TEASER 6💚
Warda membasuh peralatan dapur yang bertimbun di dalam sinki. Sedari tadi fikirannya jauh pergi kemana. Teringatkan balik pengumuman Hayyan menjadikan hatinya tidak tenteram. Hatinya seakan kecewa dengan kenyataan lelaki itu. Benarlah apa yang dirasakannya sebelum ini. Hayyan memang dah ada seseorang.
Ehem!
Tersentak Warda apabila tiba- tiba ada seseorang yang menegur. Bukan dia tidak kenal pemilik suara deheman lelaki itu. Warda membilas tangan selesai membasuh. Tangannya di lap pada kain bersih.
"Tuan perlukan apa- apa?" Memusingkan tubuh, Warda menyoal Hayyan yang berhadapan dengannya. Jarak mereka tak terlalu jauh dan tak juga rapat. Hanya ada ruang sedikit di tengahnya. Kalau Alisha lalu mungkin boleh muat.
"Kau tak wish pun birthday aku." Nadanya seakan berjauh hati. Sejak tadi Hayyan menanti ucapan daripada gadis itu.
"Sorry. Selamat hari lahir tuan. Saya doakan tuan sentiasa dilindungi oleh Allah. Berada dalam jagaan-Nya dan urusan tuan juga dipermudahkan."
Hayyan menarik senyuman mendengarnya. Cuma ada satu lagi yang dia belum dengar daripada gadis itu.
"Ada lagi yang kau tertinggal."
Berkerut dahi Warda. Apa yang dia tertinggal? Tiba- tiba dia teringatkan tentang Hayyan nak langsungkan perkahwinannya. Itukah yang Hayyan mahu dengar daripada dia? Ucapan tahniah dari dia.
"Tahniah tak lama lagi tuan nak kahwin."
"Kau tak nak tahu siapa orangnya?"
Laju Warda menggelengkan kepalanya. Tak sanggup dia nak biarkan hati dia bertambah terluka. Luka yang sedia ada ni pun boleh tahan dalam. Dia takut dia tak mampu nak kawal rasa kecewanya.
"Kejap tuan. Saya nak bagi hadiah." Warda menukar topik. Dia terus melangkah ke bilik untuk mengambil hadiah Hayyan. Beg kertas yang sudah disediakan di sisi meja katilnya dicapai. Dia berharap sangat Hayyan suka pemberiannya ini.
Kembali pada Hayyan, Warda hulurkan beg kertas berjenama itu kepadanya. Membulat mata Hayyan memandang jenama itu. Bukan dia nak memperlekehkan, tetapi dia terkejut Warda membelanjakan wang yang banyak untuk hadiah hari lahirnya. Dia tak suka Warda membazir duit.
"Maaflah hadiah saya biasa- biasa. Tak mahal pun."
"Tak mahal kau kata? Fossil ni Warda. Memanglah harganya aku tahu tak terlalu mahal untuk aku tapi aku tak suka kau membazir."
Warda menggigit bibir. Hayyan tidak suka pemberiannya? Wajahnya berubah kecewa.
Hayyan membelek hadiah di tangan, dia kembali mengangkat wajah memandang Warda. Bersalah pula dia rasa. Seolah- olah dia mengecewakan gadis itu. Sepatutnya dia terima saja segala pemberian Warda kepadanya.
"Aku suka. Terima kasih." Hayyan melorek senyuman di bibir. Tak mahu Warda terus merasa sedih. Dia suka dengan pemberian gadis itu walaupun Warda terpaksa menggunakan duit yang banyak untuk membeli.
Terpana Warda dibuatnya memandang senyuman milik lelaki itu. Bukan senang dia nak tengok Hayyan tersenyum begini. Selalunya hanya wajah dinginnya yang ditayang.
Hayyan membuka hadiah itu dihadapan Warda. Fossil Mykel Wallet. Cantik. Warnanya sama cantik. Pandai Warda memilih untuknya. Teringat pula pertanyaan Warda tentang barang yang dia suka dan bermakna. Kad yang ada dua gambar. Tergelak Hayyan mengingat kembali.
"Kau masih tak dapat teka kad yang ada dua gambar?"
Warda terpinga apabila disoal. Kad dua gambar itu. Hayyan pernah memberitahunya ketika dia menyoal barang kegemaran lelaki itu. Kepalanya digelengkan menidakkan. Dia tak rasa kad itu adalah kad UNO. Kad UNO itu kad permainan. Tak logik.
"Kad nikah."
Ternganga Warda dibuatnya. Kad nikah yang dimaksudkan lelaki itu rupanya. Kenapa selama ini dia tak boleh nak fikir.
"Senanglah aku ada wallet baru ni. Nanti aku boleh letak kad nikah aku kan?"
Warda tahan perasaan yang bergelodak di dalam hati. Lambat- lambat dia mengiyakan walaupun ianya terlalu perit untuk ditelan. Duhai hati, jangan kau bersedih.
#penjaracintatuanhayyan
Link pratempah novel PCTH ada di bio💚
YOU ARE READING
PENJARA CINTA TUAN HAYYAN [TERBIT]
RomanceTERBIT DIBAWAH TERBITAN ASMARA PUBLICATION ©️ 2024 Penjara Cinta Tuan Hayyan ©️ 2022 Status: Completed Hayyan Qarizh I Nur Warda Bermula dari satu perjanjian telah mengikat Warda ke dalam 'penjara cinta' Tuan Hayyan. Atas dasar ingin membalas jasa...