✓✓✓✓✓✓
" Apa yang dia buat sampai kau perlu angkat tangan kau ? Depan kau ni perempuan kan ? Tak nampak ke ? " Irfan menggenggam pergelangan tangan owner kedai itu.
" Jangan kau fikir , kau owner. Kau boleh buat sesuka hati dekat anak orang. Kau hanya pinjam , bukan bela. " Tangan itu dihempas kuat. Mereka semua terdiam membisu seribu bahasa.
" Ma--maaf tuan. " Pemilik kedai itu menunduk meminta maaf pada Irfan dan Danish. " Bukan pada aku , pada dia ! " Irfan menunjuk ke arah Bella yang masih nangis teresak.
" Berapa yang kena curi ? " Danish dingin bersuara. " Du-- dua ribu hilang tuan. " Kepala mereka menunduk , tidak berani untuk memandang anak mata dua orang yang dikenali itu.
Empat ribu ringgit diletakkan di atas meja. " Ambik ni , jangan mintak dengan dia. Aku dah bayarkan dah. " Danish menikam anak mata pemilik kedai itu. Berani dia nak membantah dan melawan apa yang mereka arahkan ?
Mereka menunduk hormat lalu menyambung kerja masing masing. Bella menyeka air matamya kasar lalu bergerak ke kaunter tempatnya bekerja.
" Macam mana semua duit boleh hilang ? " soal Danish sambil melihat wanita itu yang tidak berhenti mengesat air matanya. " Mana lah saya tahuuuuu~ " Air matanya kembali menitik laju. Bella duduk di atas kerusi sambil menekup mukanya.
Mereka menggaru kepalanya yang tiba tiba terasa gatal. " Aku ada salah cakap ke tadi ? " Danish berbisik kepada Irfan. Mereka memusingkan badan mereka ke belakang.
" Entah , nada kau kasar kott.. " Mereka berpusing semula ke arah kaunter. " Huuuu~~ " Bella sambung menangis apabila mereka berdua memandang ke arahnya.
" Err.. kau ada masalah ke ? Aku salah cakap ke ? Aku datang nak beli kek ni , bukan nak tengok kau nangis sini. " Kini Danish bersuara dingin kembali.
" Nak beli kek apee~ ambik jelaa~ ! " Air matanya terlalu laju untuk ditahan. "Erm , ambik jelah yang tu , yang macam haritu member aku beli.. cuma corak yang ni." Irfan terus ambil kek dari dalam peti itu letak di atas meja kaunter.
" Dah la tu , kalau kau nangis pun duit tu takkan jatuh depan kau. Bende dah lepas , lepas dah laa.. " Rambutnya diusap berkali kali. Pelik perempuan ni. Aku tak pandai pujuk pujuk budak ni.
" Lamanya kau , beli kek ke buat kek ?" Qalief menutup laptopnya lalu diletakkan ditepi. Kek aiskrim yang ditunggu dari tadi.
" Ade hal sikit tadi , kes duit hilang la ape la. " Rambutnya diserabaikan. Stress dengan keadaan.
Kek aiskrim diletakkan di atas meja. Tidak sampai sesaat , kek itu telah disambar oleh mereka. " Qalief , pendrive syarikat tu kau dah dapat jejak ke ?" Faleeq menoleh kearah Qalief yang sedang khusyuk makan.
" Umunsgajsgjw k--" Jawab Qalief dengan mulut yang penuh. " Kau diam sebelum aku sumbat kaki ni dalam mulut kau. Habiskan dulu. " Faleeq menjeling lelaki yang berada disebelahnya. Rasanya baru minggu lepas makan kek aiskrim tu , tapi cara dia makan macam babi kelaparan.
" Uhuk ! Uhuk ! Haaa.. pendrive tu aku masih belum dapat jejak lagi. Aku masih cuba , tapi dia sekat semua data. Sungguh cibek hmm." Tangannya terus mencapai laptop disebelah.
" Eh, kau rehat la dulu. 24 jam kau hadap laptop , readers pun naik bosan tengok kau. Macam takde hidup dah." Laptopnya dicampak di atas sofa. " Aku terajang ni kang , tak sempat jumpa jodoh. " Jelingan tajam diberi kepada Faleeq.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
." Aku dah buat habis baik , si Randy gerenti tak boleh jejak. " Senyuman sinis Jay diperlihatkan. " Bagus !! Aku suka kerja kau kalini. Maknanya syarikat tu akan jadi milik aku tak lama lagi." Gelak jahat dari Darwish menggemakan suasana pada malam itu.
YOU ARE READING
HIDDEN
Mystery / ThrillerEyehawk. 5 orang yang terlatih dengan ketangkasan , kecekapan , kematangan yang tersendiri walaupun mempunyai peringkat umur yang berbeza. Kesilapan itu biasa , setiap manusia melakukan kesilapan bukan ? _________________________________________...