Klak !
Pintu bilik air dibuka. Faleeq keluar dengan tuala yang terikat dipinggangnya.
Ting !
" Aih , siapa pulak yang chat ni ? " Tangan sebelahnya mengambil telefon bimbit yang tak jauh dari dirinya dan sebelah lagi mengesat rambutnya yang basah.
My precious dad 💕
Shahir , papa letakkan nama kamu pada perusahaan papa ye. Abang abang kamu dah sibuk dengan syarikat sendiri.
9:00 a.mBoleh pa , takde masalah..
Btw pa , apa password web syarikat papa ? Nanti shahir kena tahu jugak kan ? Prepare awal awal hehehe.
9:30 a.m.Kamu ni shahir , gelojoh ye.. HAHAHA. Kejap ye , papa check dekat laptop papa.
9:32 a.m.Haa ni password dia. ' FRENDYHESMES123 '.
Nanti kalau kamu nak tukar pun boleh. Lepas kamu pegang perusahaan papa la..
9:35 a.m.Ya Allah bapak aku ke ni ? Puji diri sendiri dalam password syarikat pun boleh , tak cukup pujian dari mama la tu.
Okey pa , thankss.
9:40 a.m.
Tangannya laju mendail nombor seseorang. Telefon diletakkan di cuping telinga.
" MamaNakQaliph💃🏻 " was ringing.....
' hello ? '
' hello bro , aku dah dapat. '
' okay good bro , tempat biasa. '
Faleeq bersiap siap untuk berangkat pergi ke tempat mereka sentiasa berkumpul. Sesampainya dia disitu , suasana disitu hanya terdengar bunyi ketikan keypad dari Qalief.
" Yo ! Yang lain mana ? " Faleeq mengambil tempat dihadapan Qalief yang ralit memandang skrin laptopnya itu. " Otw katanya. " Faleeq menyandarkan badan sasanya ke sofa.
" Kau kata kau dah dapat password syarikat bapak kau kan ? Mana ? " Matanya tepat ke dalam anak mata Faleeq yang dari tadi hanya termenung. Ada crush ke mamat ni ?
" Oh ya , password dia ' FRENDYHESMES123 '. " Tangannya menggaru kepala yang tiba tiba terasa gatal. Mungkin malu dengan password tu kot , ahaks. Dahi Qalief berkerut mendengar kata laluan tersebut.
" Frendy , nama bapak kau kan ? " Faleeq mengangguk meng'iya'kan pertanyaan Qalief. " Pfft-- bapak kau sama 2 × 5 je dengan kau rupanya. " Qalief terkekeh kecil. " Apa yang sama ? Tapi memang sama , sebab aku dari benih dia. Kalau sama dengan bapak kau , mungkin aku abang kau. " Jawab Faleeq merapu.
" Maksud aku , sama tuu.. perasan ! HAHAHAHAHA " Suara Qalief memenuhi ruangan tersebut. Faleeq menjeling tajam lalu disilangkan kakinya.
BAM !!
Pintu dihempas kuat dari luar. " Mak aku kaki ayam !! " Jelingan Faleeq tajam menikam mata manusia manusia bangang yang bukak pintu bagai nak runtuh itu. " Melatah bang ? HAHAHAHAHA " Danish gelak terbahak bahak setelah mendengar latahan dari Faleeq.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIDDEN
Mystery / ThrillerEyehawk. 5 orang yang terlatih dengan ketangkasan , kecekapan , kematangan yang tersendiri walaupun mempunyai peringkat umur yang berbeza. Kesilapan itu biasa , setiap manusia melakukan kesilapan bukan ? _________________________________________...