[in another life, i would be your girl]
12:34 p.m.
"Luth." panggil Nareen.
"Ya sayang?" jawab Luth.
"Ish stoplah dengan panggilan tu. Rimas tau tak?"
Luth tersentak. Air matanya hampir saja mengalir namun cepat-cepat ditarik semula.
"Ma-"
"Tadi mak aku call. Dia ajak kita makan malam kat rumah dia harini. Lepastu dia ajak kita tidur sekali." laju Nareen memotong ayat Luth.
Luth menganggukkan kepalanya.
"Kau nak aku tolong kemas baju tak?" pelawa Nareen secara tiba-tiba. Dia perasan air mata Luth hampir jatuh tadi sebab tu dia pelawa.
Mata Luth kembali bersinar.
'Uish dahlah buat aku nak ternangis tadi, tiba-tiba pelawa nak kemas baju.' bisik Luth didalam hatinya.
"Takpelah, abang boleh kemas sendiri."
Jual mahal eh kau, Luth?
"Jangan cakap banyak, biar aku kemas. Kau bagitahu baju mana nak bawak." tanpa menunggu balasan dari Luth, Nareen terus naik ke atas.
Luth yang berada dibawah juga turut sama naik ke atas.
+++
klak
Sebaik sahaja Nareen membuka pintu bilik Luth, wangian perfume milik Luth menembus masuk ke dalam rongga pernafasannya.
'Bilik aku pun tak sewangi ni.' bisik hati kecil Nareen.
Mata Nareen membulat apabila terlihat sesuatu yang tidak diingininya-
SOTONG MILIK LUTH!
Nareen terus menutup matanya. Luth yang baru sampai pelik melihat Nareen.
'Dah kenapa minah ni?'
"Nareen, kenapa?" tanya Luth, hairan.
"Ada sotong atas katil kau." jawab Nareen sambil masih lagi menutup matanya.
"Sotong?" pelik Luth. Setahu dia, dia tak makan sotong lagi bulan ni. Dari mana datang sotong?
"SPENDER KAU LUTH!" jerit Nareen.
Luth yang berada disebelah Nareen kaku seketika, kemudian tiba-tiba dia ketawa.
"Apa yang kelakar?" Nareen memandang Luth dengan pandangan pelik.
'Mamat ni gila ke?'
"Alahai, dari tadi saya tertanya sotong apa. Ingatkan sotong hidup, rupanya 'sotong' tu." jawab Luth.
Sengal.
"Ish ingat kelakar ke? Kau kemaslah sendiri." kata Nareen kemudian dia berlalu pergi ke biliknya dengan muncung yang sangat panjang.
Luth hanya ketawa. Dia mengambil 'sotong' itu kemudian dimasukkan ke dalam baldi.
+++
Sesampainya Luth dan Nareen di rumah ibubapa Nareen, mereka terus memberikan salam.
"Assalammualaikum w.b.t." panggil Luth dan Nareen.
"Waalaikummusalam w.b.t. Eh dah sampai dah anak menantu kita ni bang." jawab Puan Aini.
"Ha Luth meh masuk meh." ajak Tuan Rashidi.
"Ajak Luth je? Nareen ni batu ke? Merajuklah macamni." kata Nareen sambil memusingkan badannya dan menyilangkan tangan.
Tuan Rashidi, Puan Aini dan Luth yang menyaksikan adegan itu hanya tersengih.
'Haih Nareen, Nareen. Manja betul dengan mak ayah.' bisik Luth didalam hati.
"Ha Luth, nilah bini kamu kan. Kat rumah merajuk macam ni jugak ke?" tanya Puan Aini.
Dia sebenarnya tahu hubungan Luth dan Nareen macam mana, tapi dia saja tanya. Manalah tahu dah berbaik, kan?
"Haha merajuk, tapi versi untuk suami punya." ketawa jahat Luth.
Puan Aini dan Tuan Rashidi hanya tersenyum.
"Eh kita berbual dekat luar ni macam takde rumah pulak. Masuklah." kata Tuan Rashidi.
"Anak awak tu buat drama tak dijemput masuk rumah, lamalah kita kat luar." kata Puan Aini.
"Anak saya, anak awak jugak." balas Tuan Rashidi.
Luth hanya tersenyum. Semoga kebahagiaan ini kekal selamanya, inshAllah.
Dari penulis,
kepada hati
pembaca.
🤍