UD 25

1.1K 71 2
                                    

"Kill Me."

Raja mula menunjukkan rupa aslinya, badan Raja yang sebenar itu dia buang ke tepi memandangkan badan itu cuma mayat kosong yang dia gunakan untuk membalas dendam dulu.

'Dia ni ular ke ? Ganti-ganti badan pula!'

Helios senyum kepada Irina yang hampir serupa dengan wanita yang pernah dia cintai dulu.

Tanpa berlengah lagi Keith menendang Helios.

Helios terpelanting jauh melanggar dinding sehinggakan dinding itu pecah disebabkan badannya yang lebih keras.

CRASHHHH!!!

Dinding itu hancur menimbun Helios.

"NOT ENOUGH!!!!" Helios keluar dari timbunan batu bata itu lalu menyerang Keith lagi.

Dia memerlukan seseorang untuk membunuhnya agar dia boleh kembali kepada tuhan lagi, hidup di dunia itu membuatnya semakin gila dan bodoh.

Irina mengeluarkan pedang yang dia dapat daripada Ray, pedang hitam dan berat itu dia hayunkan ke arah Helios.

"ACKKK!" Pedang itu terus memotong perut Helios.

Melihat luka pada perutnya Helios malah tersenyum dengan gembira, dia mula menyerang Irina dan Irina mula melawannya. Syukurlah dia pernah ikut fencing sport semasa sekolah dulu, kemampuannya menjadi lebih berguna di dunia itu.

melihat darah yang memercik ke seluruh tempat dia mula merasa aneh, perasaan yang tidak enak apabila melihat darah itu mula muncul.

'Tak boleh sekarang! Aku kena terus lawan!' Irina fokus kepada Helios saja berbanding dengan darah-darah itu.

Keith bersilih-ganti menyerang Helios yang sepertinya sudah berhenti melawan.

Skyes dan Leonard tiba di tempat itu, mereka hampir pengsan disebabkan aura Helios itu tadi namun aura-aura itu sudah beransur hilang.

"Lagi!" Bisik Helios apabila Irina menyerangnya.

"Hahh?" Irina kebingungan, kenapa dia tidak melawan?

Sekali lagi Irina menyerang, Helios sendiri menghilangkan sheild yang dia gunakan.

"You can do this." Helios terus menyemangati Irina.

'UNFAIR.'

Kenapa dia tidak melawan? Kenapa dia kelihatan seperti sengaja melakukan semua itu? Sebenarnya dia dalam Plan dia atau plan Helios sendiri?

Klangg .......

Semuanya menjadi sunyi apabila Irina menjatuhkan pedangnya dengan sengaja, dia perlu jawapan sebelum membunuh Helios yang kelihatan seperti seorang yang tidak mahu hidup lagi.

"Irina?" Skyes dan Leonard risau memandang Irina.

"Apa?" Soal Irina sambil memandang Helios tajam.

Helios tersenyum sayu.

"Kau tak perlu tahu, kau hanya perlu bunuh aku." Kata Helios dengan nada tegas pula.

Tak boleh, dia mesti tahu juga kalau tidak dia akan mati dengan tanda tanya di kepalanya.

BOOMM!!!

Helios mengarahkan fireball besarnya ke arah Irina, Irina terus terbuang jauh dari mereka. Leonard dan Skyes terus mendapatkan Irina.

"Heals!!" Skyes terus menyembuhkan Irina yang sudah jelas terbakar dengan magik api Helios.

"Serang!!" Leonard menyerang Helios pula, bertubi-tubi serangan yang dia berikan namun Helios masih saja berdiri tegak di tempatnya.

Upside down [TAMAT]Where stories live. Discover now