Bab 2

35 3 0
                                        

Untuk pembaca JDLM, anda semua boleh dapatkan eNovel ini dengan harga RM 15 di aplikasi e-sentral atau secara langsung  kepada penulis. Boleh WhatsApp 0176909765 untuk pembelian dan jangan lupa ikuti penulis di seluruh media sosial untuk tidak ketinggalan.

***

RAMBUT ikal mayang miliknya  disikat dengan penuh tekun di hadapan cermin. Gincu disapukan ke bibir untuk menyerlahkan delima merekah itu. Bibirnya dimuncungkan agar kelihatan seksi.

Sempurna! Pasti akan ada mata lelaki yang bersinar galak melihatnya hari ini. Kalau tiada, maknanya lelaki itu yang buta.

Semua tas tangan berjenama tersusun rapi di para simpanan beg. Pelbagai jenama dari luar negara ada pada para itu. Cakap sahaja nak jenama apa? Coach, Louis Vuitton, Gucci, Prada atau Polo Club?

Semuanya lengkap di dalamnya.

Dia mengetuk dagu, buntu hendak memilih beg tangan yang mana satu. Saban hari beg tangannya bertukar ganti, walhal pergi ke pejabat sahaja pun. Keseluruhannya berjenama asli dan mempunyai harga yang mahal.

Memang tidaklah Aisyah hendak memakai beg yang tiada jenama dan tidak asli. Boleh jatuh martabatnya sebagai ‘usahawan wanita’.

“Cun,” katanya sebaik sahaja selesai bersiap. Warna merah menjadi temanya pada hari ini. Gaun pendek yang tersarung pada tubuhnya dan beg tangannya terlihat sepadan.
Helaian rambutnya dibetulkan sedikit sebelum beredar dari biliknya.
“Good morning ... ibu, ayah. Muah!” Dicium manja pipi Puan Siti dan Encik Ahmad yang sedang duduk di meja makan.

“Astaghfirullah ... Aisyah! Berapa kali ayah kena cakap dengan kamu ni hah? Pakailah baju yang cukup kain .... Ya Allah, dah berbuih mulut ayah ni nak nasihatkan kamu!”

Ternaik kedua-dua belah bahu Aisyah. Panjang pula ayahnya membebel pagi ini. Barangkali sebab terlampau geram.

Bagaimana dia tidak geram? Setiap patah perkataan yang dia bebelkan, langsung tidak pernah sekali Aisyah simpan ke hati. Bak kata pepatah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Biarlah dia abang ... janji dia pakai baju,” sampuk Puan Siti seraya menyenduk nasi goreng ke pinggan.

Terjegil biji mata Encik Ahmad.

“Biarlah awak cakap? Apa saya nak jawab di padang mahsyar nanti? Selagi Aisyah belum berkahwin itu maknanya dosa dia, saya yang tanggung.” Encik Ahmad mengorak langkah, meninggalkan ruang dapur.

Perbuatan Aisyah yang baru menarik kerusi, lantas terhenti.

“Begitu juga dosa awak, Siti. Awak adalah isteri saya, saya yang menanggung dosa awak. Belajarlah untuk berubah menjadi lebih baik ... kita ni dah tua, ” tegur Encik Ahmad tanpa berpaling ke arah isterinya. Sakit matanya apakala melihat rambut berwarna merah si isteri. Dia langsung bertolak ke sekolah.

“Kenapa dengan ayah tu ibu? Dalam beberapa bulan ni bukan main alim lagi?” tanya Aisyah berasa pelik dengan perubahan ketara Encik Ahmad. Dulu tiada pula ayahnya membebel kalau dia pakai baju atau skirt pendek. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi kayu.

“Entahlah ... semenjak rajin dengar ceramah kat masjid, semakin berani pula ayah kamu tu sekolahkan ibu. Lainlah kalau ibu ni tak pernah belajar agama,” suara Puan Siti turut tidak berpuas hati apakala ditegur secara halus. Seperti tadi.

Rasa bengang pun ada. Dia masih belum bersedia untuk bertudung tetapi suaminya terus-terusan mendesak. Lagipun rambutnya diwarnakan agar kelihatan cantik untuk suaminya juga. Bukannya untuk suami orang lain.

Aisyah khali sejenak. Nasi goreng disuapkan perlahan ke dalam mulut. Air teh panas dihirup sedikit demi sedikit.

“Aisyah, cepat sikit makan tu. Kamu mesti banyak kerja kat butik kan?”

Jodoh Di Luh MahfuzTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang