Bab 2

5.2K 460 31
                                    

"KENAPA pula ni?" soal abang sulungnya, Ilhan sebaik melihat mata sembap sang adik.

"Tak ada apa-apa. Tengok drama Korea malam tadi" balas Nerisa pendek. Mestilah dia tipu, satu malam dia menangis disebabkan Luqman tapi takkan nak bagitahu hal itu pada Ilhan. Sudahlah papanya pun ada didepan ni.

Apa-apa pun, sekarang bukan masanya lagi. Nerisa masih berharap ada peluang untuk dia perbaiki hubungannya dengan Luqman dan disebabkan hal itu, masalahnya ini harus disembunyikan.

"Luqman ada call Cik Mina tadi, dia tanya kenapa Risa tak jawab call dia langsung. Gaduh ke?" soal Cik Mina a.k.a pembantu rumah itu sambil mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan majikannya. Tuan Hilman pula hanya mendengar  bicara ketiga-tiga manusia itu.

Baginya, tak pelik pun Nerisa turun sarapan dengan muka bengkak seperti ini dipagi Sabtu sebab anaknya itu memang hati tisu bab drama negara asing itu. Rapuh betul jiwa. Dan malam Jumaat memang malam wajib dia bermarathon drama. Esok cutilah katakan.

Banyak kali dia ke bilik anak daranya itu dimalam buta untuk menjenguk. Baru nak pulas tombol pintu, suara esakan Nerisa sudah memenuhi ruangan bilik dan koridor. Bila tengok, lah menghadap drama rupanya. Gaya tu macam dia pula yang disakiti.

"Oh, Risa mute fon sebab nak concentrate dengan drama malam tadi. Sedih betul sampai tak sanggup nak diganggu" balas Nerisa bernada sedih.

Nerisa termenung seketika. Semalaman dia fikirkan hal ini, Luqman memang gila. Kalaulah dia tahu Nerisa sudah tahu yang dia bercinta dengan orang lain dibelakang Nerisa, adakah lelaki itu akan menelefon dia berulang kali dari malam tadi sehingga ke pagi ini? Sampai kan sanggup mengganggu Cik Mina pula tu.

Setandinglah gilanya itu dengan gila rakan karibnya, Umayr Dzariff. Ya Allah, pening Nerisa dibuatnya. Tak sudah terkejut dengan hal Luqman ditambah pula dengan hal Dzariff.

"What?!" soal Nerisa kuat bila seorang lelaki yang cukup asing melamarnya untuk menjadi kekasih.

Gila ke? Air matanya masih belum kering mengenangkan nasib diri yang dicurangi sang kekasih. Tiba-tiba boleh pula dilamar begini? Prank lagi ke? Mana kameranya?

"Yes, be my girlfriend until they know" berkerut wajah Nerisa. Lama dia cuba menghadam kata-kata lelaki itu sehinggalah dia faham. Agak kejam untuk seorang Nerisa.

Tak. Dia tak setuju. Malukan Luqman dikhalayak ramai sudah agak kasar baginya apatah lagi untuk lakukan apa yang Dzariff mahukan. Nope. Nope. Nope.

"No"

Cukup perbualan mereka sehingga disitu, telefon bimbit milik Dzariff berbunyi dan dengan hanya satu anggukan buat Nerisa, dia beredar. Macam itu je. Memang tidaklah Nerisa nak terima. Dahlah tiba-tiba.

Pening Nerisa dibuatnya. Tak faham kan apa maksud dia? Kad yang diberikan juga masih ada dalam beg tangan Nerisa. Sudahlah,  malas nak fikir.

•••

"HACHUM!" entah kali keberapa Nerisa bersin, dia sendiri tidak tahu yang dia tahu hidungnya rasa nak tercabut dan jantungnya rasa mahu gugur. Sakit jantung.

"Mana mask kau Risa?" soal Aira. Dia yang penat tengok Nerisa bersin dari tadi. Sebelum ni, nak datang tahu pula pakai pelitup muka siap-siap. Entah mana dicampak masknya, Aira juga tak tahu. Macam kan hebat masuk kedai dengan PPE tak cukup dia.

Dengan mata bengkaknya. Risau dia tadi bila memandang wajah Nerisa saat sahabatnya itu baru masuk kedalam kedai. Bila ditanya kenapa, bermarathon k-drama rupanya. Bukan main dia punya sedih tu. Kalau orang tak tahu ni, konfem claim kes dera.

Dear Nerisa √Where stories live. Discover now