pt.9 - "lots of pressure"

16 4 6
                                    

2 MINGGU KEMUDIAN

*PAKKK* Professor Harris menghentak meja dengan kuat. "HOI NANA! awak ni nak jadi ape hah?! kelas saya tak reti nak fokus sekarang awak cakap awak tak siap assignment saya?! payah sangat ke hah assignment tu? orang lain bole siapkan, kenapa awak tak bole? bukan ke awak used to be the top 5 dekat university sini? top 5 lah sangat, siapkan assignment macamtu pn xbole" kata Professor Harris lalu kembali ke tempat duduknya.

Semakin hari keadaan Nana semakin teruk. Mimpi  lelaki bertopeng itu membunuh orang mula menghantuinya. Yang peliknya, ia bukan mimpi biasa, setiap kali Nana mimpi lelaki itu membunuh seseorang, pasti keesokan harinya ada berita seseorang meninggal. Dia kini sudah tidak dapat membezakan antara mimpi dengan kehidupan realiti.

"kau faham tak aku tak boleh focus, aku tak mintak pun aku jadi macamni kau faham tak, aku sakit, aku sakit kau faham tak aku sakit"

"korang punya exam lagi satu minggu. kalau lah perangai korang mcmni memang tak kerja la jawabnya" kata Professor Harris sambil menunding kearah Nana yang masih berdiri dimejanya.

"haih... saya sebenarnya risau eh... awak ada masalah ke Nana? kalau ada masalah kaunselor banyak kat luar tu, mintak tolong orang, bukan nya duduk diam mcmtu, awak jangan ingat awak top 5 kat sini awak bole goyang kaki, lainla kalau awak tu jenis tak payah belajar tapi GPA dapat tinggi" sambungnya lagi.

"diam lah, kalau aku cerita kat orang, kalau aku mintak tolong ade orang faham ke? ade orang nak tolong ke, even kau pun, kalau aku cerita kerja kau making fun of my fucking sickness je kan sebab kau takkan percaya" kata Nana dalam hati sambil mengepal kedua-dua tangannya sehingga dia dapat merasakan kuku-kukunya menikam telapak tangannya.

"dahla, malas dah saya nak mengajar kelas ni, Nana.. jangan disebabkan awak student lain terkesan, saya nak awak keluar dari kelas saya. tengoklah kalau besok saya dah sejuk saya benarkan awak masuk balik. dah keluar" Professor Harris menunding jari ke luar kelas, menyuruh pelajarnya itu keluar.

Belum sempat Nana keluar, Professor Harris mula berkata "Ms Dayana pn dah tahu pasal ni. saya nak awak jumpa saya dengan Ms Dayana dekat bilik dia nanti". Nana tidak berkata apa-apa malahan dia meninggalkan kelasnya dengan begitu sahaja. Dia risau, runsing, rimas, serabut, stress memikirkan kehidupan masa depannya.

__

"disebabkan kau, aku jadi macamni... aku harap sangat ni mimpi, tolongla... ape nak jadi dengan aku ni... kesian mak ayah aku, diorang dah banyak dah keluarkan duit untuk aku masuk U kat sini... come on Nana daripada kau fikir baik kau bukak buku and study, kalau xbole study ngan prof aku bole study sendiri, yes study sendiri" Nana membuka buku Biologinya lalu memasang video-video di YouTube. Dia belajar melalui video-video di YouTube tersebut.

Pada awalnya dia kurang fokus kerana suasana di kafe itu agak bising. Salahnya juga kerana memilih kafe, bukan perpustakaan. Tambahan pula dengan masalah yang dihadapinya. Dia mula memberitahu dirinya bahawa masalah itu bukanlah suatu halangan baginya untuk berjaya. Dia mesti bijak mengasingkan masalah pelajaran dengan masalah kehidupan. Apa yang dikatakan oleh Professor Harris tadi telah menjadi pembakar semangatnya untuk belajar. Dia percaya akan dirinya sendiri, dia mampu, dia boleh dan dia akan berjaya.

"eh bukan Nana ke tu" kata Lino lalu melihat ke arah jam tangannya. "bro, kan kelas lagi, awalnya balik and this kid takkan belajar kat kafe" bisik Lino dengan diri sendiri. "ish Lino, bende kau bole jalan pastu tanya, buat ape tercangak kat situ, pegi jela kat dia" kata Doyoung. "WOY tanjat boboy, haih kau ni dah kenapa setan, terkejut aku, xleh ke tepuk bahu dulu ke, ape ke, sepak kang" balas Lino sambil mengacah untuk menyepak teman baiknya itu. "HAHAHA terkejut ke HAHAHA dah-dah jomla pegi kat Nana" kata Doyoung lalu meletakkan tangannya ke bahu Lino.

"oi Nana" panggil Lino. "bro, tak dengar ke.. oi Nana-" "ALAHH KAU NI CUIT JELA BAHU DIA SIKIT, TU PUN NAK AKU AJAR KE" cadang Doyoung. "come on, aku takut la nak cuit dia, kau tak ingat ke dulu masa sekolah menengah dia penah baling pencil case sebab kita kacau dia, padahal nak tanya pasal Cikgu Azhar je, plus aku rasa macam disrespectful lah kalau sentuh perempuan without her permission" kata Lino."korang duduk jela tepi tu, aku dengarlah" balas Nana yang masih fokus memandang paparan skrin telefon pintarnya.

"oh.. dengar eh.. DAH KALAU DENGAR KENAPA TAK JAWAB, PUNYA LA AKU INGAT KAU ON FULL VOLUME PAKAI EARPHONE TU ISH" kata Lino. "kau still ingat pasal aku baling pencil case tu? tak kena korang pun kan" Nana membalas sambil menutup buku-bukunya lalu memandang mata Lino.

"no tak eh jangan la weh... aku tengah eye contact dengan dia ke weh.. eh, ok stop"

"ehem hem, lupa rupanya kawan ada kat sini" kata Doyoung lalu minum air minumannya. "err-" "what do you mean by that Doyoung?" tanya Nana dengan dahinya berkerut. "what do you mean.. ahaa~" Lino mula bernyanyi. "ha dah start dah, kau nak busking ke ape" kata Doyoung. Mereka bertiga ketawa.

"ha by the way Nana, asal kau sorang je, gf aku ngan yang lain mana? and awal gila kau habis kelas" tanya Doyoung. "bukan habis, aku kena kick tadi.. aku tak fokus pastu assignment prof Harris aku tak sempat siapkan" balas Nana dengan nada yang sedih. "lah... patutla kau belajar kat sini. xpela Nana besok-besok baik balikla prof tu, dia sekejap je marahnya" kata-kata Lino sedikit sebanyak mampu menenangkan diri Nana.

"korang lak canne, asal awal keluar ni?" giliran Nana pula bertanya. "Sir Farid kena pegi hospital, bini dia nak beranak, so kelas tunda, nasibla kelas English je" kata Doyoung.

Mereka bertiga hanya berborak-borak, ada juga mereka berbincang tentang Biologi bersama-sama. Mereka risau tentang peperiksaan yang akan berlangsung satu minggu lagi. Peperiksaan yang menentukan masa depan mereka.

*30 Minit kemudian*

"hey korang!!"

TO BE CONTINUE...

maybe in another lifeWhere stories live. Discover now