✧ 01 ✧

129 13 0
                                    

RIKI melabuhkan punggungnya ke bangku di padang sekolah , kamera polaroid nya diangkat untuk melihat samada ada gambar yang dapat diambil disitu.

“ Yah~ ”. Kedengaran suara seorang pelajar perempuan yang agak jauh dari tempat Riki duduk , kelihatan gadis itu sepertinya merajuk dengan sahabatnya.

Sahabatnya pula ketawa melihat wajah gadis itu merajuk sambil berpeluk tubuh.

Perlahan-lahan bibir Riki mengukir senyuman melihat gelagat mereka , kamera polaroid itu dihala pada gadis itu lalu gambar diambil.

Setelah itu Riki bangun meninggalkan padang sekolah dan melangkah ke kelasnya.

Beberapa minit selepas itu Riki melihat gadis di padang bersama rakannya itu turut masuk ke kelas yang sama.

“ Okay Yeona , aku minta maaf ”. Bicara rakannya dengan tawa yang masih tersisa.

“ Aku taknak kawan dengan kau sehari! ”. Han Yeona menghempas tubuhnya duduk di kerusi , kesal dengan tindakan Minji yang asyik ketawakannya dari tadi.

Minji turut duduk di sebelah Yeona , dia tak dapat menahan tawanya tadi disebabkan Yeona hampir saja terjatuh di padang sekolah.

“ Alah satu jam pun kau takkan boleh punya , aku kan sahabat kesayangan kau.. ”. Ujar Minji sambil mencubit comel pipi Yeona , Yeona pula masih diam taknak berbicara dengan Minji.

Riki hanya memerhati dari jauh , gadis bernama Yeona itu seorang gadis cantik dan berambut panjang.

♥️

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Polaroid Love | Ni-ki.Where stories live. Discover now