𝗘𝗣𝟬𝟳 | 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗮𝗺 𝗿𝗮𝗴𝗯𝗶

103 17 124
                                    

Jay hanya memandang kosong pintu locker yang ditutup separuh tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jay hanya memandang kosong pintu locker yang ditutup separuh tadi. Dia menunduk menyumpah diri sendiri memberikan idea bodoh yang bakal merosakkan imejnya pada hari ini.

"Jay, jomlah mandi. Asal kau tak tukar baju lagi ? " soal K, ketua pasukan mereka.

Ahli yang lain semua sudah bertuala separas pinggang menyusun kaki mereka masuk ke bilik mandi. Jay mengukirkan senyuman nipis.

"Oh, nak bersiaplah ni. Sunbae masuklah dulu" ujarnya pendek.

"Ey, kau malu eh nak tukar baju depan kitorang ?" sampuk Eui Joo yang baru saja selesai mandi. Rambut basahnya dikibaskan seperti kucing kebasahan. Malas hendak dilap dengan tuala.

Jake menyarungkan uniform sekolahnya lalu berpaling. "Malu ? Sejak bila kau malu ni ?"

K masih menunggu lelaki itu kemudian bercekak pinggang.

"Tak payah nak mengada. Tukar baju cepat. Sunbae tunggu ni"

Jay mengetap bibir. Perlahan - lahan pintu lockernya dibuka menampakkan Joonyoung yang masih menekup mulut sejak tadi. Gadis tersebut membundarkan anak mata saat Jay menarik jersinya meninggalkan dia hanya berseluar paras pinggang.

Terserlah kulit putih di abdomen tengah milik lelaki tersebut. Jooyoung menarik kain tuala menutup wajah malu. Nafasnya sudah tak teratur lagi. Jantung ini semakin kencang setelah melihat 'persembahan' percuma di depan mata. Tanpa sedar Jay ketawa kecil. menggeleng. Dia menunduk ke dalam membuatkan Joonyoung tergesa - gesa mengundur menahan tubuh jejaka itu dari terus mendekatinya.

"Sunbae buat apa ni ?!" bisik Joonyoung masih melarikan anak mata.

"Aku nak ambil tuala. Tak ada maknanya nak ambil kesempatan dekat kau" kain putih itu direntap. Joonyoung menekup mukanya pula dengan tangan. Rasa panas membahang sudah membakar pipi.

Pergilah cepat ! Jeritnya di dalam hati.

"Sunbae ! Nak pinjam sabun" ujar Jungwon berlari menarik pintu locker dari tangan Jay. Pasangan itu tersentak dan tak kurang juga Jungwon yang tergamam di depan pintu.

"Huwarghh !!!!" pelajar lelaki yang bertuala tersebut mengundur bersandar ke dinding locker. Tangannya menunding ke ruangan locker Jay tergagap - gagap.

"Jo-joo-joon-

Jay dan Joonyoung menggeleng pantas meminta supaya Jungwon menyimpan rahsia mereka.

Jake meletakkan kasutnya ke dalam rak. Dia berpaling memandang Jungwon yang masih terketar - ketar. Kepalanya menoleh ke arah Sunghoon yang ikut sama mengangkat kening. Kerana curiga mereka berdua juga ikut menjenguk.

"Arghh !!!" Sunghoon berlari menyorok di belakang Jake kerana masih bertuala. Jake pula membulatkan anak matanya pada Jay yang menggosok leher kekok.

"Kau ni memang kan ?" dia mengetap gigi.

𝗱𝗼𝗻'𝘁 𝗴𝗲𝘁 𝗵𝘂𝗿𝘁 | 𝗉𝖺𝗋𝗄 𝗃𝖺𝗒 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now