Bab 2

450 32 5
                                    

"Kau ni Harith, berapa lama lagi kau nak hidup macam ni?" Ajmal menggeleng kecil melihat gaya Harith seperti orang hilang bini. Monyok sepanjang hari.

Masuk mesyuarat pun hanya jasad Harith di situ, bukan hati dan jiwa Harith.

Harith angkat muka. Sekilas wajah teman baiknya, Ajmal dipandang.

"Dah nasib aku." Mudah Harith menjawab. Straw di dalam gelas dikacau-kacau.

"Kau kena berkeras dengan Kila tu. Sayang tu sayang juga. Tapi kita ni suami, Harith." Ajmal tidak pernah berputus asa menasihatkan Harith.

"Entahlah." Pasrah sahaja nada suara Harith.

Tepuk dahi Ajmal dengan jawapan Harith.

"Cuba kau ugut nak carikan dia madu.."

"Kau gila?" Laju Harith mencantas bicara Ajmal. Tak pernah terlintas di fikirannya untuk menduakan Syakila. Baik buruk Syakila dia terima seadanya.

"Hmm.. Yelah." Ajmal meliarkan mata ke sekitar restoran itu.

Bosan bercakap dengan Harith. Harith tak pernah nak dengar nasihatnya kalau pasal Syakila. Apa yang Syakila buat, Harith hanya pejam mata. Sebab itu Syakila sudah berani pijak kepala Harith.

Sibuk memandang sana sini, mata Ajmal mengecil.

"Itu macam Kila." Ujarnya membuatkan Harith turut menebarkan pandangan ke sekeliling restoran itu.

Nampak sahaja orang yang dicari, Harith teguk liur.

"Kau nampak?" Soal Ajmal teragak-agak.

Hatinya rasa tak sedap bila melihat Syakila memaut mesra lengan seorang lelaki muda. Lagak pasangan itu seperti sedang hangat dilamun cinta.

"Siapa tu?" Soal Ajmal lagi tatkala soalannya tadi Harith biarkan tak berjawab.

Harith menggeleng.

"Skandal dia?"

Soalan Ajmal membuatkan mata Harith kini beralih kepadanya dengan cerlungan garang.

Terus Ajmal mengangkat tangan tanda bersalah.

"Sorry."

Tak menunggu lama, Harith menyeluk poket seluar dan membawa keluar telefon bimbitnya. Nama isteri tersayang dicari. Lantas nombor itu didail.

Tutt.. Tutt..

Tutt.. Tutt..

Harith buang keluh.

"Kenapa? Dia tak angkat?"

"Dia off phone."

Jawapan Harith buatkan Ajmal turut mengeluh.

"Aku harap kau buka mata kau luas-luas Harith. She is not right for you. I already told you before. Tapi manusia ni memang jadi buta sebab cinta kan."

Terdiam Harith. Kali ini dia tidak ada ayat mahu membalas bicara Ajmal.

Memang dari awal perkahwinan dia dengan Syakila dulu, Ajmal tak pernah sebulu dengan Syakila. Ada sahaja syak wasangka Ajmal kepada Syakila.

"Entah-entah selama ini dia pergi outstation dengan lelaki ni tak."

Mata Harith kembali memanah tajam wajah Ajmal. Ada sahaja ayat Ajmal yang boleh buatkan hatinya terdetik curiga. Ini semua sebab Ajmal.

"Who know's?" Sambung Ajmal lagi.

"Enough. Aku nak jumpa dia." Harith menolak kerusi ke belakang.

"Weii.." Cepat Ajmal menahan.

Aku Ingin Bahagia (Ebook)Where stories live. Discover now