Chapter 03

243 50 6
                                    


           Keluhan dilepaskan. Bunyi bising yang datang dari kerumunan pelajar di dalam dewan itu menyapa rongga pendengaranya. Dhiya memasang wajah tegang sambil mata memandang tepat ke hadapan.

" Kau ok ke Dhiya? " Soal Sofea selepas menyedari wajah gadis itu yang dari tadi masam mencuka.

" Huh? Ok je " jawab Dhiya mendatar.

" Bising sangat eh? " Celah Hanna yang perasan akan kerimasan gadis itu.

Dhiya hanya tersenyum nipis sebelum mengangguk perlahan.

" Ntahla aku pun taktau apa masalah manusia dalam kelas ni dari tadi asyik memekak, nak mengumpat takyah lah bagi 1 dewan dengar " ucap Fasha dalam nada yang sengaja ditinggikan.

Beberapa telinga yang mendengar mula memandang Fasha dengan pandangan menyampah. Gadis ini memang sejenis yang cakap tidak pandang keadaan. Asalkan dia puas.

" Sabarlah, kejap lagi senyap lah tu " ujar Hanna beserta senyuman manisnya. Dhiya hanya mendiamkan diri.

Beberapa saat kemudian, dewan yang tadinya riuh tiba-tiba menjadi senyap. 2 orang pelajar perempuan sedang melangkah dengan wajah penuh angkuh ke arah meja yang dikhaskan untuk pelajar yang memegang jawatan tertinggi sahaja.

Diana dan Fiona.

Queens of the school.

Diana merupakan naib ketua pelajar sementara Fiona pula ialah penolong ketua pengawas. Kedua mereka ialah pelajar dari kelas 5 Uranus iaitu kelas yang sama dengan Adam dan kawanya yang lain.

" Tak pernah nampak pun dorang " bisik Dhiya sendiri.

" Ha tulah Queenbee sekolah ni, sekolah ni dorang buat macam dorang punya. Acah je lebih tapi semua sebab duit mak bapak " ucap Fasha sinis.

Beberapa pelajar yang mendengar ucapan Fasha memandang antara satu sama lain. Bapak berani minah ni.

" Maksud kau? " Dhiya masih tidak faham.

" I'll explain to you later. Sekarang, fokus dekat perhimpunan. Kalau tak dengan aku sekali kena marah " ucap Sofea sambil memandang ke hadapan.

Dia merupakan pengawas yang bertugas untuk menjaga barisan kelas ini. Jika ada antara mereka di dalam barisan ni menimbulkan masalah, Sofea akan menjadi orang pertama yang dipersoalkan.

Serentak, Fasha mendiamkan diri lalu fokus memandang ke hadapan. Begitu juga dengan pelajar lain.

Dhiya hanya memandang 2 orang gadis yang duduk bersama 2 orang jejaka di kerusi khas. Dan orang itu ialah,

Adam dan Iqbal.




" Broke their rules and they will ruin your highschool life "

Dhiya terdiam mendengar semua benda mengarut yang dijelaskan oleh Sofea, Hanna dan Fasha. Menurut mereka bertiga, Diana dan Fiona ialah antara dua pelajar yang sangat berpengaruh dari tingkatan 2. Kedua-dua ibu bapa mereka telah menaja hampir berpuluh ribu ringgit kepada sekolah ini.

Jadi kedua pelajar itu mempunyai pengaruh yang amat besar. Mereka mampu membuat seseorang itu dibuang dari sekolah. Jika alasan yang digunakan tidak cukup kukuh, mereka dengan mudahnya boleh menfitnah mangsa mereka dan buat mereka berhenti sekolah dengan sendiri.

Seriously? Dahlia Highschool yang terkenal dengan sifat yang sentiasa mengutamakan kesihatan mental pelajar boleh membiarkan 2 gadis ini membuli secara halus?

Unbelievable.

" So korang just, diam je lah bila dorang fitnah? Even korang tau dorang fitnah? " Soal Dhiya tidak percaya.

Tiga orang gadis itu terdiam, termasuk pelajar kelas mereka yang dari tadi hanya mencuri dengar.

" Aku rasa kau stay away jelah dari dorang tu Dhiya, they love drama, and since nama kau tengah naik, tak mustahil kau jadi next target dorang " Hazel iaitu salah seorang dari pelajar kelas itu mencelah.

" So nak biarkan je ke? " Soal Dhiya lagi.

" It's for good Dhiya Elysa " Josh pula menyampuk.

" Nothing is good when it comes to bully, Josh " Jawab Dhiya tegas.

Tiba-tiba, bunyi ketukan meragut perhatian pelajar kelas itu.

" Excuse me? Sini ke kelas Dhiya Elysa "

Melihat gerangan si pemanggil, seisi kelas menjadi senyap. Dhiya pula hanya tersenyum sinis di dalam hati.

" Yes? Cari aku ke? " Jawab Dhiya tenang. Kakinya disilangkan. Wajahnya dibuat seolah tidak mengenali dua gadis di hadapanya itu.

Diana dan Fiona melangkah masuk ke dalam kelas sebelum berhenti tepat di hadapan meja Dhiya.

" Nice to know you Dhiya, I'm Diana and this is Fiona " ujar Diana lalu segera menghulurkan tangan.

Dengan pantas, Dhiya menyambut huluran tersebut.

" Dhiya "

Sofea, Fasha dan Hanna memandang antara satu sama lain.

" So, what do your parents do for living? " soal Fiona teruja sebelum menarik sebuah kerusi lalu duduk di hadapan Dhiya.

" They own a small Fried Chicken Restaurant " jawab Dhiya lancar.

" Small business? So how do you manage to pay your school fees? Part time? Scholarship? " Tanya Diana pula.

" Saving " jawab gadis itu ringkas.

Serentak Diana dan Fiona berbalas pandang sebelum segaris senyuman sinis terukir di bibir masing-masing.

" That's all we need to know, bye. See you around " ujar Fiona sebelum dia dan Diana meninggalkan kelas itu.

Dhiya tersenyum sinis.

" Kau ok tak Dhiya? " Soal Hanna risau.

" I'm so much far than ok " ucap Dhiya sebelum mengeluarkan telefonya. Contact seseorang dia cari sebelum tangan giat menekan papan kekunci.

" Diana Qaisara, Fiona Batrisya. Find their information and send it to me before tonight "

 Find their information and send it to me before tonight "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maaf chapter kalini pendek sikit hehe ><

Dahlia High : RegretsWhere stories live. Discover now