"Sayang.. Kenapa you tak kejutkan I? I dah lambat ni!" Syakila sudah berkejaran ke bilik air.
Harith hanya buat tak tahu. Dia sudah lengkap berpakaian dan dia mahu turun ke bawah untuk membancuh kopi.
Itulah rutinnya setiap pagi sebelum masuk kerja. Bancuh kopi dan membakar roti.
Rutin Syakila?
Isterinya hanya sibuk berdandan di depan cermin. Biasanya hampir setengah jam Syakila akan habiskan masa di depan cermin.
Mereka juga keluar berasingan. Biasanya dia yang keluar selepas Syakila. Syakila lebih gemar bersarapan di kafe pejabat. Muak makan roti katanya.
Selesai membancuh kopi hitam dan membakar roti, kerusi ditarik dan duduk dilabuhkan.
Sambil menghirup kopi hitam, matanya terpejam. Nikmat. Dia adalah peminat tegar kopi. Hidupnya rasa tidak sempurna tanpa kopi. Aroma kopi menenangkan.
"You ni kalau dengan kopi tu macam fanatik sangat. Agaknya kalau antara I dengan kopi pun you pilih kopi." Mencicit suara Syakila kedengaran dari arah tangga.
Harith buat pekak. Moodnya tiada mahu berbual dengan Syakila.
"You ni Harith, nampak lainlah. Senyap aje pagi ni. Biasanya mulut you bising." Tiba-tiba Syakila muncul di depannya. Wajah Harith ditatap.
"I biasa aje." Senada suara Harith menjawab.
"You tak bercakap banyak dengan I. You marah pasal I tak nak ikut you balik rumah umi?" Mata Syakila masih memerhati tindak tanduk Harith.
"I'm tired." Harith bangkit dari kerusi dan membawa mugnya yang sudah kosong ke singki.
Dia tidak mahu bercakap tentang balik kampung. Nanti dia juga yang hangat hati sedangkan Syakila boleh berlagak seperti tak bersalah.
"Hmm.. Ikut suka you lah. I pergi dulu. Bye." Syakila berlalu pergi.
Seperti biasa tiada ciuman, salaman atau pelukan dari Syakila kalau dia yang tidak mulakan dahulu. Rumahtangga mereka akan hambar. Langsung tiada seri.
Harith yang sedang mencuci piring serta mug di singki, menghela nafas dalam.
Sedaya upaya rasa sakit hati dan kecewanya cuba dikawal. Dia tidak mahu rumahtangga yang dibina ini musnah.
Rumahtangga mereka dibina atas rasa kasih dan sayang. Bukannya pilihan keluarga seperti tipikal dalam novel-novel cinta.
Kalau sebelum ini dia cuba mengubah cara Syakila melayannya namun entah kenapa hari ini dia tak yakin yang Syakila akan berubah mengikut apa yang dia praktikkan selama ini.
Syakila sudah semakin jauh darinya. Kadang-kadang dia rasa dia tidak kenal Syakila yang sekarang. Syakila banyak berubah.
*****
"Sayang, you jangan lupa pakai protection nanti tau. I tak nak dapat hasil." Lembut suara Syakila beralun. Tak sabar dia mahu bercuti dengan Syafiq. Mesti seronok!
"Dont'worry baby." Syafiq kenyit mata.
Melebar senyuman Syakila. Lalu tangannya naik merayap ke peha Syafiq. Peha kekar berlapik seluar slack itu diusap perlahan.
"Tapi, husband you izin ke you pergi outstation esok?" Soal Syafiq bila teringatkan Harith. Lelaki itu dia pernah jumpa. Hanya Harith yang tidak mengenalinya.
"Mestilah izin. Dia tu kan terlalu sayangkan I. Tak pernah dia tolak apa yang I minta." Bangga kata-kata Syakila kerana dia yakin yang Harith terlalu cintakannya.
"Then, good for us." Syafiq tarik sengih. Matanya merayap nakal pada tubuh montok di sebelahnya yang memakai kemeja sendat dan seluar slack.
Pakaian Syakila selalu membuat nafasnya turun naik. Nafsunya pula memberontak mahukan wanita itu di dalam dakapannya saat ini.
Syakila ketawa lepas. Hujung rambutnya dipintal dengan jemari. Renungan Syafiq dibalas. Walaupun rupa paras Syafiq tidak sekacak Harith tetapi Syafiq suka memanjainya. Harith lebih serius berbanding Syafiq. Sebab itu mereka kerap bertengkar sekarang.
"You tahu tak, Syafiq?" Syakila bertongkat dagu dengan sebelah tangan seraya matanya terpasak pada wajah Syafiq yang berjambang halus.
"Hmm?" Syafiq angkat kening.
"Hati I ni rasa tenang bila boleh tengok you." Jemari Syakila yang tadi berada di peha Syafiq kini naik mengusap jambang halus Syafiq pula.
"I pun baby. Tak dapat tengok you, dalam ni rasa macam nak meletup." Syafiq tarik jemari Syakila yang merayap di mukanya dan diletakkan ke dadanya.
Syakila tersenyum bahagia. Terasa seperti dia kembali remaja. Percintaannya dengan Syafiq buat dia di awan-awangan. Bicara Syafiq selalu membuat mukanya kebas.
"I love you, baby." Syafiq membawa jemari runcing Syakila tadi ke bibirnya. Jemari itu dikucup berkali-kali.
Syakila tersenyum.
"I think I want you in my bed right now."
Galak Syakila ketawa.
"I miss everything about you." Syafiq kucup lagi jemari Syakila.
Syakila sandarkan kepalanya ke bahu Syafiq seperti yang dia selalu buat pada Harith untuk bermanja.
"Miss you too." Lunak suara Syakila membalas.
"I rasa sempat lagi ni." Suara Syafiq berubah nakal.
"Sempat apa?" Syakila jauhkan kepalanya dari dada Syafiq.
"Check in hotel."
"Tapi.." Syakila lirik jam pada pergelangan tangannya. Masa rehatnya berbaki lagi 40 minit.
"One round should be okay."
Syakila terdiam.
"Jom." Syafiq bangun dan menarik tangan Syakila.
"Tapi kalau I terlewat masuk kerja mesti bos I bising. Dah kerap sangat kita terlajak.."
"Alah. You jangan risau lah baby. I will backup you."
Nak tak nak Syakila bangun juga. Entah kenapa dengan Syafiq dia selalu lembut hati.
"That's my baby." Syafiq cuit pipi Syakila. Mereka berjalan beriringan ke kereta.
Belum sempat sampai ke kereta Syafiq, Syakila tekup mulut. Tiba-tiba sahaja dia rasa mual.
"Baby kenapa ni?" Syafiq usap belakang Syakila bila wanita itu membongkok di tengah-tengah jalan.
"I rasa tak sedap perut."
"Hmm.. You salah makan kot. Nak pergi klinik?"
Syakila menggeleng.
Terfikirkan sesuatu, mata Syakila merenung wajah Syafiq.
"Why?" Soal Syafiq hairan. Tak kan nak berbalas tenung tengah panas terik ni.
"I belum datang bulan." Beritahu Syakila buatkan wajah Syafiq juga berubah.
"I rasa tak mungkin. You makan ubat kan."
Syakila mengangguk. Memang dia makan pil perancang.
"I pula selalu pakai protection. Macam mana pula boleh lekat. Immpossible." Syafiq tersenyum tawar menutup rasa risau yang bertandang di hati.
"I rasa untuk kepastian, baik kita ke farmasi."
"Untuk apa?"
"Beli pregnancy test."
"Apa you merepek ni?" Tinggi nada suara Syafiq. Terus terbantut keinginan di hati mahu ke hotel.
"Just for check up Syafiq."
Syafiq buang keluh.
"Fine." Menonong dia berjalan ke kereta meninggalkan Syakila di belakang.
"Perempuan ni leceh betul." Syafiq merungut perlahan.
Syakila usap perutnya sendiri. Sambil melangkah, hatinya rasa tak sedap. Entah ini firasat atau ini rasa takut kerana dia sudah jauh terpesong.
Jika benar dalam rahimnya ada nyawa lain yang menumpang, macam mana? Apa yang dia patut beritahu Harith? Sedangkan Harith sudah lama tidak menyentuhnya.
Syakila teguk liur. Takut. Apa yang dia patut buat?
YOU ARE READING
Aku Ingin Bahagia (Ebook)
RomanceKERANA mengejar kesempurnaan, rasa cinta yang pernah terdetik di hati ditanam ke sudut hati yang paling dalam. Tak pernah diluah malah mahu dikuburkan tanpa sebarang tanda. Sangka Harith, kesempurnaan yang dipilih dalam diri Syakila akan membawa keb...