• Cemburu •

15 3 0
                                    

Cemburu.


Tipu lah kalau kita tak pernah cemburu kan? Cemburu ni benda biasa. Semua manusia merasainya kan?

Kadang kita cemburu pasal kebahagiaan orang lain, kesenangan orang lain, dan macam-macam lagi.

Ya, saya sendiri juga pernah rasa macam ni. Cemburu dengan kesenangan orang lain.

Tapi, saya selalu ingat macam ni,

" Itu rezeki dia, biarlah dia. buat apa nak cemburu? Kau pun ada rezeki kau juga, tapi mungkin bukan buat masa sekarang. Jangan asyik nak cemburu je. Cuba fikir balik, kau dah cukup dah semua benda. Makan ada, minum ada, tempat tinggal ada, pakaian, banyak lagi.. Jadi, buat apa nak cemburu? Kenapa perlu cemburu dengan perkara dunia? "

Jadi anda-anda di luar sana, jangan lah cemburu ya? Banyak sebenarnya nikmat Allah telah beri pada kita, cuma kita saja yang tidak sedar dan lalai (saya bercakap untuk diri saya sendiri juga)

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua 🤍

Kerana Allah sebaik-baik perancang.

Sentiasa bersangka baik dengan apa-apa yang terjadi kepada kita 🤍

Maafkan saya kalau ada tersilap kata ya.. Kalau salah, mohon tegur ^^

Saya cakap ni pun, untuk diri saya juga.

Semoga bermanfaat🤍

KataWhere stories live. Discover now