"BOS ada tetamu dekat dalam office" ujar si pembantu peribadi sebaik dia beriringan keluar bersama majikannya dari bilik mesyuarat.
"Siapa?" soal Dzariff dengan kerutan diwajah. Tali lehernya dilonggarkan. Setahunya, Tyra a.k.a pembantu peribadi tak ada pula memaklumkan tentang apa-apa temu janji pagi tadi.
"Saya tak sure" balas Tyra, dia juga tak dimaklumkan.
Masuk sahaja kedalam pejabat, matanya terus memandang kearah satu figura yang sedang duduk membelakanginya. Wanita.
"Excuse me?" sapa Dzariff sambil mendekati wanita itu.
Wanita yang sedang duduk membelakanginya itu terus memusingkan kepalanya dan senyuman lebar terhias diwajah itu sebaik melihat wajah Umayr Dzariff.
"Hello Dzariff"
Dzariff terdiam seketika. Baru 3 hari lalu dia teringatkan Nerisa sewaktu berbual dengan mamanya tentang pasangan yang akan dibawa ke majlis keluarga minggu depan. Tahu-tahu wanita itu sudah ada depan matanya.
"Nerisa? What a big surprise" ujarnya dengan tenang.
"Yes" sambil menyahut, Nerisa tersenyum manis. Setelah berhari-hari memerap dan melayan perasaan, hari ini Nerisa bangkit dengan satu tenaga baru.
Dia lebih bersemangat dari semalam dan hari sebelumnya.
Dia mampu tersenyum dan melihat senyuman diri sendiri didalam pantulah cermin setiap kali teringkatkan kata-kata Cik Mina dengan Dzariff.
Sebab itulah dia nak telefon lelaki itu pagi tadi, nak berterima kasih sebab kata-kata lelaki itu cukup membuka matanya tapi bila difikirkan balik... untuk perkara sebesar ini lebih baik terima kasihnya diucap sendiri dari mulut dan bertatapan mata kan?
Jadi, berpandukan kad pengenalan diri yang pernah Dzariff berikan, dia terus ke sini. Entah kenapa mudah sahaja dia masuk ke sini.
Namun, niatnya yang cuma ingin berterima kasih serta merta berubah sebaik dia ternampak sesuatu yang sangat mengejutkan diatas meja kerja Dzariff kurang 10 minit tadi. Hatinya terasa bagai diramas. Kuat-kuat.
Geramnya bertambah geram dan luka yang semakin sembuh terasa berdarah kembali. Dia bencikan Luqman. Memori indah bersama yang pernah disemat rapi dihapus habis-habisan meninggalkan benci sahaja.
Dasar lelaki tak guna!
Mengingatkan hal itu, Nerisa menoleh seketika dan kad yang berada diatas meja Dzariff dicapai. Kad berona putih biru itu diangkat separas wajahnya.
"Seriously?" soal Nerisa tidak percaya. Tadi saat dia masuk ke pejabat Dzariff, adalah dia gatal-gatal tangan usik itu dan ini sampai dia jumpa kad jemputan perkahwinan itu. Pedihnya masih tersisa bila melihat nama yang tertera di kad itu.
Walimatul urus...
Dzariff hanya mengangkat keningnya dan berjalan mendekati tempat duduknya yang berhadapan dengan Nerisa.
"Bukan ke diaorang baru 6 bulan bersama?" soal Nerisa tepat kepada Dzariff.
"Bersama. Luqman dengan Katrina dah kenal sejak I dengan Katrina. Long enough to decide to get married" balas Dzariff masih tenang.
"Luqman jemput you ke majlis perkahwinan dia sedangkan dia tahu tunang dia tu tunang you. Dia masih belum tahu yang you dah tahu kan?" sambil memicit batang hidungnya, Dzariff hanya menggeleng kecil.
"Correction. Bekas tunang"
"What happen?"
"Hari kita jumpa diaorang dekat restoran. Hari sama Kat minta putus dengan I" jawabnya tenang. Setenang hari Katrina datang bertemunya untuk minta putus. Masih segar difikiran.

YOU ARE READING
Dear Nerisa √
RomanceEbook Nerisa Hilman | Umayr Dzariff Apa perlu dilakukan jika kekasih tiba-tiba minta putus dan hantar kad jemputan kahwin? Jangan menangis, jangan kecewa, hadiri majlis dia dengan lelaki yang paling sexy. - Nerisa Hilman.