"eh korang ada kat sini?" kata perempuan itu. "eh Nana! yela kan kitorang cakap nak gi toilet tadi" balas Rauhah. "ehhh? sejak bila pulak kita jumpa? aku pegi beli barang dekat kedai ground floor sana tu, aku singgah sini sebab nak gi toilet" kata Nana. "eh ape la kau ni Rauhah, tadi tu kita cakap kat Sofea. kita mana jumpa Nana lagi lepas kelas petang tadi" balas Insyi. Dahi Rauhah mula berkerut.
"kau penat sangat ni, dah la, korang dah siap belum?" tanya Nana. "aku nk cuci muka pastu nak brush gigi" balas Insyi."kau?" Nana tanya lagi. "samela" balas Rauhah dengan pendek. "ha elok, aku nak gi toilet jap nanti kita masuk bilik sama - sama" kata Nana sambil memasuki ke dalam tandas.
"weh... aku tak gila kan? kau nampak kan? kau even cakap yang kau cakap ngan dia tadi kan? kenapa kau cakap macamtu?" tanya Rauhah dengan nada suara yang perlahan, takut suaranya yang bergema mampu membuatkan Nana mendengarnya.
"shhh, aku rase baik kita cakap pasal ni besok, simpan sampai besok ok?" balas Insyi. Lantas Rauhah melontar lagi soalan "tapi kenapa? kenapa mesti esok?" "come on Rauhah, u know this kind of-" kata-kata Insyi terputus. "dah siap?" tanya Nana. "belum" jawab mereka serentak. "take your time, aku tunggu" jawab Nana sambil duduk di bangku panjang yang disediakan didalam tandas.
Mereka bercakap seperti tiada apa yang berlaku. Rauhah hairan. "Mengapa Insyi buat macamtu? Bukan ke lebih baik kalau Nana tahu pasal ni?" Banyak persoalan yang bermain dimindanya.
"Rauhah..? Let's go" kata Insyi sambil melihat muka rakannya itu. Dia tahu bahawa Rauhah masih memikirkan hal tersebut, bahkan dirinya jugak tidak boleh menerimanya.
"aik, tak kunci? korang tak kunci ke pintu lepas simpan buku tadi?" tanya Nana sambil melangkah masuk ke dalam bilik. "aku lupa kot... hehe" kata Insyi. "next time recheck tau, u guys know banyak kali dah orang kena rompak sebab tak kunci pintu" kata Nana. Rauhah dan Insyi mengangguk faham.
"Jom makan biskut tiger, tadi aku ada beli biskut dekat kedai" sambung Nana. "kau bawak masuk biskut dalam toilet ke tadi? HAHAHAHA" tanya Rauhah sambil ketawa. "WEH AKU LUPA HAHAHAHA" balasnya.
Mereka menikmati biskut tiger dengan susu coklat yang sejuk sambil menonton movie. Selepas 2 jam, movie itu habis dan mereka tidur seorang demi seorang.
*KRINGGGG, KRINGGGGG*
"ISH MASALAH BETULLA, MALAS LA AKU" kata Nana sambil menekup muka dengan bantalnya. Jam berbunyi lagi sekali. "ISH DAH DAH LAH TU" katanya sambil mematikan alarmnya. "memekak je pagi - pagi buta" sambung Nana.
"dah pukul 5 ke..." tanya Nana sambil melihat layar skrin telefon pintarnya dengan mata separuh buka. Tiba - tiba...
*srkhhh srhkk charrkk*
TO BE CONTINUE...
YOU ARE READING
maybe in another life
Short StoryU know I still love u right...? then why did u do this to me? what's wrong with me, can u help me. help me out please.. i begging pls come and save me. THIS BOOK IS FOR FUN ‼️ COMPLETE ‼️ the book might be a lil bit boring, i will try my best to mak...