Chapter 6 | HLKA🦋

247 17 12
                                    

Mereka tiba semula di hospital dan terlihat Skylar sedang dalam gelisah. Setelah terlihat Alan bersama mereka Skylar bangun dari duduknya dan berlari memeluk anaknya.

"Alan sayang pergi mana...hiks hiks..?" Terhenjut ii nafasnya yang sedang dalam tangisan itu.

"Uncle Farish datang jumpa Alan, dia cakap kalau Alan ikut dia nanti dia bagi candy", ini kes mak bapak tak ajar lah ni jangan amik gula ii kalau orang tak kenal bagi. "Mommy don't cry okeh Alan ada", kata Alan lalu mengelap air mata ibunya.

Adrian, Dylan dan kawan kawannya hanya melihat perbuatan Alan.

"Abang, Farish dah dapat tangkap ke?", tanya Skylar selepas meleraikan pelukan dari anaknya.

"Belum dia dah lari lepas..." terhenti kata ii Adrian selepas mengingat kembali kejadian tadi.

Flashback

"Kau serius lah killer angel datang tadi?!!", teruja betul Dylan.

"Hmm...tapi aku tak nampak dia ikut mana", kata Levi.

"Kau berangan je ,dia memang susah nak di kesan salah pandang sikit je hilang", Dylan memeluk tubuh.

"Ye dho kau rasa dia laki ke perempuan?", tanya Lucas nak tahu sangat dah tu.

"Mesti lah lelaki, takkan perempuan pulak dia dah lah hebat mana ada perempuan licik macam tu", kata Dylan yakin.

Angelina terdengar perbulan jejaka itu.

"Whatt?!! Dia cakap perempuan tak hebat!!", kata Angeline membisik.

Sedang teliti mendengar perbualan jejaka itu tiba ii dia terjatuhkan semua tong besi.

Tersentak perbualan mereka setelah mendengar bunyi tong itu.

"Wey aku rasa tempat ni..."

"Jangan cakap sial aku takut bodoh", potong Charles mendengar kata ii Lucas itu.

"Weh aku kira sampai 5 kita masuk kereta tau", kata Dylan sambil mengeluarkan kunci kereta.

Angelina dengan sengajanya menjatuhkan lagi beberapa tong besi. Bengang sebab mamat tu kata perempuan tak hebat.

DONG!!
Macam tu ke bunyi tong jatuh lantak lah.

Lelaki ii itu mencicir lari masuk ke dalam kereta dan menekan pedal minyak sekuat hati.

Angelina tergelak kecil melihat mafia ii itu ketakutan. Mafia pon takut hantu.

End flashback

Skylar menunggu kata ii dari suaminya yang tergantung itu.

"Lepas..."

Secara tiba ii seorang doktor masuk ke dalam bilik itu.

"Hai maaf mengganggu tapi saya nak periksa tahap kesihatan Alan", kata Angelina dan menayang senyuman yang manis.

"Sweetieee!!!", teruja Alan lalu berlari anak dan memeluk Angelina.

"Whatttt budak tu panggil doktor tu sweetie, ni mesti bapak kau ajarkan", terkejut Dylan mendengar panggilan anak kepada abangnya itu memanggil doktor dengan penggilan sweetie.

"Yeah, she's my sweetie are you jealous uncle Dylan?", tanya Alan yang tangannyan tidak lekang memegang tangan Angelina.

"Aku nak cemburu buat ape, dia siapa?", riak Dylan lalu memeluk tubuhnya.

Angelina mengangkat Alan untuk duduk di atas katilnya. Dia memeriksa tahap kesihatan kanak ii itu.

"Tuan puan, Alan dalam keadaan yang stabil dan bole discharge dalam beberapa hari lagi, saya akan maklumkan kepada Tuan Puan sekiranya ada apa ii", terang Angelina kepada Adrian dan Skylar.

"Pelik gila anak kau ni Ad, baru lepas kena culik tapi tahap kesihatan dia stabil gempak ii", kata Lucas dan menepuk tangannya tanda hebat.

Semua orang di dalam bilik itu memandang Lucas, dengan riaknya yang tidak bersalah baru lepas kata yang budak itu di culik.

"Kalau takde apa ii saya keluar dulu", kata Angelina dan menayangkan senyum kelat. Skylar menganggukkan kepalanya dan duduk di sebelah anaknya.

"Aku rasa perempuan tu dah tau banyak pasal kita", kata Levi yang dari tadi berdiam.

Semua mata tertuju pada Levi. "Maksud kau?", tanya Charles blur sangat mamat ni.

"Masa dalam lift dengan kes culik Alan", terang Levi ringkas.

"Takde lah banyak mana baru dua" kata Lucas

"Tapi cukup untuk dia tahu siapa kita", potong Levi.

Semua sudah terfikir apa yang Levi katakan tadi. "Kita bincang benda ni esok, sekarang korang semua balik esok masuk office macam biasa", kata Adrian.

"Alaaa baru lepas selamatkan anak kau takkan takde cuti", rengek Dylan malas betul mamat ni nak pergi kerja.

"Yang selamatkan perempuan tu bukan kau"

"Tah kau, tahu main je", sokong Lucas dengan kata ii Charles

"Engkau pon dua kali lima je takde beza", protes Dylan.

"Dah lah babi pergi balik anak aku nak tidur", kata ii Adrian membuat semua diam.

Angelina keluar dari bilik pesakitnya dan terus ke bilik kerjanya untuk mengambil beg dan fail. Dia mengemas sedikit meja maklum lah tadi tergesa ii datang hospital.

Flashback

Angelina bergerak menuju ke hospital selepas selesai menjalankan misinya tadi.

"D K, aku terus gerak pergi hospital sekejap tengok budak tu", kata Angelina kepada Daisy dan Clara.

"Okeh", serentak mereka menjawab.

Angelina tiba di hospital dan berlari menuju ke bilik kerjanya dan mencapai kot doktor terus meminta fail pesakit di kaunter depan.

Angelina melihat 5 orang lelaki bersama seorang kanak ii menuju ke bilik pesakitnya.

Angelina masuk ke dalam bilik tersebut dan membuat rawatan kepada kanak ii itu.

End flashback

Selesai mengemas meja kerjanya dia terus pulang ke rumah. Setelah tiba di rumah, dua orang kawanya sedang menunggu di sofa ruang tamu rumah mereka.

"Wey tadi kau jumpa dorang, dorang ada cakap pape tak?", tanya Daisy teruja. Minat sangat dia dengan mamat ii tu.

"Takde", jawab Angelina ringkas dan terus masuk ke dalam bilik malas nak jawab pertanyaan kawannya.

"Eyy asal perempuan tu baru tanya sikit dah masuk bilik, period ke?"

"Kau pon satu tak habis ii ngan Lucas Lucas Lucas mana tak muak dia nak manjawab", terang Clara.

Sampai sahaja di rumah Dylan terus masuk ke dalam biliknya. Penat baru lepas selamatkan anak sedaranya. Eleh bukan dia buat pape pon acah ii je mamat ni.

Dylan mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk membersihkan badannya. Setelah beberapa minit membersihkan badan dia memakai baju dan terus baring di atas katil yang empuk.

Berlegar ii dalam fikirannya dengan kata ii Levi di hospital tadi.

'Kalau doktor tu tau pasal kena culik pun kenapa? Bunuh jelah,kan? Nak susah susahkan diri fikir kenapa?'

'Ad kata perempuan tu yang selamatkan? Mana dia tau perempuan yang selamatkan? Dia pernah tengok ke? Ke dia tau siapa?'























































(NEW VER.)

Okeh sorry chapter ni boring sikit author takde idea sekejap. Sorry kalau ada typo. Sorry lambat update author buzy sikit. Harap ii reader suka baca cerita ni. Tqsm yang support. Jangan lupa vote okeh 🌹✌

BYE💨

His Love killer angelWhere stories live. Discover now