Berat juga bagi Nana dan kawan-kawannya menerima pemergian Felix, lagi-lagi dia meninggal didepan mata mereka sendiri. Memang dia kaki perempuan, tidak dapat kawal kemarahan dan egonya tinggi, tapi masih ada sisi baiknya dalam diri. Tambahan lagi mereka berkawan sejak mereka kecil.
Nana dan kawan-kawannya pulang. Mayat Felix telah diuruskan oleh pihak polis.
"mungkin ni yang terbaik untuk dia... kalau dia kena tangkap polis and diorang tahu dia bunuh orang, dia kena hukuman gantung sampai mati jugak.." kata ibu Nana sambil menahan sebak. "isn't attempt suicide dengan kena hukuman tu berbeza?" balas Nana. Lino duduk dan terus memandang Nana. "Nana, takpela, at least semua dah selamat sekarang kan? lagipun dia sakitkan kau" kata Lino. "yeah.. aku ok but" Nana menarik nafasnya dalam-dalam. "dahla sayang, kita makan eh? Lino ngan kawan-kawan Nana pun makan lah sekali, mesti lapar kan?" kata ibu Nana lalu mengambil pinggan mangkuk.
_1 BULAN BERLALU
Semua pelajar senior di UKM telah menduduki final exam. Lino, Nana, Nani, Doyoung, Rauhah dan Insyi pulang ke kampung right after peperiksaan di hari terakhir.
_Keadaan Han semakin pulih. Dia mengamati pemandangan ke luar tingkap di hospital swasta itu.
*tok tokk tokk*
"Han" kata perempuan itu selepas mengetuk pintu. Han yang mengelamun tadi sudah kembali ke realiti. Dia berpaling lalu mengukirkan senyuman dibibirnya.
"eh Nana, dudukla kat situ" katanya lalu menunding jari ke arah kerusi yang kelihatan empuk. "kau macam mana? sihat?" tanya Nana. Han membalas, "aku sihat je, kau datang sorang je? mana yang lain?" "Nani mcm biasa la ngan bf dia, Rauhah, Insyi ngan Lino ada dekat rumah diorang" balas Nana. Suasana senyap seketika sebelum Nana menyambung perbicaraannya. "ni ha, aku belikan kau buah, kau bila boleh keluar hospital?" tanya Nana. "umm i don't know, tengokla, kalau aku sihat cepat aku keluar awal, asal kau tanya?" tanyanya dengan hairan. "takde aku kan nak graduate lagi dua minggu.. ingat nak ajak kau pegi graduation aku" balas Nana. Han tersenyum lalu berkata "buat ape aku nak pegi, adik aku dah takde". Suasana kembali menjadi sunyi seketika. "alah aku gurau jela, kalau aku sihat or aku bole keluar sekejap aku join kau graduate" katanya lalu ketawa kecil. "by the way, kau ngan Lino...? tak jadi apa-apa ke? kan dia confess kat kau" tanya Han. "what? how did u know, bukan ke kau datang pastu tiba-tiba lompat masuk between Lino ngan Felix?" balas Nana.
"kau ingat yang aku cakap aku terbaca surat adik aku?" Han memulakan penjelasannya dengan pertanyaan. Nana mengangguk menandakan dia masih ingat. "ha dekat surat tu, Felix tulis tarikh, masa dengan tempat sama dengan hari kejadian, at first aku macam ignore je sebab aku fikir.. budakkan" katanya. Dia menyambung lagi, "lepastu aku tangkap gambar surat tu and yeah tunggu untill tarikh tu sampai, aku try pegi tempat tu tapi aku datang awal lagi sebab aku dah rasa tak sedap hati. aku try jugak pusing-pusing dalam bangunan tu, mana tahu dia ada sembunyi something untill lah aku dengar kau jerit. aku pun sembunyi dalam satu bilik ni and perhati je korang gaduh semua, so aku bukan lompat out of nowhere ok, aku bukan hantu". "oh wow..." Nana menarik dan menghembuskan nafasnya. Dia bertanya,"Han, cuba kau tengok diri kau sekarang dekat mana?" "atas katil hospital...?" balasnya. Nana menganjurkan soalan seterusnya, "why did kau sanggup korbankan diri kau sedangkan tu takde kaitan dengan kau? tengoklah sekarang, kan dah kena duduk atas katil hospital". Han tersenyum lalu membalas "kau sayang Lino kan? kau sanggup ke nak tengok dia terlentang atas katil ni? aku tahu kau sayang dia, sebab tu aku yang tahan". Bilik itu menjadi senyap untuk beberapa saat. Han menyambung "takdela, janganlah rasa bersalah, aku buat macamtu sebab yang tikam tu adik aku. biarla aku yang tanggung, bukan orang lain". "thanks tau Han, sebab dah tolong aku dengan kawan-kawan aku, sampai diri kau sendiri pun kau sanggup korban, thanks jugak sebab kau dapat tahan sakit masa kena tikam tu" balas Nana. "kalau kau nak tahu, aku ingat kan masetu aku dah menuju ke syurga tahu tak, sakit dia serious takleh bawak bincang" kata Han lalu ketawa kecil. Dia menyambung lagi, "thanks jugak sebab at least, kau sedarkan adik aku before dia pergi and kau even bagi aku moral support mase kena tikam haritu". "ish dahla, kenapa tiba-tiba emo ni, nak buah? aku potongkan" balas Nana lalu mengambil buah epal. "hello, kau yang start emo dulu ok, by the way potong buah pear sekali eh, thank you" Han membalas lalu dia tersenyum.
TO BE CONTINUE...
YOU ARE READING
maybe in another life
Short StoryU know I still love u right...? then why did u do this to me? what's wrong with me, can u help me. help me out please.. i begging pls come and save me. THIS BOOK IS FOR FUN ‼️ COMPLETE ‼️ the book might be a lil bit boring, i will try my best to mak...