Manusia. Kebanyakan mereka hanya percaya pada apa yang mereka dengar. Suka buat gossip hangat semata-mata untuk meraih perhatian dunia. Seolah mereka hidup di dunia selama-lamanya.
01 04 2022
April Fools. Aku benci hari tu. Hari itulah segala penyesalan aku bermula. Hari itulah dimana aku kehilangan orang yang aku sayang, orang yang selalu ada bersama aku.
Semua salah aku. Salah aku sendiri. Aku yang terlalu beria membuat sesuatu tanpa memikirkan akibat. Aku yang mengabaikan nasihatnya kerana mahu berseronok.
I'm sorry Qash. Kalaulah aku dengar nasihat kau hari itu, kau takkan mati. Kau takkan tinggalkan aku.
I'm truly sorry.
" Dhiya Elysa Rose? Kenapa dia tiba-tiba hiatus? Kenapa dia padam semua post Instagram dia? Apa jadi dekat dia? "
" Semua paid review yang sepatutnya dia buat dah cancel. She paid the client dua kali ganda tau "
" Selepas boybestfriend dia tu meninggal, she left all social media right? Wah it must be hard for her "
Gadis itu menghilang serta merta daripada social media selepas kematian sahabat baiknya. Dia tidak lagi berjumpa dengan kawan-kawanya. Mereka pun tidak lagi nampak kelibat batang hidung Dhiya.
Namun setahun selepas itu, mereka dikejutkan dengan post Instagram gadis itu. Bukan sahaja terkejut kerana dia sudah kembali, tetapi juga terkejut dengan penampilan gadis itu. Wajahnya tidak lagi seceria dulu, rambut yang dulunya panjang hingga ke paras pinggang kini dipotong pendek hingga ke paras dada.
" I'm glad you're back "
" Ni betul-betul Dhiya ke? "
" I like your new style pretty "
" Totally different person "
Komen-komen di bawa postingan gadis itu dibaca dengan tenang. Biskut oreo dikunyah habis lalu dia melangkah menuju ke pintu hadapan rumah. Beg digalas, kasut dipakai sebelum kunci kereta diambil.
" Dahlia High, I'm coming "
Diramoonlyrose
Presenting to you
Dahlia High : Regrets