Telefon Ohm berbunyi menunjukkan waktu sudah pukul 9:00 pagi.
"HUARGHHHHHG.. uish dah pukul 9.. Ohm kau kena siap cepat ni" Ohm mencapai tualanya dan terus menuju ke tandasnya.
Pukul 9:45
Ohm sudah bersiap. Ohm menyemburkan minyak wanginya.
Ohm mencapai begnya dan terus turun ke ruang tamu.
Mama Ohm memanggil Ohm.
"Ohm,sini jap."Ohm teringat apa yang dikatakan oleh Nanon dan terus menuju ke arah mamanya.
"Mama,um Ohm minta maaf. Ohm tak patut marah Mama. Ohm penat sikit semalam. Kelas banyak. Harini apa yang Mama nak? Ohm buat atau Ohm belikan untuk Mama eh.. Mama dah sarapan? Balik nanti Ohm bungkuskan apa-apa.." Ohm duduk di hadapan ibunya dan meminta maaf.
"Takpe.. Mama maafkan. " Mama Ohm membelai rambut anaknya itu.
"Terima kasih Mama.. jadi Mama nak apa ii? Ohm belikan.."
"Mama taknak Ohm belikan apa-apa. Tapi Ohm tolong mama sikit boleh?"
"Oh boleh.. tolong apa ? Ohm bertanya kepada mamanya dengan senyuman manisnya.
"Um Ohm tolong hantarkan Prim ke rumah Uncle Karn boleh? Uncle Karn dengan Auntie Chan ada hal pulak pagi ni. Boleh hantarkan? Mama dah check dah. Kelas Ohm, pukul 12 kan. Boleh la hantar Prim. 30 minit je dari sini. " Mama Ohm membelai rambut Ohm untuk memujuknya.
"Er.. tapi.. Ohm kena.."
Ohm ingin memberi tahu hal sebenarnya tapi dia tahu..dia sudah mengatakan bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk mamanya harini.
"Ohm ada hal ke? Ohm tak boleh tolong?" Mama Ohm menunjukkan riak wajah yang sedih.
Ohm tidak sanggup melihat ibunya begitu.
"Takdelah, Ohm boleh je hantar Prim." Ohm pasrah dengan harapan itu sahaja caranya untuk memujuk hati mamanya.
"Baguslah, Prim cepat pergi" Mama Ohm memegang tangan Prim dan membawanya ke arah kereta Ohm.
Ohm bersalam dengan ibu bapanya dan terus memasuki ke dalam kereta.
"Prim,alamat kau apa? Aku nk Waze ni." Ohm mengambil telefonnya dan membuka aplikasi Waze.
"Type je Wabi Road" Prim menjawab pertanyaan Ohm tanpa menoleh ke Ohm.
"K" Ohm juga menjawab dengan penuh selamba kerana tiada masa untuk melayan karenah sepupunya itu.
Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya diam membisu. Hanya kedengaran lagu-lagu yang didendangkan di radio.
"Prim,kau marah aku lagi ke?" Ohm menurunkan egonya kerana tidak mahu bermasam muka dengan sepupunya itu hanya disebabkan hal yang kecil.
"Takdelah,aku sebenarnya......" Prim teragak-agak untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan Ohm itu.
"Sebenarnya?"Ohm bertanya dengan riak wajah yang risau.
"Takde apalah, drive elok-elok..nanti tak pasal-pasal accident" Prim menyuruh Ohm untuk hanya fokus memandu.
"Eh kau ni bagitahu la terus" Ohm menggesa Prim.
"Takde pape...drive elok-elok woii" Prim tetap tidak mahu memberitahu hal sebenarnya.
"Okay,kau taknak cakap aku berhenti." Ohm bersedia untuk memberhentikan keretanya di tepi jalan raya.
"Ohm,ishh kau ni dari dulu suka paksa-paksa..ye! Aku bagitahu.." Prim mengalah dengan Ohm.
"Ha cepat bagitahu,aku dengar sambil memandu dengan cermat." Ohm memasang telinganya untuk mendengar luahan Prim.

YOU ARE READING
SELAMANYA KITA BERDUA❤️💚 (OHMNANON)
RomansaMAIN COUPLE: OHMNANON ❤️💚 SIDE COUPLE: NEOLOUIS Kisah tentang dua orang sepupu yang dari kecil hingga ke dewasa menjadi kegilaan ramai kerana mereka berdua mempunyai wajah yang tampan😎 Sudah tentu ada diantara sepupu mereka yang lain yang ingin...