Setibanya di depan rumah Nanon. Ohm memberhentikan keretanya.
Ohm menoleh ke Nanon dan ternyata Nanon tertidur dalam perjalanan pulang dari Universiti.Ohm seketika terpaku melihat wajah Nanon. Terdetik satu perasaan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.
"Nanon,kenapa eh.. kenapa aku rasa macam ni..aku tak tahu lah apa yang aku rasa tapi.." belum sempat Ohm menghabiskan ayatnya,Nanon sudah terjaga dari tidurnya.
"Dah sampai ke weh?"Nanon bertanya dalam keadaan masih mamai.
"Er haah,dah sampai.. keluar la cepat..aku pun nak balik"
"Yela sabar la..terima kasih ye Encik Ohm" Nanon senyum kepada Ohm dan terus turun dari kereta Ohm.
Ohm senyum kembali kepada Nanon dan meneruskan perjalanan ke rumahnya.
Setibanya di rumah Ohm,Ohm terus masuk ke bilik tidurnya dan menjerit sekuat hatinya sambil menekup bantal di mulutnya. "WOIII NANON!! ASAL LESUNG PIPIT KAU COMEL SANGAT!!! ASAL KAU TIDUR PUN COMEL?! HAH?! ASALLLLLLL!!!!! " Ohm tidak dapat menahan perasaannya. Dia tidak dapat menahan kecomelan Nanon. "Nanon,kau buat aku gila woi"
"Oi,kau asal ni..pekak telinga aku" Seorang perempuan keluar dari tandas.
Ohm terkejut. "Eh Prim? Kau buat apa kat bilik aku? Kau guna tandas aku?!
"Lah salah ke?dah kau tak balik lagi,auntie pun bagi je aku pinjamkan tandas ni."
"Banyak cantik muka kau.eh.."
Belum sempat Ohm menghabiskan ayatnya. Prim menyampuk. "Memang aku cantik pun..kalau kau dengan Nanon ialah anak saudara lelaki yang terhangat. Aku ialah anak saudara perempuan yang tercantik.. " Prim melibas rambutnya.
"Oh yela.. Prim yang cantik"Ohm membaling bantal ke arah Prim.
"Eh budak ni,jap..tadi aku dengar kau jerit pasal Nanon.. kau kata Nanon comel eh?..
"Eh mana ada"Ohm menggelengkan kepalanya.
"Yelah tu,kau jangan macam - macam Ohm, sepupu kau tu..lelaki pulak tu."
"Aku tau la..takde apa apa lah."Ohm terasa dengan kata-kata Prim tapi dia tahu apa yang dikatakan oleh Prim itu benar.
"Oi..dah keluar.. aku nak mandi..ke kau nak join? Ohm mendekatkan mukanya ke arah Prim.
Prim terdiam
"Eh kenapa terdiam ni?"
"Er..er eh takde apalah..kau dh kenapa dekat-dekat..aku sepak bawah kau tu nnti.." Prim terus melangkah keluar dari bilik Ohm.
Ohm juga terus masuk ke bilik air dan mandi.
Pukul 7:00 malam
"Ohm,jom makan malam!" Mama Ohm memanggil Ohm.
"Ohm! Cepat lah.. nanti aku habiskan lauk ketam ni nanti.." Prim menggunakan kata "ketam" kerana makanan kegemaran Ohm ialah ketam
Ohm membuka pintunya dan terus berlari ke meja makan.
"Uish!!! Ketam masak lemak!!! Terima kasih Mama!!" Ohm tersenyum lebar seperti kanak-kanak yang mendapat gula-gula.
"Tapi..bukan Mama yang masak.. Prim yang masak. "
Prim tersenyum sinis. "Makcik..kan Prim kata jangan bagitau Ohm.."
"Ala,Makcik lupa hehe.. takpe lah.."Mama Ohm ketawa seperti ada maksud disebaliknya.
"Lain macam je cara Mama gelak heh" Ohm seperti tahu Mamanya ada sesuatu yang disembunyikan
"Mana ada,kamu ni..dah jamah la cepat." Mama Ohm memberikan pinggan kepada Ohm.

YOU ARE READING
SELAMANYA KITA BERDUA❤️💚 (OHMNANON)
Roman d'amourMAIN COUPLE: OHMNANON ❤️💚 SIDE COUPLE: NEOLOUIS Kisah tentang dua orang sepupu yang dari kecil hingga ke dewasa menjadi kegilaan ramai kerana mereka berdua mempunyai wajah yang tampan😎 Sudah tentu ada diantara sepupu mereka yang lain yang ingin...