menggosok laju lengannya.

“Kau nak kena buang kerja ke? Kalau bos dengar macam mana? Nahas kita,” marah Izzah kembali.

“Ala ... bos takkan dengarlah.”

Perlahan-lahan badan Aisyah berpusing ke belakang. Tersungging senyum sumbing di bibirnya. Senyuman itu dihadiahkan istimewa buat Nur.

Jarak antara mereka hanya 3 meter, memang pembohong kalau Aisyah bilang dia tidak mendengar perbualan tadi.
“Siapa cakap I tak dengar? Separuh gaji you bulan ni, I potong,” ugut Aisyah tidak main-main. Dia serius.

“Hah? Ala ... bos. Saya ... bergurau aje tadi.” Nur cuba membodek.

Kepala Izzah tergeleng-geleng. Daripada dia melayan si Nur, lebih baik dia kira stok di belakang. Berani buat, beranilah tanggung.

“Dah! I nak balik. Pergi tolong Izzah dan Tikah kat belakang tu,” bebel Aisyah sebelum berangkat pulang.

Nur menerima arahan bersama hati tertutup. Tubir bibir Aisyah ternaik sedikit. Sekarang, baru Nur tahu sama ada langit itu rendah atau tinggi.

Dia melenggang menuju ke kereta. Kaki langit kian mendung, menandakan hujan bakal turun. Lebih baik dia cepat. Perbuatan Aisyah terburu-buru. Seolah-olah ada urusan yang mustahak.

Dia melepaskan keluhan panjang. Sangat panjang. Jalan raya selalu sesak pada waktu petang begini. Tidak pernah lengang! Entah bagaimana dia boleh menghadapi semua perkara ini setiap hari.

Semua kereta di atas jalan raya itu tidak bergerak. Satu jam dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Sepanjang satu jam tadi, dia sekadar bermain telefon pintar sambil mendengar radio.

Akhirnya, dia hampir tiba di kawasan perumahan.
“Aaa!” teriakan Aisyah bergema memenuhi ruang kereta. Pedal brek terus ditekan.

“Aku dah langgar orang ke? Macam mana ni?” bisiknya halus seraya menggaru kepala yang terasa gatal. Kakinya melangkah keluar dari perut kereta.

“Encik, okey tak? Maafkan saya ... saya tak sengaja.” Aisyah menghampiri sekujur badan yang terjatuh menyembah tanah.

“Saya okey,” balas jejaka itu. Secara perlahan dia bangkit lalu motosikal Yamaha itu diangkat.

“Lepas ni tolonglah hati-hati ya, cik ...” Tidak sempat dia nak habiskan ayat, kedua-dua matanya membuntang.

“Encik? Helo ... encik okey tak?” soal Aisyah cemas. Jejaka itu memandangnya dengan mata yang terbeliak. Ada apa-apakah pada wajah  Aisyah?  Mukanya terlihat macam hantukah?

“... astaghfirullahal’azim.” Segera peria itu beristighfar. Gesit dia memusingkan badan ke arah lain. Mulutnya terkumat-kamit mengucapkan istighfar.

Aisyah memandang lelaki itu dengan seribu satu tanda tanya. Apa masalah lelaki itu sebenarnya?

“Cik ... kenapa pakai baju macam tu? Kat pasar malam berlambak baju yang cukup kain, cik ... tapi kenapa cik pakai baju yang terdedah macam tu?”

“What?” tanya Aisyah kaget. Dia menyilangkan tangan ke dada.

‘Berani pula mamat ni ceramahkan aku? Kenal pun tidak!’ jerit hati Aisyah.

“Hello, encik! Apa yang saya pakai ni adalah fashion. Huh ... macam ni, of course lah encik tak tahu fashion tu apa kan? Kolot sangat,” sindir Aisyah sembari mengerling pakaian lelaki itu dari atas ke bawah.

Kelihatan tampan juga jejaka itu tatkala mengenakan jubah putih ke tubuhnya. Bertambah lagi auranya apabila kopiah berwarna putih itu terletak kemas di atas kepalanya. Aisyah menoleh ke kiri.

“Masjid? Jadi mamat ni baru balik masjid ke?” Aisyah bergumam. Dia menilik pula pakaiannya. Rasa malu bercampur hina membelenggu perasaannya. Tidak semena-mena dia rasa berdosa.

“Maafkan saya. Err ... nah, ambillah. Ini aje yang saya mampu bagi sebagai tanda maaf.” Sekeping not lima puluh ringgit dihulurkan ke hadapan lelaki yang masih tersembunyi identitinya.

“Tak payah, cik. Cik guna aje duit tu untuk beli baju. Ingat, beli baju yang menutup aurat seorang wanita. Saya nak balik rumah dulu, assalamualaikum,” ujar jejaka itu.

Dari tadi, tiada satu saat pun dia memalingkan pandangan ke arah Aisyah. Dia menaiki semula motosikalnya yang sedikit calar, wajahnya terus ditundukkan demi menjaga mata.

“Kalau boleh saya tahu, apa nama encik?” soal Aisyah. Dia memandang tunak batang tubuh lelaki itu. Kenapa dia terasa dekat dengan lelaki itu? Seakan-akan mereka sudah kenal lama.

“Nama saya ... Umar. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Itulah kata-kata terakhirnya. Jejaka itu berlalu pergi meninggalkan pekarangan Masjid Al-Ansar.

Sementara Aisyah?

Terpesona tepat sahaja mendengarkan nama tersebut. Nama tersebut nyata masih segar di ingatannya. Sangkaannya, nama itu telah lama luput dari memori.
Umar, sebaris nama yang pernah membuatkan dia angau. Bila diingatkan semula zaman 10 tahun yang lalu, tampang muka Umar tidak banyak beza. Wajarlah Aisyah berasa sangat dekat dengannya.

Kasut tumit tinggi bersaiz 2 inci itu menapak menuju ke kereta. Matanya mengerling ke kiri, kanan dan belakang. Mujur tiada siapa-siapa yang perasan sewaktu dia bersama Umar tadi. Perasaan malu berpakaian tidak sopan di hadapan rumah Allah itu masih bersarang di jiwanya.

Terukir kembali senyumannya apakala fikirannya melayang mengingatkan Umar.
“Umar ... saya tak pernah sangka kita akan bertemu lagi ....”

Dia menghalakan pandangan tulus ke arah Masjid Al-Ansar. “Di sini adalah tempat kita dipertemukan kembali, Umar.”

Tiba sahaja di rumah, dia terus menanggalkan kasut tumit tinggi lalu berlari ke kamar. Encik Ahmad dan Puan Siti berpandangan sesama sendiri. Kelibat anak mereka dipandang hairan.

Terdengar pintu bilik dihempas kuat.
“Kenapa dengan si Aisyah tu bang?” tanya Puan Siti serta mencuit lengan suaminya.

“Entah ... kalau dah hempas pintu macam tu selalunya dia tengah marah. Kadang-kadang bila dia gembira pun, dia hempas pintu. Entahlah anak kesayangan kita tu ....”

“Excuse me, anak kesayangan abang. Dari dulu, abang yang selalu manjakan dia,” nafi Puan Siti. Pandangannya berkalih kembali pada televisyen.

Encik Ahmad buat gaya senyum kambing. Baiklah, dia sahaja yang salah. Isterinya tak pernah bersalah langsung!

Manakala Aisyah tengah terseringai sendirian. Berbunga-bunga hatinya bila terbayangkan peristiwa tadi. Sifat Umar tidak ada bezanya dari dulu. Dia masih berpegang teguh pada agama.

“Umar ... aku yakin kau adalah jodoh aku!”

Dia memandang siling sambil membayangkan wajah Umar. Kulit sawo matang itu berjaya menawan hatinya. Bantal busuknya dipeluk erat.

“Aku kena cari idea untuk buat dia terpikat dengan aku, sama macam aku terpikat dengan dia. Tapi macam mana?”

Jodoh Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now