Chapter 29 | HLKA 🦋

122 12 0
                                    

Angelina memusingkan badan dan memandang pemilik suara itu.

"Kau nak apa?", tanya Angelina agak tegas.

"ermm...taknak apa, I cuma nak tanya khabar baby dalam perut you tu", senyum Farish.

"Kau tak payah nak menyebuk hal oranglah, jaga diri sendiri tu dulu", jawab Angelina dan mahu beredar dari situ.

Farish menarik lengan Angelina.

"Eshh apa ni...lepaslah!!", tengking Angelina.

"Relax lah awal-awal balik nak ke mana, suami bukan ada kat rumah pun,kan?", Farish melepaskan pegangannya dan membiarkan Angelina pergi.

Sebelum Angelina masuk ke dalam kereta, dua orang lelaki ada di hadapannya. Dia mengendahkan sahaja tapi lelaki-lelaki itu mendekati Angelina dan memegang Angelina.

Angelina cuba untuk melawan tapi dia risau akan kandungannya. Dua orang lelaki itu menyemburkan cecair ke buka Angelina dan membuatkan Angelina pitam.

"Bawa dia ke tempat kita", kata Farish dan mereka beredar dari pandai itu.

Clara kehulu ke hilir ruang tamu membuatkan Daisy rasa nak tumbuk je muka perempuan tu.

"Eh perempuan, kau boleh tak duduk diam-diam serabut aku tengok kau tak tentu arah ni", kata Daisy yang hampir hilang sabar dengan Clara.

"Eshh... aku risaulah Angel tak balik-nalik lagi ni, dah pukul berapa dah", kata Clara yang dalam keresahan.

"Kau ingat aku tak risau ke dia kawan aku juga"

"Hah apa kata kita tengok kat rumah Dylan", cadang Clara.

"Kau hilang ingatan ke, Angel kan gaduh dengan Dylan takkan dia nak jumpa Dylan, tak mungkin", kata Daisy.

"Manalah tahu dia pergi, kita taktahu jomlah kita minta tolong Dylan", kata Clara.

Daisy dalam keadaan sudah buntu dia pun bersetuju dengan cadangan Clara. Mereka pun bergegas ke rumah Dylan.

Charles dan Lucas berada di rumah Dylan untuk melihat keadaan kawannya. Manalah tahu takut-takut dah mati ke.

"Ada apa korang datang sini?", tanya Dylan.

"Saja bosan duduk rumah, datanglah sini mana tahu kau mati katak ke", jawab Charles.

"Ada masalah ke kalau kitaorang nak datang sini?", tanya Lucas.

"Memang tak ada masalah"

"Dah tu yang kau kecoh sangat kenapa?"

"Masalah sekarang ni dah malam bodoh, orang nak tidur kau datang melepak", jawab Dylan dengan nada memerli.

"Ouh dah malam erk, hehehe", Lucas buat-buat tak tahu.

Mereka lepak di rumah Dylan dan main ps5 yang Dylan baru sahaja beli. Sedang seronok mereka main game tiba-tiba pintu utama berbunyi. Tengah- tengah malam mana ada orang nak datang rumah.

"Lucas, pergi tengok siapa datang", arah Charles.

"Eh apa aku pula, Dylan pergilah inikan rumah kau tuan rumah kenalah jemput", jawab Lucas dalam ketakutan.

"Aku tengah main game, kan?", kata Dylan. Dasar semua penakut.

Ketukan pintu semakin kuat.

"weyy tak pecah ke pintu tu , DYLAN?", Charles menutup matanya.

"Manalah aku tahu, selama ni Angelina hempas pintu tu tak pecah pun", jawab Dylan sambil memegang controler ps5.

Lucas dan Charles memandang Dylan.

His Love killer angelWhere stories live. Discover now