ODU Itoh tarik nafas sebelum ambil tu kain kuning yang berisi batu hitam. Aki Alap tinguk saja. Kabak-kabak juga hati si Aki bila nampak si Odu mula macam mau 'berkomunikasi'.
Kumat-kamit mulut si Odu baca sesuatu. Tidak lama lepas tu, si Odu ampai (letak) balik tu kain sama-sama tu batu di lantai sebelum tapak tangan dia mula jadi kejang. Si Odu rasa sejuk, mula dari tapak kaki menaik pigi atas badan. Aki diam-diam telan air liur. Lama sudah dia tidak nampak si Odu macam begitu. Sebelum ini, si Aki biasa jadi pembantu tiap kali si Odu mengubat orang. Tapi lepas satu kejadian hitam, si Odu terus berhenti sebab trauma.
Tangan si Odu bergegar. Tidak lama lepas tu, berhenti. Aki tau, si Odu sudah kena 'masuk'. Mau lima minit juga si Odu diam-diam sambil tunduk. Dia sedang 'berkomunikasi' sama alam ghaib.
"Alap..." Odu Itoh sudah sedar. Macam kepenatan si Odu.
Cepat-cepat si Aki pigi dapur ambil satu gelas air. Mulut si Odu kumat-kamit lagi baca doa sebelum kasi rendam tu batu. Nampak betul tu air menggelegak macam sedang mendidih. Padahal air sejuk yang si Aki ambil. Tidak lama lepas tu, si Odu minum tu air. Tujuan dia untuk kasi pulih balik tenaga dalaman.
Aki Alap sengaja tidak banyak tanya. Dia tahu, Odu Itoh perlu masa sekejap untuk pulih. Penat bah tu guna tenaga dalaman dengan umur warga emas begitu. Lagipun lama sudah si Odu 'berehat' dari dunia mengubat orang. Sebab itu lah si Aki faham. Biar si Odu sendiri yang bercakap bila sudah sedia.
"Alap, nanti pagi kau kasitau tu pulis di mana mayat si Udai," bilang si Odu bila sudah relaks.
"Di mana tempat dia?"
"Tidak jauh dari kebun dorang. Kasitau tu orang kampung pigi cari sana."
"Bah."
* * *
"TIDAK mau cuba cari di kebun si Udai ka?" Aki Alap cuba kasi cadang sama si Miki, Ketua Persatuan RELA.
"Ni hari kena sambung cari di tempat yang kemarin juga, Aki. Sebab ada orang nampak si Udai masuk di sana beberapa hari sebelum dia hilang," bilang si Miki.
'Mustahil juga... si Bungkas bilang kali terakhir si Udai cakap mau pigi kebun. Lagi satu, jauh bah ni hutan dari rumah si Udai kalau dia mau berjalan kaki,' si Aki bercakap dalam hati.
"Aki!"
"Aik, Talui. Bila kau sampai? Bukan kau kerja di KK kah tu?"
Talui, anak kepada kakak si Aki Alap. Memang si Aki biasa sudah kena panggil 'Aki' oleh anak-anak buah. Gelaran tidak penting, yang penting ialah hormat bilang si Aki.
Talui terus salam dan cium tangan si Aki Alap. "Semalam lagi saya sampai, Aki. Saya cuti sekarang, satu minggu. Lagipun saya dengar cerita pasal si Udai. Mau juga saya ikut tolong cari. Oh ya, dorang mama kirim salam Aki. Si Odu apa khabar? Sihat-sihat juga?"
Aki senyum. "Kirim salam dorang balik. Sihat juga si Odu tu. Nanti ada masa datang la di rumah. Kasi cerita Aki pasal pengalaman kau jadi Polis Marin."
"Bah, nanti saya pigi rumah Aki la ni malam," bilang si Talui sambil ketawa. "Si Ajik tiada balik kah Aki?"
"Belum lagi dia dapat balik cuti tu, Talui. Sibuk dia kursus di Sarawak sekarang. Tapi selalu juga dia tanya khabar kami di sini. Tidak juga la kami susah hati," balas si Aki.
"Bagus la begitu, Aki. Bah, marilah. Dorang mau jalan sudah tu."
Aki dua hati mau ikut tu anggota kumpulan penyelamat. Anjing si Aki yang tiga ekor pun masih baring-baring di tanah, tidak peduli sama pergerakan tiga kumpulan yang mula bergerak ikut pembahagian arah tuju masing-masing. Mau tidak mau, kaki si Aki ikut melangkah tapi fikiran dia masih mengingat pesanan si Odu tadi subuh.
Balik-balik si Talui tinguk si Aki. Dia tidak sampai hati mau kasi biar si Aki jauh-jauh, berjalan sendiri-sendiri di belakang. Last-last, si Talui berhenti. "Aki, kenapa? Saya tinguk macam ada yang tidak kena sama Aki."
Aki pun berhenti melangkah. Anjing dia yang tiga ekor pun terus automatik juga terberhenti. "Saya rasa si Udai bukan hilang di sini."
"Ah?" Talui bingung. "Macam mana Aki tau?"
"Mari ikut Aki cari di tempat lain."
"Di mana, Aki?"
"Mari, ikut saja."
Talui yang kebingungan pun, ikut saja si Aki. Dorang terus patah balik, ikut jalan bertentangan dari pasukan anggota penyelamat.
* * *
"AIK... mau dekat pukul lima sudah ni... kenapa si Alap belum balik?"
Odu Itoh baru siap kasi masuk ayam di kandang. Petang semakin gelap, hujan pun turun renyai-renyai. Odu masuk dalam rumah, mandi, lepas tu kasi siap makan malam sambil tunggu si Aki pulang. Hati si Odu mula rasa tidak sedap. Balik-balik dia keluar masuk rumah, harap-harap si Aki muncul depan mata.
"Mana si Alap ni? Patut balik sudah begini. Hujan bah ni, mau gelap lagi. Macam mana mau sambung cari?" bilang si Odu, sendiri.
Beberapa minit selepas itu, datang tiga ekor anjing si Aki, kepenatan sambil goyang-goyang ekor. Semua basah kena hujan. Odu Itoh rasa lega, tapi tunggu punya tunggu, batang hidung si Aki langsung tiada.
"Aik? Uku! Mana si Alap? Kamu kasi tinggal kah si Alap?" Odu bercakap sama tu anjing-anjing. "Uku! Balik! Pigi cari si Alap! Jangan kasi tinggal dia satu orang! Bawa si Alap pulang!"
Habis saja Odu cakap begitu, si Uku, anjing jantan yang biasa masuk hutan, terus patah balik. Macam dia faham betul sama arahan si Odu. Yang dua ekor pula diam-diam sudah di bawah kulung rumah sambil jilat-jilat bulu yang basah. Odu bertambah risau. Langit pun makin gelap. Biarpun hujan tidak berapa lebat, tapi masih boleh buat orang basah kuyup dan demam.
Oleh sebab keperluan, si Odu terpaksa guna 'kepandaian' yang dia ada. Dalam hati, Odu 'berkomunikasi' dengan alam ghaib. Melalui 'penglihatannya', Odu dapat 'nampak' di mana si Aki. Si Aki sama si Talui sedang duduk di bawah satu pokok besar, dalam keadaan bingung. Odu, dengan cara yang dia tahu, memohon supaya alam ghaib memudahkan kepulangan dorang si Aki.
* * *
"AKI, kita di mana ni? Macam sini-sini juga kita dari tadi kan? Saya ingat lagi ini tempat kita tadi, tu nah saya ada kasi tanda guna tu kayu. Kita sudah pusing-pusing ni tapi balik juga di sini," bilang si Talui.
Aki diam,masih berfikir. Dia sendiri pun tidak tau mau buat apa lagi. Dari tadi dorang berabis cari jalan keluar tapi mau satu jam sudah, masih di tempat yang sama. Hari makin mau gelap, hujan dan angin sejuk pun buat dorang rasa lemah.
"Tenang, Talui. Kita sembayang minta tunjuk jalan sambil cuba keluar dari sini..." bilang si Aki, cuba kasi sedap hati.
Dari tadi lagi, si Talui sekejap duduk sekejap berdiri di bawah pokok besar. Dia bingung bercampur resah. Talian telefon pun tiada di sana. Rasa macam terperangkap, kena kasi sesat. "Kita sesat kah ni, Aki?"
"Shh..." Aki tidak mau si Talui cakap tidak tentu di dalam hutan. "Tidaklah. Sekejap lagi kita keluar dari sini. Yakin saja."
Si Aki terus usaha mau cari jalan keluar tapi sama juga. Keadaan pun makin mau gelap, lebih-lebih lagi di dalam hutan. Last-last, si Aki pun duduk dekat si Talui. Dorang macam pasrah sudah. Tinggal berdoa saja lagi yang mampu dorang buat. Tinggal berharap sama ketentuan Tuhan, selepas sudah penat berusaha.
"Woof! Woof!"
Aki angkat kepala. "Uku!?"
"Woof! Woof!"
Si Aki kenal betul tu suara. Masalahnya, dia tidak nampak di mana si Uku masa tu. Berabis si Aki sama si Talui panggil-panggil nama si Uku.
"Uku! Ku- Ku- Ku!" Bilang si Talui, kuat-kuat.
"Uku! Hiti (sini), Uku! Hiti!" Terharu si Aki dengar suara anjing kesayangan dia yang sudah tinggal lebih 10 tahun sama dorang. "Uku! Hiti!"
Tidak lama lepas tu, si Uku muncul dari dalam semak sambil melompat tempat si Aki. Gembira betul dorang si Aki. Rasa bersyukur pun tinggi. Aki peluk si Uku, sambil tidak putus-putus berterima kasih sama Tuhan sebab mendengar doa. Dorang pun dapat keluar dari tu hutan, dengan bantuan si Uku.

ANDA SEDANG MEMBACA
PANGKAUSAN
RandomKehilangan si Udai jadi tanda tanya satu kampung. Ramai orang cakap kehilangan dia ada kaitan sama perebutan harta warisan keluarga. Sampai la mayat si Udai kena jumpa dalam keadaan mengerikan. Aki Alap dan Odu Itoh, pasangan suami isteri warga emas...