1

1.6K 78 7
                                    

[aku berharap, suatu saat aku diterima semula, aku masih ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[aku berharap, suatu saat aku diterima semula, aku masih ada.]


"SAYANG."

"Sayang, bukan macam tu gosok seluar."

"Kau gosoklah sendiri." kasar Nareen membalas.

Dia terus berlalu keluar dari bilik itu.

Luth hanya menghela nafas panjang. Sudah masuk 2 bulan perkahwinan mereka, tetapi Nareen masih tidak dapat menerima Luth.

Luth sudah kelu lidah untuk berkata. Dia bingung. Apa lagi yang perlu dia buat untuk diterima Nareen?

Luth faham ini perkahwinan kerana pilihan keluarga, tetapi perlu ke Nareen layan dia begini? Layanan dingin setiap hari.

"Takkan nak cerai, kan?"

Geleng kepala Luth apabila perkataan cerai muncul di benak kepalanya. Gila. Baru kahwin dua bulan, nak cerai.

"Takpe Luth, esok masih ada. Kalau dia benci aku lagi esok, esok lagi masih ada." kata Luth sendirian.

+++

sigh

Nareen yang berada di luar pintu bilik hanya mengeluh nafas panjang apabila mendengarkan Luth.

Bagaimana dia mahu menerima Luth jika hatinya bukan pada Luth tetapi, orang lain?

"Haih kenapalah hidup ni kena complicated? Boleh tak bagi aku bernafas dengan tenang?" kata Nareen sendirian.

Nareen kemudiannya berlalu pergi ke dapur.

+++

Luth terkejut apabila terdengar keluhan Nareen. Dia pasti Nareen dengar apa yang dikatakan dia sebentar tadi.

Dia faham jika Nareen tersepit di tengah-tengah, tetapi dia juga turut tersepit di tengah-tengah.

Sesetengah orang mungkin anggap cerai ialah jalan penyelesaian. Tetapi bagi Luth, mana mungkin dia akan lepaskan Nareen yang diminati dari dulu.

Haih, buntu.

Luth kembali menggosok seluarnya yang tergendala sebentar tadi.

+++

10:00 a.m.

Nareen sudah selesai menggoreng nasi. Dia memasukkan nasi goreng itu ke dalam bekas tupperware milik Luth.

Benci memang benci, tetapi Nareen tidak akan pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

tap tap tap

Nareen mendengarkan langkah kaki Luth.

Sebaik sahaja bertentang mata dengan Luth, dia terus menghulurkan bekal itu kepada Luth.

Muka Luth kelihatan terkejut namun dia tetap mengambil bekal yang dihulurkan Nareen.

"Thankyou, sayang." kata Luth.

Nareen tidak membalas apa-apa, sebaliknya dia terus bergerak naik ke atas dan terus mengunci pintu biliknya.

'Tak kisahlah dia benci aku ke tak, janji aku dapat rasa air tangan dia.' bisik hati Luth.

+++

"Yow Luth. Awal datang harini?" sapa Carl dengan senyuman lebar.

"Tch, ni Luth lah. Walaupun bos tapi tetap datang awal." bangga Luth.

"Ye aku tahulah kau Luth. Takkan Hanafi pulak?" perli Carl lalu melepaskan gelak tawa yang besar.

"Eh rambut aku tak sikat tepi eh! Kau elok sikit Carl. Ada jugak yang makan kaki kang." marah Luth.

"Eleh tepilah tu. Ehem ehem, kau dengan Nareen macam mana? dah okay?" Carl membersihkan tekaknya lalu memulakan bicara.

"Macam mana lagi? Macam tu lah." kata Luth.

"Ish macam mana bongok? Dah berbaik ke belum?" marah Carl. Benci betul dia bila dengar ayat berkias ni.

Kau nak cakap ke tak?

"Macam tak lagi. Dia benci aku lah Carl. Aku pening lah, tak tahu nak buat apa lagi. Aku ni rasa tersepit tau antara perkahwinan ni. Dahlah semalam aku dengar dia call boyfriend dia tu. Siap ber'baby, bersayang-sayangan lagi." luah Luth.

"Amboi. Bukan main buaya lagi bini kau? Suami dah handsome, kaya, tinggi, pakejlah semua. Nak lagi jantan lain?" puji Carl melebih.

"Kau puji aku melebih ni nak naik gaji ke apa?"

"Kalau kau nak, apa salahnya. Kan baby?" manja Carl tiba-tiba.

"BERAMBUSLAH SETAN AKU GELILAH BODOH!" marah Luth.

Carl hanya tertawa dan berlari keluar dari bilik office milik Luth. Ayok harimau sudah bangun!

Luth hanya memandang pemergian Carl. Ketawa Luth tiba-tiba. Haih, Carl. Bongok betul dia tu.

Dia mengeluh nafas. Dekat office je dia boleh ketawa, dekat rumah memang taklah.

Dari penulis,
kepada hati
pembaca.
🤍

Luth Haqqi [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now