Bab 5

4.5K 509 34
                                    

"SEMINGGU sudah berlalu sejak hari paling menyakitkan buat Nerisa itu. Sepanjang satu minggu ini juga dia tak keluar bilik, tak banyak makan dan tak nak pergi kedai bunga.

"Risa, janganlah macam ni nak. Tak kesian ke dekat Cik Mina ni. Sunyi tak ada orang nak kacau Cik Mina" ujar Cik Mina sambil menepuk-nepuk punggung Nerisa yang sedang berselubung dibawah selimut.

Cik Mina, satu-satunya manusia didalam rumah itu yang mengetahui perpisahan Nerisa dan Luqman. Itu pun sebab Nerisa masuk rumah menangis-nangis lepas jumpa Luqman minggu lalu. Mahu tak mahu terpaksa juga Nerisa ceritakan pada Cik Mina dengan satu syarat iaitu tidak memberitahu papa dan Ilhan.

Alasan dia tak mahu beritahu papa dan abangnya? Entalah, dia malas mahu bersoal jawab dengan dua manusia itu dalam keadaannya begitu. Sekurang-kurangnya bukan sekarang.

Dah bersyukur sangat sebab seminggu ini papanya ke Sabah atas urusan kerja dan abangnya keluar pagi dan pulang malam jadi memang jarang sangat bertemu muka.

"Risa~" seru Cik Mina lagi sebelum matanya beralih kearah jam didinding. Jam dah nak masuk ke tengah hari, takkan Nerisa nak macam ini sepanjang hari seperti semalam? Janganlah, Cik Mina dah rindu.

"Cik Mina..." seru Nerisa sambil perlahan-lahan bangkit dari baringan. Wajah tembam Cik Mina ditatap dengan wajah sugul.

"Berbaloi ke Risa buat macam ni untuk Luqman?" soal Nerisa. Baru sedar gamaknya.

"Tak" balas Cik Mina bersahaja.

"Tapi dia tu pernah jadi kekasih Risa. Orang yang Risa sayang dan Risa harapkan ada dalam masa depan yang baik bersama. Risa tak boleh halang diri Risa dari rasa sedih, geram dan benci. Risa kecewa sangat" ujar Nerisa dengan jelas kesedihan.

Cuba untuk berperang dengan perasaan sendiri yang sudah bercampur baur. Namun lebih banyak benci dan dendam berbanding sedih. Sebab itu selama dia berkurung, dia banyak termenung dari menangis. Macam-macam bermain dikepalanya. Nak aje dia langgar Luqman pakai lori hantu, tak pun bakar rumah Luqman. Bakar sambil berlinangan air mata.

"Macam ni... tak salah untuk Risa rasa sedih sebab dah hilang manusia yang paling Risa sayang. Itu lumrah manusia. Cik Mina faham sebab tu Cik Mina tak halang Risa untuk menangis beberapa hari ni tapi sampai bila?"

"Cik Mina faham sangat apa yang Risa rasakan tapi Risa juga kena faham yang Allah aturkan semua ni bukan sahaja untuk menguji Risa tapi mungkin juga untuk memberi Risa yang lebih baik... Sudjiwo Tejo pernah berkata, 'Untuk menyelamatkanmu dari orang yang salah, Allah mematahkan hatimu' faham?"

Nerisa tidak segera menjawab.

"Allah tahu apa yang terbaik untuk Risa, ada sebab kenapa hubungan Risa dengan Luqman hanya sampai disini. Kalau ikut Cik Mina, Cik Mina geram sebenarnya dan kalau Cik Mina jadi Risa Cik Mina tak akan izinkan air mata Cik Mina menitis setitik pun untuk manusia yang tak layak... berbaloi ke? Tidak." ujar Cik Mina.

Melihat tangan Cik Mina yang sudah menggumpal penumbuk, Nerisa tahu kuat benar rasa geram Cik Mina.

"That man doesn't deserve your tears"

Tiba-tiba suara Dzariff terlintas difikiran membuatkan Nerisa mengesat air matanya. Wajahnya berkerut. Betul.

Betul kata Cik Mina dan Dzariff. Lelaki seperti Luqman tak layak dia tangisi. Dia menangis kekecewaan sedangkan dia yakin Luqman sedang bahagia bertepuk tampar dengan wanita bernama Katrina.

Mereka dah jadi pasangan bertunang. Entah-entah dah merancang tarikh perkahwinan pun... arh! Benci Luqman. Kenapa buat dia macam ni?!

Cukup. Cukup air matanya terbazir sampai sini. Dia tak akan menangis untuk lelaki sampah macam Luqman lagi. Dasar curang! Pemberi harapan palsu! Permainkan cinta sucinya!

Dear Nerisa √Where stories live. Discover now