Percintaan Pt 1

364 25 3
                                    

Di rumah Nanon
"Ehem.."
"Apa ehem ehem..?" tanya Nanon kepada Ohm.
"EII garang nya boyfriend aku ni haihh" kata Ohm sambil mencuit pipi Nanon.
"Hish,kau ni..sabarla..aku tak ready lagi" kata Nanon.
"Yela yela aku tunggu,tapi jangan lama sangat.. tak tahan ni.." bisik Ohm.
"EHH GATAL NYA KAU NIII!!" jerit Nanon dan menolak badan Ohm.
"Eh dia tolak kita eh..nak buat sekarang eh" tanya Ohm dan mendekati Nanon.
"Aduhai mamat ni" kata Nanon dan berlalu pergi.
"Alala nak pergi mana tuu" tanya Ohm.
"Nak masak Maggi la.. lapar" balas Nanon.
"Nak jugak..buatkan untuk aku?" balas Ohm.
"Yela.. tapi teman aku kat dapur jom." balas Nanon.
"Yeyy!! Jom" balas Ohm dan berlari ke arah Nanon.
"Haih kau ni manja betul la" kata Nanon lalu menggenggam tangan Ohm.

Di dapur
"Uishh sedapnyaaaa air tangan bf aku ni." kata Ohm.
"Ei mengadanya..maggi je pun..nanti aku masak makanan yang betul ii dari air tangan aku nak?" tanya Nanon.
"Mestilah nak..orang gila je yg taknak." balas Ohm sambil tersenyum lebar.

Tiba-tiba Nanon bertanya

"Ohm..kau tak rasa cepat sangat ke?" tanya Nanon.
"Hm? Apa yang cepatnya? Kita kenal dari kecik kot.. boleh dikatakan macam kembar tak seiras. Aku rasa tak ada masalah pun." jelas Ohm.
"Ohm.. maksud aku..kau tak rasa kita ni cepat sangat ke jatuh cinta..kau rasa kita ni..."Nanon tidak dapat menghabiskan ayatnya.
"Kita ni tak jatuh cinta pun? Kita ni cuma rasa selesa je dengan masing-masing" balas Ohm.
Nanon hanya terdiam.
"Nanon,aku tahu..kau sebenarnya takut kan?" tanya Ohm.
"Hm.." Nanon tidak dapat menafikan apa yang dikatakan oleh Ohm itu benar.
"Tak apa,aku pun sanggup tunggu kau. Ambil la masa..aku taknak paksa kau.. Aku sendiri pun rasa..macam..semua ni berlaku cepat sangat. Tapi aku tahu..aku memang sayang kau lebih dari kawan." jelas Ohm.
Ohm membelai rambut Nanon sambil tersenyum mesra.
Nanon juga tersenyum semula.
"Dah jom..kita tengok filem nak? Netflix." tanya Ohm.
"Nak..tapi cuci mangkuk-mangkuk ni dulu."balas Nanon.
"Amboi haha..baik tuan!"balas Ohm.
"Cepat sikit.. nanti kau kena balik awal kan"kata Nanon.
"Kau nak halau aku ke? Biarlah aku teman kau kat sini sampai ayah kau balik dari hospital" balas Ohm
"Bukan nak halau,tapi kau luangkanlah masa dengan mama dan papa kau pulak. Dah tiga hari kau asyik lepak rumah aku." jelas Nanon
Ohm memuncungkan mulutnya
"Eii tak payah lah buat mulut itik macam tu. Lagipun mama aku keluar hospital harini. Aku nak lah kemas kemas sikit rumah." jelas Nanon untuk memujuk kekasihnya itu.
"Tapi kau taknak aku tolong kemas?"Ohm tidak mahu berputus asa.
"Ha tak payah..nanti lagi bersepah..tak payah. Baliklah..esok kita jumpa kat universiti."balas Nanon.
"Yela yela"kata Ohm

Keesokan harinya
8:30 pagi
Telefon Nanon berbunyi.
"Helo?"
"Ha helo...siapa ni?"balas Nanon dengan suara yang mamai.
"Ni Louis..kau tak save no aku ke?"
"Oh Louis.. sorry lupa. Kenapa ni? Kelas kita pukul 10 nanti kan.. awalnya ingatkan" balas Nanon.
"Eh maaflah..aku terjaga awal sikit harini..umm.."kata Louis
"Um um.. kenapa? Kau nak cakap apa?"balas Nanon.
"Aku..aku nak minta maaf dengan kau..sebab batalkan last minute..kalau aku tak batalkan mesti mama kau tak apa apa kan..aku minta maaf tau." jelas Louis.
"La..tak apa lah..aku tak salahkan kau pun. Aku faham kau ada hal keluarga kan.. takkan la nak biar je.. jangan risau la..mama aku pun dah keluar hospital semalam..dia sihat dah" balas Nanon.
"Terima kasih sebab faham aku.. okaylah..kalau kau nak sambung tidur..sambunglah..maaf ganggu." kata Louis.
"Okay..jumpa nanti.. byee"balas Nanon.
Nanon ingin menyambung kembali tidurnya.

Sekali lagi telefonnya berbunyi
"Haihh..Ye ada apa lagi Louis?" kata Nanon.
"Ha Louis?"
Nanon melihat skrin telefonnya ternyata ia Ohm.
"Lah..kau.. kenapa?"balas Nanon.
"Siapa Louis?"tanya Ohm.
"Takde kena mengena lah.. kenapa telefon aku pagi pagi ni.."balas Nanon.
"Oh..aku nak ajak sarapan..tapi takpelah..kau sambung la tidur dulu."balas Ohm dengan nada yang seperti dalam keresahan.
"Eh..kau ni merajuk ke apa? Louis tu kawan aku jela.." jelas Nanon.
"Yeke? Kenapa aku telefon kau..kau sebut nama 'Louis'.. kau mimpikan dia eh? Kau mimpi apa ha dengan dia? Kau jangan macam macam.."balas Ohm.
"Eh apa benda kau ni.. pagi pagi ajak gaduh. Tadi sebelum kau telefon,dia telefon dulu..tu aku ingat dia yang telefon aku balik"jelas Nanon.
"Oh..nasib baik..tapi takpelah..aku nak sarapan dengan mama papa aku..kau jugak kan yang suruh aku luang masa dengan mama papa aku.." kata Ohm.
"Ya ya.. pergilah..aku nak sambung tidur lagi 5 minit. Byee"kata Nanon.
Nanon menamatkan perbualan
"Eh laju betul..nasib sayang.." kata Ohm.

SELAMANYA KITA BERDUA❤️💚 (OHMNANON)Where stories live. Discover now