Chapter 02

248 43 3
                                    


          Sudah seminggu berlalu sejak pertama kali dia menjejakkan kaki ke sekolah itu. Berita tentang perpindahan dia ke Dahlia Highschool telah tersebar luas dalam kalangan pelajar Violette dan Dahlia High. Tidak mustahil juga berita ini telah sampai ke pelajar Flora dan Scarlet Highschool.

Dhiya melepaskan keluhan. Sosok lelaki yang mencuri perhatianya pada hari pertama tempoh hari muncul dalam ruang kotak fikiranya. Sudah seminggu dia tidak melihat jejaka itu. Seolah itulah kali pertama dan terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu.

" Woi, termenung apa? "

Aku menoleh sebelum mataku melihat wajah nakal seorang gadis yang sedang memandang ke arahku. Fasha Nadyla.

" Takde apa " balas Dhiya acuh tak acuh. 

Fasha memuncungkan bibirnya. Gadis ini merupakan salah satu pelajar dari kelas yang sama dengan Dhiya dan merupakan kawan baik kepada Sofea. Disebabkan hanya Sofea orang yang berkawan denganya pada hari pertama, maka secara tidak langsung Fasha juga telah menjadi kawanya.

" Hanna dengan Sofea mana? " Soal Dhiya apabila melihat kelibat dua orang sahabat itu tiada di dalam kelas.

" Aku rasa dorang macam pergi tandas tadi " jawab Fasha pula.

Hanna Dafiya. Seorang lagi kawan kepada Sofea yang mahu menegurnya selain daripada Fasha. Entah kenapa, pelajar sekolah ini agak sombong sedikit denganya. Setahunya, dia tiada melakukan apa apa kesalahan sejak sampai di sekolah ini? Jadi apa yang nak dibenci pun dia tidak tau.

Darararararari
Neol bogo isseum eumagi Babe
Neoreul wihan mellodi mellodi Yeah
Nega myujeunikka jal deureobwa Play it

Lagu Darari daripada kumpulan treasure tiba-tiba sahaja beralun dari telefon pintar milik Fasha. Fasha yang menyedari telefonya berbunyi bergegas membaca nama pemanggil lalu mengangkat panggilan tersebut. 

Dhiya hanya memandang perilaku gadis itu dengan pandangan kosong.

" Hah? Ha okok on the way. Korang tunggu kitorang tau "

" kenapa tu? " soal D hiya hairan.

" Sofea call bagitau dia dengan Hanna pergi kantin dulu. Jom ah pergi sama-sama " ajak Fasha. 

" jom " 


Sesampainya di kantin, 2 gadis itu melabuhkan punggung pada sebuah meja bulat yang berada di kawasan hujung kantin itu. Sofea dan Hanna telah lama berada di sana. 4 mangkuk soto daging juga sudah terletak elok di atas meja bersama 4 air mineral. 

" bapak sihat minum mineral je " ujar Fasha sebelum membuka botol air mineral tersebut. 

" dah acik kantin tu buat air timun harini. Kau nak ke minum air timun? " soal Sofea sambil menyuap sesudu sup soto ke dalam mulutnya. 

" air timun? wah aku lagi rela puasa dari minum air timun " ucap Fasha sambil membayangkan rasa air timun yang kadang-kadang dijual di kantin itu. 

Dhiya dan Hanna hanya mendiamkan diri mendengar perbualan dua gadis itu sebelum pedengaran mereka beralih pada suara yang datang dari sekumpulan lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan kantin sekolah. 

' it's him ' bisik hati Dhiya. Entah kenapa, dia teruja apabila memandang ke arah lelaki itu.

" kau jalan memang tengok lantai ke? handsome sangat ke lantai tu sampai kau tak nampak Iqbal yang besar gedabak tu? " lantang suara itu menengking seorang pelajar perempuan yang sedang memandang ke bawah. 

Dahlia High : RegretsWhere stories live. Discover now