Jungwon, Sunoo dan Niki mengerutkan dahi membaca majalah sekolah di atas meja itu. Mereka masing - masing duduk mengurut dagu berfikir.
"Erm, masa bila eh diorang ambil gambar kita ?" soal Niki membelek muka hadapan majalah tersebut yang dihiasi dengan wajah mereka bertujuh.
Dia mendongak memandang mereka yang lain buntu.
"Princes of Sikhyung Highschool. Fuh, beria je tajuknya" komen Sunoo.
Petang itu, mereka semua dikejutkan dengan berita dari mulut Minseo sendiri bahawa ketujuh - tujuh ahli lelaki kelab catur ini telah dijadikan sebagai model muka hadapan majalah utama sekolah. Bukan itu sahaja, mereka juga diberikan gelaran sebagai Princes of Sikhyung Highschool.
Gelaran kerana menjadi pelajar gilaan hati gadis - gadis sekolah tersebut.
Minseo berpeluk tubuh tak berpuas hati apabila semua orang seakan tak mengambil serius akan perkara yang dibawanya.
Dia berdiri bercekak pinggang.
"Korang faham tak apa maksudnya ni ?" soalnya malas. Mereka semua menggeleng. Heeseung pula malas melayan berlakon tidak mendengar.
"Maksudnya, kita boleh gunakan populariti korang untuk dapatkan ramai lagi student join kelab catur ni !"
"Tak sangka sunbae nak gunakan kami yang naif ni" tutur Niki memeluk Jungwon dan Sunoo. Mahu berdrama pula di situ. Dua orang pelajar tersebut ikut mengangguk kononnya ikut terkesan dengan rancangan gila Minseo.
Gadis itu mengangkat kening. Perkataan naif tersebut membuatkan dia mempersoalkan identiti mereka semua.
"Yelah tu, naif" decitnya menjeling.
"Yelah ! Tengok muka comel kami ni. Naif kan ?" balas Jungwon.
"Ha, sini bagi sunbae cubit pipi sorang - sorang rasa comel ke tak ?"
Minseo mendepakan tangannya mengejar tiga orang pelajar itu hingga mereka mula lari lintang - pukang kini. Jungwon, Sunoo dan Niki berlari menyorok di belakang almari menyelamatkan pipi mereka dari dicubit raksasa Minseo.
Di penjuru bilik, Sunghoon, Jake dan Jay berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang Heeseung yang tenang menyelak buku laporan kelab. Lelaki itu menongkat kepala malas.
"Sunbae, tanak selamatkan budak - budak tu ke ?" soal Jake selepas melihat Sunoo menjerit ketakutan kerana berjaya ditangkap Minseo.
Heeseung menggeleng.
"Lantak dioranglah. Asalkan Minseo tak kacau aku sudah" balasnya pendek. Penat nak melayan perangai gila Minseo itu seharian.
Mereka bertiga kembali membelek majalah yang menjadi topik utama kelab catur harini setelah mendengar kata - kata Heeseung. Jeritan Jungwon dan Niki langsung tak dihiraukan.
YOU ARE READING
𝗱𝗼𝗻'𝘁 𝗴𝗲𝘁 𝗵𝘂𝗿𝘁 | 𝗉𝖺𝗋𝗄 𝗃𝖺𝗒 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfikce" Aku cuma nak lindungi kau. Itu sahaja " Tak disangka tindakan Jay dilihat sebagai sebuah obsesi pada mata Joonyoung. Dia tak mahu dikongkong tetapi dalam masa yang sama, dia menikmati perhatian yang lelaki itu berikan. "Aku tak suka orang sentuh h...