Petang itu cerah. Langsung tak seperti yang diharapkan Joonyoung. Dia tak rela melangkah masuk ke kawasan gelanggang padang ragbi mendekati sekumpulan pelajar perempuan yang sedang ketawa bertepuk tampar sesama sendiri.
Tangannya yang kering mula terasa lembab apabila jarak antara mereka semakin mendekat. Joonyoung membasahkan bibirnya yang kering.
"Hi, semua !" tegurnya ceria cuba memeriahkan suasana.
Jelingan tajam yang dia dapat sebagai balasan. Gadis itu diam membatu. Tangannya yang melambai tadi turun semula disorokkan ke belakang badan sambil menyumpah seranah di dalam mulut.
"Ha, datang pun. Ingatkan nak buat - buat pengsan lagi" desis salah seorang daripada mereka.
Ahlinya yang lain ketawa mengejek. Tubuh Joonyoung dari atas hingga ke bawa diratah kasar dengan anak mata sinis. Sengaja mahu buatkan ahli baharu mereka tidak selesa.
Sebelum ini, elok saja mereka semua bekerjasama. Namun selepas kedatangan ahli baru itu, semuanya berubah. Mereka terpaksa mula belajar dari A hingga Z kembali. Tak pasal - pasal memerlukan latihan lebih masa.
Rasa jengkel antara ahli pasukan sorak tersebut semakin membuak - buak sewaktu hari mereka jadikan Joonyoung sebagai bahan 'gurauan' itu diketahui jurulatih dan sekolah. Masing - masing perlu menadah telinga mendengar bebelan dan tohmahan dari orang ramai.
Pendek kata, kehadiran Joonyoung amatlah tak dihargai.
"Maaf. Saya betul - betul tak sangka boleh jatuh pengsan haritu. Doktor cakap puncanya sebab diet yang awak semua cadangkan haritu. Dia sarankan saya untuk berhenti diet sekejap"
Teratur sopan kata - kata Joonyoung dituturkan. Khuatir menggores hati mana - mana pihak.
"Dia sarankan saya untuk berhenti diet sekejap" ejek ahli pasukan kelab itu lagi. Joonyoung diam dijadikan bahan tawa mereka semua.
Ketua pasukan mereka yang memerhati dengan senyuman sengetnya sejak tadi akhirnya maju ke hadapan. Ellen memeluk tubuh bongkak sambil bermain dengan hujung rambut yang terurai.
"Eh, perempuan. Kalau tak mampu nak kurus cakap jelah. Aku boleh bagitahu coach supaya dia buang je nama kau dari pasukan ni. Bolehlah kau bela lemak perut tu lagi" hinaannya mendapat sambutan hangat dari mereka yang lain.
Tawa - tawa suka memenuhi gegendang telinga Joonyoung perit membuatkan dia memejamkan mata cuba untuk bertahan. Tetapi seketika kemudian, bunyi menyakitkan hati itu berhenti.
Joonyoung membuka mata perlahan. Di hadapannya mereka semua senyap mengalihkan pandangan dari dia. Gadis itu buntu.
Ada sesuatu ke di belakangnya ?
Terus dia menoleh ke belakang. Kelihatan Jay berdiri tegas sambil anak matanya menembak pandangan tajam ke setiap seorang manusia yang berada di situ. Jake dan Sunghoon di belakang lelaki tersebut itu menjeling benci.
YOU ARE READING
𝗱𝗼𝗻'𝘁 𝗴𝗲𝘁 𝗵𝘂𝗿𝘁 | 𝗉𝖺𝗋𝗄 𝗃𝖺𝗒 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction" Aku cuma nak lindungi kau. Itu sahaja " Tak disangka tindakan Jay dilihat sebagai sebuah obsesi pada mata Joonyoung. Dia tak mahu dikongkong tetapi dalam masa yang sama, dia menikmati perhatian yang lelaki itu berikan. "Aku tak suka orang sentuh h...