Berpatah Arang

24.6K 116 2
                                    

Miah sudah hilang sabar. Dia benar-benar rasa tertipu oleh suaminya. Mulanya percaya dengan alasan suaminya yang menjumpai kain batik salah seorang jiran di tingkat atas jatuh ke ampaian mereka. Namun peliknya bagaimana kain batik itu saling berubah setiap minggu. Malah dia sendiri seakan pernah nampak kain batik itu pernah dipakai salah seorang jiran mereka. 

Namun sebaik menjumpai sehelai coli yang sungguh luar biasa sekali saiznya, yang masih berbau peluh, Miah yakin siapa lagi pemilik coli itu kalau bukan Umi yang mempunyai buah dada paling besar di dalam kawasan rumah flat itu. Namun bagaimana ianya berada dalam simpanan suaminya sekiranya ianya belum dicuci lagi. Terus sahaja Miah mengesyaki suaminya bermain kayu tiga menjalinkan hubungan sulit bersama Umi. 

Kelalaian Fauzi memadam sms dari Umi yang menyuarakan kerinduan wanita itu kepadanya membuatkan tembelangnya pecah. Fauzi terpaksa mengaku bahawa dia menjalinkan hubungan sulit dengan Umi setelah berkali-kali di desak oleh isterinya. Jadinya, Miah merajuk melarikan diri ke rumah ibu bapanya selepas memberitahu Amran iaitu suami Umi mengenai perkara itu. Tanpa mengheboh-hebohkan perkara itu kepada sesiapa, Amran bertemu sendiri dengan Fauzi untuk kepastian. 

"Fauzi, aku nak tanya sikitlah... Kau main dengan bini aku eh?" tanya Amran dengan tenang di ruang tamu rumah Fauzi. 

"Mana kau tahu Amran?" tanya Fauzi. 

"Sudahlah... aku nak kau mengaku je betul atau tak... " kata Amran. 

"Oklah... biar aku mengaku... memang betul.. aku minta maaf sebab buat salah dekat kau..." kata Fauzi. 

"Betul kau nak dia?" tanya Amran. 

"Apa yang kau cakap ni Amran... Dia tu bini kau..." kata Fauzi setelah merasakan dirinya tidak selesa diajukan soalan begitu. 

"Aku tanya kau ni... betul ke kau nak perempuan gemuk tu?" tanya Amran sekali lagi dengan tenang. 

"Betul.... aku minta maaf Amran...." jawab Fauzi sambil malu menundukkan pandangan ke lantai. 

"Ok.... kalau kau betul kau nak dia, aku harap kau boleh ambik dia terus... tapi... aku tak nak tengok muka kau dengan muka dia kat sini lagi..." kata Amran. 

"Err... kau serius ke Amran.." Fauzi inginkan kepastian. 

"Ada kau nampak aku macam main-main? Esok aku pergi pejabat agama... aku tak kisah lepaskan dia sebab dia dah tak ada harga lagi bagi aku... buat apa aku nak dia jadi bini aku lagi kalau batang kau pun dia nak..." kata Amran. 

"Esok juga aku nak kau berambus dari sini... faham..." sambung Amran dan terus keluar dari rumah Fauzi. 

Beberapa minit selepas itu, Umi muncul di muka pintu bersama sebuah beg yang berisi pakaian-pakaiannya. Di wajahnya terlukis wajah yang hambar. Amran berada di sisinya bersama anak lelakinya yang berusia 3 tahun di dalam dokongan.

"Nah ni ambik ni... aku sikit pun dah tak sudi dengan perempuan gemuk murahan macam ni... kau nak dia sangatkan?... nah pergilah kat bakal laki kau tu.." kata Amran sambil menolak bahu Umi hingga tubuh isterinya itu terdorong masuk ke dalam rumah Fauzi. 

Sedih bukan kepalang Umi ketika itu. Bukan sedih kerana bakal diceraikan suami keesokan hari, tetapi sedih kerana terpaksa berpisah dengan anaknya yang berusia 3 tahun itu. Malah paling mengecewakan, suaminya menghalaunya ketika itu di hadapan anaknya sendiri. 

"Hei Fauzi.. kau ingat.. esok lepas aku settle kat pejabat agama, aku nak korang berambus dari sini.. perempuan gemuk ni kau jaga elok-elok.. kau tengok, pakai baju pun tak pakai coli, memang dah siap-siap untuk kau nampaknya tetek besar dia tu.. kau nak hisap ke nak kunyah ke lantak kau la..." kata Amran sambil terus berlalu pergi bersama anaknya. 

Berahi Rumah FlatWhere stories live. Discover now