Chapter 26 | HLKA 🦋

145 11 0
                                    

Malam yang indah di penuhi bintang bintang di langit. Laina berseorangan di tepi kolam.

Wawa datang di ikuti oleh Nadia dan Qaseh ke arah Laina yang bersendirian. Mereka duduk di tepi Laina.

"Kau buat apa sorang-sorang kat luar ni?", tanya Wawa.

Laina membiarkan pertanyaan Wawa tergantung.

Melihat keadaan Laina yang seperti nakkan bersendirian, mereka mula bangun.

Hampir sahaja mereka masuk ke dalam rumah agam itu,Laina bersuara.

"Salah ke apa yang aku buat?", langkah mereka terhenti.

Mereka duduk semula di tepi Laina.

"Maksud kau?",tanya Qaseh.

"Aku cuma nak lelaki tu rasa apa yang aku rasa, aku nak hati dia hancur macam mana hati aku hancur, salah ke?",bunyi suara Laina agak sebak.

Mereka semua hanya menunduk.

"Kau rasa dengan balas dendam boleh selesaikan masalah? Kau rasa dengan balas dendam dapat puaskan nafsu kau?",soal Qaseh.

"Kalau aku rasa macam tu?"

"Go ahead", Qaseh terus bangun dan meninggalkan mereka di luar.

Matahari yang indah menyinari bumi di pagi hari. Angelina bangun dengan gembira melihat suaminya di sebalahnya.

Untunglah pagi pagi dapat tengok suami kat sebelah. Pagi pagi dah cuci mata.

Angelina bangun untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri terlihat Dylan masih tidur. Niatnya untuk mengemas katil tidak kesampaian.

Taknak kacau Dylan tidur entah pukul berapa dia deco majlis malam tadi. Angelina membiarkan dia berehat.

Agak terkejut bila dia tengok ruang tamu. Bersih.

Dia malas nak fikir nanti dia tanya sajalah Dylan.

Angelina masuk ke bahagian dapur untuk membuat sarapan untuk dia dan Dylan.

Dia membuka peti ais.

Kosong...

"Rumah besar makanan pun tak ada macam mana ni?", Angelina mengeluh dan tutup peti ais semula.

Kemudian dia membuka kabinet atas. Hanya ada biskut.

"What th--", rumah apa ni?

Dylan turun menuju ke dapur dan melihat Angelina yang berada di dapur sedang tercari cari sesuatu.

"Morning, sweetgirl", sapa Dylan sambil memeluk isterinya dari belakang.

"Morning",Angelina balas dengan ramah.

"Awak saya nak tanya, awak siapa yang kemas kat depan tu bersih je saya tengok?"

Dylan memandang ruang tamu.

"Ermmm..malam tadi diaorang dah kemas dah", jawab Dylan tenang.

"Hah? Siapa?"

"Anak buah Adrian"

Angelina masih lagi tercari cari barang untuk di buat sarapan. Tapi agak susah untuk bergerak sebab Dylan masih memeluk dirinya.

"Kau cari apa sayang?",tanya Dylan.

"Baranglah, nak masak breakfast "

"Hahaha...kau takkan jumpa sayang, ini rumah orang bujang sebelum ni, jadi kitaorang makan kat luar"

"Lagipun kitaorang tak ada masa nak masak, kalau nak makan biasanya makan kat luar atau rumah Adrian", sambung Dylan.

"Haih kenapa tak bagitau awal awal, dah saya tercari cari"

His Love killer angelWhere stories live. Discover now