• Perkongsian Hadis •

4 1 0
                                    

Assalamualaikum.. Dah lama tak post sini. maklumlah sekarang tak free macam dulu.

Baiklah, hari ni saya akan berkongsikan hadis favourite saya. Hadis ni agak panjang, tapi percayalah anda semua tidak akan menyesal bila baca.. semoga bermanfaat semua! 🤍

***

[ 10 : 9 ]

Dari Abu Said Al-Khudri R.A , bahawa Nasi S.A.W bersabda, " Sesungguhnya Allah berfirman kepada penghuni syurga, ' Hai penghuni syurga! '. Mereka menjawab, ' Kami penuhi seruanMU wahai Tuhan kami, dan segala kebaikan ada di sisiMU. ' Allah melanjutkan, ' Apakah kalian sudah merasa puas? ' Mereka menjawab, ' Kami telah merasa puas wahai Tuhan kami, kerana Engkau telah memberikan kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun dari makhlukMU. ' Allah bertanya lagi, ' Mahukah kalian Aku berikan yang lebih baik dari itu? ' Mereka menjawab, ' Wahai Tuhan kami, apa yang lebih baik dari itu? ' Allah menjawab, ' Akan Aku limpahkan KeredhaanKu atas kalian sehingga setelah itu Aku tidak akan murka kepada kalian untuk selamanya. "

( HR Muslim, 5057 )

🤍

KataWhere stories live. Discover now