2

758 64 3
                                    

[aku tidak mahu makan malam ini berakhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[aku tidak mahu makan malam ini berakhir.]

10:36 p.m.

'Ish mana pulak mamat ni? Tak reti nak balik ke?' bebel hati kecil Nareen.

Dalam benci pun risau.

"Kalau dia tak balik lepas pukul 12 malam, aku call." kata Nareen.

Dia terpaksa tebalkan muka untuk menelefon Luth.

Nareen kemudiannya berlalu ke atas. Dia membuka pintu biliknya dan bergerak ke atas katil untuk tidur.

+++

"Haih banyak pulak kerja dekat office harini. Ish Nareen okay ke tak eh agaknya? Dia dah makan ke belum? Patut ke aku call?" bebel Luth sambil memegang telefonnya.

Hati kata telefon, mulut kata tak perlu.

Mana tahu kalau dia call nanti kena maki.

"Ish macam mana aku nak bagitahu aku balik pukul 12 ni? Ah call jelah!" setelah berminit-minit, Luth membuat keputusan untuk menelefon Nareen.

kring kring

'Tak angkat pun.'

kring kring

'Takpe try lagi.'

kring kring

'Nareen tidur ke?'

kring kring

"Takpelah, Nareen tidur kot. Tak nak kacau." kata Luth.

+++

kring kring

"Eh? Nareen call aku? Kau biar betul?"

ehem ehem

"Hello, sayang?"
 
"Em hello."

"Ye, ada apa?"
 
"Bila nak balik? Aku nak panaskan lauk ni."

Amboi, garangnya Nareen. Dahlah suara mengantuk sangat.

"Eh sayang, tak payahlah panaskan lauk. Menyusahkan sayang je. Takpe abang dah kenyang. By the way, abang balik pukul 12 malam, Nareen kunci pintu tau?"

tetttt!

'Aik dia letak macamtu je? Atleast cakaplah stay safe ke apa. Haih.' bisik hati Luth.

+++

Nareen bangun dari baringnya, dia kemudiannya bergerak ke dapur. Nareen membuka api dan mula panaskan lauk.

Dia tahu Luth sebenarnya lapar, tapi saja tak nak menyusahkan Nareen.

Selesai panaskan lauk, Nareen naik ke atas semula dan tidur. Pasal Luth tu, lantaklah nak makan ke tak. Yang penting, Nareen mengantuk sangat.

+++

1:45 a.m.

Luth meletakkan keretanya di garaj. Dia keluar dari keretanya dan berjalan ke arah pintu.

Sebaik sahaja dia buka pintu, bau lauk yang dipanaskan Nareen sebentar tadi membuak-buak masuk ke dalam hidungnya.

Matanya yang sedikit sepet tadi, terus terbuka luas.

'Nareen panaskan lauk? Untuk aku?'

Luth terus bergerak ke arah dapur. Dia mengambil piring dan mula mencedok nasi ke dalam piringnya. Dia mengambil lauk ayam masak merah yang dipanaskan Nareen sebentar tadi.

"Ehem, dah basuh tangan belum?"

Hampir terlepas genggaman piring dari tangan Luth.

"Eh sayang. Nak basuhlah ni hehe..." kata Luth lalu bergerak ke arah singki.

Tulah kau, excited sangat nak makan masakkan bini, sampai tangan pun lupa basuh.

"Nareen, teman abang makan boleh?" pinta Luth.

"Ish aku ngantuklah." kata Nareen.

"Alah please untuk malamni je..." rayu Luth.

'Aduh kesian pulak aku tengok mamat ni makan sorang-sorang.' bisik hati Nareen.

"Ish yelah, yelah."

"Hehe thank you sayang." ucap Luth.

"Ish makanlah cepat." kata Nareen. Dia benar-benar mengantuk sekarang ni.

Selama Luth makan, Nareen disebelah asyik terlelap saja. Luth hampir saja tergelak melihat Nareen.

"Nareen? Dah. Pergilah naik atas tidur. Abang dah habis makan." kata Luth.

Nareen terus berjalan terhuyung-hayang.

"Nareen boleh jalan tak tu?" perli Luth.

"Ish diamlah." marah Nareen kemudiannya dia terus berlari naik ke atas.

Luth terus tergelak. Aduh Nareen.

Dia bergerak ke arah singki lalu mencuci piringnya.

Dari penulis,
kepada hati
pembaca.
🤍

Luth Haqqi [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now