Blurb :
"Aku ada tawaran untuk kau." - Hayyan
Bermula daripada satu tawaran telah mengikat Warda ke dalam penjara cinta Tuan Hayyan. Atas dasar ingin melunaskan hutang dia pada lelaki itu, Warda sanggup menerima tawaran yang ditawarkan lelaki itu demi menyelesaikan hutangnya. Siapa sangka dari awal Hayyan telah siapkan surat perjanjian kontrak selama dia bekerja bersama lelaki itu. Dia perlu bekerja dengan lelaki itu sehingga Datin Jasmin sembuh.
Pada awalnya Warda terima kontrak yang ditetapkan oleh Hayyan. Namun bila hati mengkhianati diri sendiri, dia tak mampu nak menipu perasaan sendiri yang dia tidak senang dengan tempoh yang telah ditetapkan oleh lelaki itu.
"Saya kerja dengan tuan sampai datin sembuh?" – Warda
"Kalau kau rasa nak kerja lama kat sini kita boleh buat perjanjian baru." – Hayyan
Hayyan sengaja berkata begitu agar Warda kekal di sini. Dia akui sejak kemunculan Warda ada sesuatu yang dia nampak dalam diri Warda. Keputusan telah dibuat. Hasrat itu dinyatakan pada ahli keluarganya.
"Along nak kahwin." – Hayyan
Menipulah kalau Warda tidak cemburu bila Hayyan luahkan hasrat lelaki itu untuk berumahtangga. Paling mengejutkan dia sangka Hayyan ada gadis lain, ternyata dia silap bila Hayyan mahu menikahi dia.
"Kenapa tuan nak jadikan saya isteri tuan?" - Warda
"Sebab aku tak nak pisahkan kau dengan ibu." – Hayyan
Itu semua hanya alasan. Alasan yang Hayyan tak nak Warda pergi dari hidup dia. Kehadiran Warda seakan melengkapkan ruang kosong di dalam hati dia.
Bagaimana pula penerimaan Warda bila Datin Jasmin dijadikan alasan untuk menikahinya? Jika mereka berkahwin, bahagiakah mereka melayari bahtera perkahwinan ini?
"Prinsip aku satu. Aku kahwin bukan untuk bercerai." - Hayyan
YOU ARE READING
PENJARA CINTA TUAN HAYYAN [TERBIT]
عاطفيةTERBIT DIBAWAH TERBITAN ASMARA PUBLICATION ©️ 2024 Penjara Cinta Tuan Hayyan ©️ 2022 Status: Completed Hayyan Qarizh I Nur Warda Bermula dari satu perjanjian telah mengikat Warda ke dalam 'penjara cinta' Tuan Hayyan. Atas dasar ingin membalas jasa...