UD 03

2.4K 113 0
                                    

Irina berbaring merenung siling biliknya. Dia memiliki dua sijil perkahwinan, Ethan dan Keith.

Dari penjelasan Tania, kalau nak bercerai mesti bawa sijil perkahwinan ke mahkamah. Tapi Davien dan Cadee tidak mahu menyerahkan sijil mereka.

"Irina." Pintu dibuka.

Irina menoleh melihat orang yang masuk. Davien masuk dengan memakai lingerie seksi, sampai menampakkan bentuk-bentuk yang besar. sepatutnya perempuan yang datang mengorat macam tu!

Terbuntang mata Irina melihat badan Davien.

"Davien? Apa yang awak buat kat sini?" Soal Irina gementar. Dia terus duduk takut. Help aku masih dara!

Davien masih lagi berdiam diri. Dia terus berjalan menghampiri katil Irina.

"Irina, awak tak boleh ceraikan saya macam ni." Davien melepaskan bajunya.

Bajunya terbuka, dia langsung tidak memakai seluar dalam.

Irina menutup matanya.

'apa lah yang dia fikirkan!? Aku pun dalam dilema. Macam mana aku nak balik dunia aku?!'

"Awak tak nak tengok saya juga ke sekarang?" Soal Davien dengan nada sayu. Suaranya bergetar.

"Tengoklah saya. Saya akan buat awak puas hati malam ni. Supaya awak tak ceraikan saya." Davien naik ke atas katil menghampiri Irina.

Irina membuka matanya perlahan-lahan. Melihat mata Davien yang berwarna hijau cair, sangat cantik. Kening dan bulu mata juga tebal, bibir yang merah dan hidung mancung.

'Irina memang pandai pilih suami.' getus hati Irina.

"So .. saya dah lama buang awak?" Soal Irina.

Davien mengangguk laju.

"Awak askar bukan?" Soal Irina lagi.

"Ye." Balas Davien.

Irina menarik selimut menutupi bahagian bawah Davien. Dia mengusap kepala Davien.

"Awak nak buat apa?" Soal Irina.

"Saya akan buat awak puas. Saya boleh jadi boy toy awak selamanya. Jadi tolong, saya merayu jangan ceraikan saya." Kata Davien sambil merenung anak mata Irina dengan tatapan yang penuh keyakinan.

'Rasanya aku ubah fikiran.' getus hati Irina melihat kesungguhan suami-suaminya memujuk dirinya.

"Okey. Make me happy Davien." Kata Irina dengan nada lembut.

Davien mengangguk lalu senyum nipis. Dia menolak Irina perlahan-lahan ke atas katil. Irina melingkarkan lengannya di leher Davien.

___



Irina keluar dari biliknya awal pagi. Dia pergi ke bilik Davien untuk mencari sijil perkahwinan mereka.

"Mana pula dia simpan sijil tu?" Irina membuka semua laci dan almari pakaian Davien.

Dia mencari di seluruh pelusuk bilik itu.

"Apa awak buat kat sini?" Soal Cadee dengan nada mendatar.

Irina terus berdiri menghadap Cadee. Cadee melihat bilik Davien yang bersepah.

"Awak betul-betul nakkan Sijil tu ke?" Soal Cadee dengan nada kecewa.

"Davien dah buat semuanya untuk lindungi awak selama ni Irina! Dia pertaruhkan nyawa dia!" Jerit Cadee.

Irina merenung Cadee tajam.

'Seriuslah? Nak nangis macam tu pun masih nak jerit.' getus hati Irina. Dia berjalan menghampiri Cadee.

Upside down [TAMAT]Where stories live. Discover now