Chapter 8 |HLKA 🦋

217 16 0
                                    


Pagi menjelang dia segera mandi untuk mambersihkan badannya. Setelah beberapa minit mandi dia memakai pakaiannya.

Dia menuju ke bawah dan terlihat Levi, Lucas dan Charles sedang menunggunya.

"Awal turun", sindir Levi.

Dylan melihat jam tangannya dan jam menunjuk pukul 11 pagi.

"Lah baru pukul 11 awal ii buat apa?", lalu mencapai kunci keretanya.

"Kepala otak kau takkan nak biar bakal isteri kau tunggu lama, bodoh", jawab Levi dan memperlahankan perkataan terakhir.

"Tu bakal isteri aku bukan kau, yang kau gelabah asal?"

"Sumpah tak gentle", sampuk Lucas.

"Diam arh, dah jom tadi kata taknak biar dorang tunggu lama", kata Charles dan bangun dari duduknya.

Mereka keluar dan masuk ke dalam kereta Lamboghini Urus.

"Woi cepat lah nanti diorang tunggu lama lah!!", jerit Clara. Selalu dia yang lambat ni tiba ii je awal.

"Kau ni chill lah, tu bakal suami Angel bukan kau", jawab Daisy lalu memakai kasutnya.

Angelina keluar dari biliknya dan terus memakai kasut.

"Apa yang kecoh ii ni", tanya Angelina.

"Ni ha K gelabah sangat nak datang awal"

Clara menjeling Daisy, minah ni kalau tak mereport memang tak sah.

"Dah K tak payah nak jeling sangat aku korek biji mata kau nanti", kata Angelina dan keluar dari rumah.

Angelina mencapai kunci keretanya dan mereka keluar dari bangunan itu dan memulakan perjalanan ke butik pengantin.

Dylan dan kawan kawannya tiba dahulu di butik tersebut. Mereka melihat sekeliling dan tidak menampakkan sesiapa melainkan pemilik butik itu dan pekerjanya sahaja.

"Selamat datang", ucap pekerja butik itu.

Mereka hanya mengganggukkan kepala sahaja. Seorang perkerja perempuan datang mendekati mereka.

"Tuan, saya dah siapkan baju kalau Tuan nak cuba sekarng boleh juga atau Tuan nak tunggu pasangan Tuan dulu?",tanya pekerja perempuan itu.

"Saya cuba sekarang", jawab Dylan tanpa memikir panjang.

Pekerja itu menunjukkan jalan ke bilik tukar pakaian. Dylan masuk dan menukar pakaian itu.

Setelah beberapa minit memandu kereta Angelina dan kawan kawannya tiba lalu masuk ke dalam butik itu. Terlihat tiga jejaka yang sedang duduk di ruang menunggu.

"Hai...sorry lambat tadi jalan jem", kata Angelina kepada jejaka ii itu.

Mereka bertiga melihat Angelina dengan terpegun. Cantik~~~

"Eh takpe ii tak lama pon", jawab Lucas dengan nada menggatal.

"Puan Angelina ye?", tanya bekerja butik itu setelah terlihat kelibat Angelina.

"Ah ye saya"

"Puan boleh cuba pakai dulu ye baju ni", pekerja itu menghulurkan pakaian itu kepada Angelina.

Angelina mengambil baju itu dan menuju ke bilik persalinan untuk menyalin baju pengantin itu.

Daisy dan Clara tanpa membuang masa mereka duduk di ruangan menunggu bersama dengan jejaka ii itu.

Clara memecahkan suasana yang sunyi itu dengan bertanyakan soalan kepada jejaka ii itu.

"So korang kawan Dylan?"

His Love killer angelWhere stories live. Discover now