Sabtu petang
Ohm mengambil telefonnya dari poket dan mendail nombor Prim.
"Helo prim?"
"Helo,Ohm.. kenapa?"
"Prim,malam ni jadi eh makan malam"
"Mestilah,ada orang tu nak belanja makan. Rezeki jangan ditolak."
"Amboi,okay kau jangan bersiap lambat sangat. Jangan sidai aku pulak ya Prim"
"Iyaa.. dah jumpa malam nanti"Prim menamatkan perbualan mereka di telefon.
"Haih..asyik aku je belanja orang..bila pulak orang nak belanja aku" kata Ohm sambil memuncungkan mulutnya.
Telefon Ohm berdering.
Nama Nanon tertera di skrin telefon tersebut.
Ohm terus menjawab telefon Nanon.
"Hei Ohm, kau makan malam dengan Prim kan?" kata Nanon.
"Haah,memang..kau nak join?"tanya Ohm.
"Takpe la..taknak la ganggu korang dating.. HAHAHA" Nanon tertawa.
"Eish takdelah dating-dating. Aku makan malam dengan Prim tanda minta maaf je." Ohm menerangkan kepada Nanon.
"Oh,gaduh dengan Prim belanja makan. Gaduh dengan aku haritu..minta maaf jelah?" kata Nanon.
"Kau dah kenapa? Marah lagi ke apa ni? bankrup la aku asyik belanja orang." kata Ohm.
"Aku gurau jelah.. malam ni pun aku makan malam dengan kawan fakulti aku. Dia belanja." kata Nanon
"Wah, siapa?" Ohm bertanya
"Nama dia Louis." kata Nanon
"Okay la.. aku nak bersiap ni. Taknak jatuhkan maruah aku sebagai lelaki kalau sampai lambat kan..byee" kata Ohm
"Okay,aku pun. Byee"
Mereka menamatkan perbualan.
Ohm bersiap. Dia memakai t shirt putih dan jaket biru.
Ohm menuruni tangga
"Mama! Ohm pergi makan malam dengan Prim tau.." Ohm memanggil mamanya sebelum keluar dari rumah
"Makan malam dengan Prim? Wah.."
Mama Ohm tersenyum sinis."Takde apalah ma,Ohm saja nak belanja dia makan. Ohm pergi dulu ya"
Ohm memasuki keretanya dan berlalu pergi.
"Hmm.. ada peluang ni.."kata Mama Ohm.
Di Rossari Cafe
Prim sedang menelefon seseorang.
"Bye" kata Prim
"Uish awalnya sampai..aku datang tepat-tepat pukul 9." Ohm menegur Prim dan duduk di hadapannnya.
"Takdelah,aku saja datang awal sikit. Kat rumah bukan ada siapa pun." kata Prim.
"Jangan la cakap macam tu. Mak ayah kau ada hal penting tu.. oh tadi kau telefon siapa?" Ohm cuba untuk memujuk sepupunya itu.
"Kawan aku" kata Prim.
"Ohm,kau pernah datang kedai ni tak?" tanya Prim.
"Mestilah pernah, kalau tak..aku tak ajak datang makan kat sini" kata Ohm.
"Ha baguslah itu, orderkan la untuk aku. Aku rambang mata ni..10 minit aku fikir nak makan apa..semua makanan nampak sedap..fuhh.." kata Prim sambil menunjukkan menu kepada Ohm.
"Boleh-boleh.. Pasta ni sedap tau.. Rasa dia pedas tapi tak pedas sangat pun..kau boleh makan pedas sikit kan. " kata Ohm
"Betul eh,hm taknak la aku nak makan western la.. Lamb Chop sini okay?" kata Prim.

YOU ARE READING
SELAMANYA KITA BERDUA❤️💚 (OHMNANON)
Lãng mạnMAIN COUPLE: OHMNANON ❤️💚 SIDE COUPLE: NEOLOUIS Kisah tentang dua orang sepupu yang dari kecil hingga ke dewasa menjadi kegilaan ramai kerana mereka berdua mempunyai wajah yang tampan😎 Sudah tentu ada diantara sepupu mereka yang lain yang ingin...