Chapter 05

246 48 5
                                    

Suasana bilik mesyuarat yang tegang membuatkan setiap pelajar yang berada di bilik itu enggan untuk menimbulkan sebarang bunyi. Iqbal memandang setiap sosok manusia di dalam ruangan itu dengan pandangan tajam.

" Macam mana aku boleh dengar ada orang lapor pasal kes buli dekat sekolah ni? DH? Buli? Korang as a member of DHS students discipline organisation buat apa je?! " Marah Iqbal dengan nada yang ditahan. Tidak mahu hal ini didengari oleh pelajar lain.

Adam hanya duduk santai di sebelah Iqbal dengan kaki yang disilangkan. Matanya hanya merenung ke arah kertas laporan di hadapanya.

Kisahnya, seorang pelajar junior dikunci di dalam tandas selepas balik dari sekolah. Lalu seorang gadis menyelamatkan pelajar itu lalu membuat laporan. Soalanya sekarang, siapa si pelapor ini? Kenapa dia tidak memberi tahu namanya di dalam laporan?

Clak

Bunyi pintu dibuka mencuri perhatian semua pengawas, ketua setiap batch dan beberapa wakil pelajar di dalam bilik itu. Sofea masuk ke dalam bersama seorang pelajar junior. Pelajar itulah yang kononya dibuli.

Junior itu hanya menundukkan wajahnya. Rambutnya yang hanya separas bahu diselitkan ke belakang telinganya. Spec mata dibetulkan.

" Hanisah. Student 3 Uranus " ucap Sofea sebelum membawa gadis itu untuk duduk di sebelahnya.

" Hanisah ye? " Ucap Iqbal sebelum melangkah mendekati gadis itu.

" Siapa yang kunci kau dalam tandas waktu tu? " Soal Iqbal dingin.

Hanisah hanya mendiamkan diri. Wajahnya masih menunduk. Entah apa yang ditakutkan sangat pun tidak tahu.

" Aku tanya siapa yang kunci, kau pekak ke?! " Ucap Iqbal lagi.

Masih diam. Tiada jawapan.

Iqbal mengenggam penumbuknya. Nafas ditarik dalam. Ingin mengawal emosi sendiri.

" Aku tanya sekali lagi, siapa yang kun- "

" Kalau aku bagitau, apa jadi? " Tiba-tiba, gadis itu memotong ayat yang dilontarkan oleh Iqbal tadi.

" Huh? "

" Kalau aku bagitau kau siapa yang kunci aku, kau nak buat apa? Buang dia dari sekolah ni? " Hanisah mengangkat wajahnya. Matanya yang berair memandang tepat ke arah Iqbal yang memandangnya bingung.

" Berhenti fikir yang kau boleh buat apa sahaja dengan sekolah ni. DH dah bukan macam dulu. Orang yang buli aku tu berpengaruh. Kau takkan dapat buang dia dari sekolah ni. In fact, kau tak akan dapat buat apa apa!!! " Tengking gadis itu. Air mata yang tadinya ditahan mengalir membasahi pipinya.

" Barisan pengawas, wakil pelajar, ketua batch even cikgu sekalipun takkan dapat buang dia dari sekolah ni. Sekolah yang diagungkan sebab disiplin dan keharmonian ni dah boleh bersedia untuk hilang gelaran tu. Terutamanya bila ketua pengawas sendiri takde adab macam kau dan ketua pelajar pula cuma duduk tengok macan tak ada perasaan! " Ucap Hanisah lalu memandang ke arah Adam sinis.

Adam mengerutkan kening. Apa pula salah aku?

" Apa yang kau cak- "

" Diamlah! Kau takpayah sibuk nak uruskan kes ni. Aku nak drop dari sekolah yang dah siksa aku selama 3 tahun ni. Berdisiplin konon, boleh pergi mampos lah dengan disiplin korang ni!! " Tengking Hanisah sebelum keluar dari bilik menyuarat pelajar. Pintu dihempas kasar.

Iqbal terdiam. Begitu juga dengan pelajar lain yang berada dalam bilik mesyuarat itu. Namun dalam diam, seseorang tersenyum sinis sebelum memandang ke arah Sofea yang turut memandang ke arahnya. Cepat-cepat senyuman orang itu memudar.

Dahlia High : RegretsWhere stories live. Discover now