CHAPTER 3

5 1 0
                                    

✓✓✓✓✓✓

" Irfan , ada nampak fail hitam aku tak ? " Danish menggeledah semua laci di meja kerjanya. " Boleh spesifik kan lagi tak , fail kau tu ? Semua fail kerja kau warna hitam. " Dahinya dikerutkan.

" Ohya , ada tulis ' PROJEK 001 ' dekat depan fail tu. " Tangannya masih sibuk mencari fail itu. Penting sangat fail tu , kalau hilang maka lesaplah semua gajinya.

" Oh , fail tu Aizam ada ambik tadi aku nampak. " Kakinya digoyang goyang seperti tiada kerja. " Kenapa dia ambik ? Tu kan fail projek aku ? " Irfan mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Kakinya pantas melangkah ke arah bilik Aizam.
Manusia yang dicarinya itu tiada di dalam bilik. " Aih , menyusahkan ! " Tali lehernya dilonggarkan. Meja staff atas dituju.

" Erm , siapa nama kau ni ? " Kepalanya tiba tiba terasa gatal. " Eh sir Danish , err nama saya Intan. " Badannya ditunduk sedikit tanda hormat. " Okay , kau ada nampak tak Sir Aizam dekat mana? " Intan mengingati kembali.

" Oh , Sir Aizam tadi rasanya ke kafe bawah. Teman Sir Qalief makan. " Senyuman manisnya itu diberi kepada Danish. " Okay thanks. " Laju kakinya melangkah ke lif VVIP.

" Woi zam ! Mana fail ' PROJEK 001 ' aku ? Kenapa kau ambik ? Kau nak buat apa dengan fail tu ? " Bertalu talu soalan yang terkeluar dari mulut Danish.

" Banyaknya soalan kau , fail kau tu ke ? Aku nak pinjam kejap untuk semak semula. Takut-takut aku ada salah buat. Kau pandai buat kertas kerja projek , aku tak pandai. " Aizam hanya tersenyum badak.

" Err.. boleh tak , aku nak dulu fail tu ? Sebab ada banyak aku nak baiki semula. Nanti lepas baiki , aku hantar atas meja kau. " Qalief membetulkan tali leher Danish yang terlihat serabai itu. Ini cari fail ke cari anak ?

" Boleh , ambik la. Nanti kau hantar dekat meja Qalief tau , sebab aku nak suruh dia ajarkan sikit nanti. " Air milo dia hadapannya dihirup. " Fail tu dalam laci no. 3 dalam bilik aku. Ada belah atas sekali. Jangan sepahkan dan jangan sentuh barang aku. " Pesanan yang selalu mereka dengar sebelum masuk ke bilik Qalief.

Seperti yang tidak diketahui oleh semua , Qalief mempunyai 'perfectionist disorder' which means , he fear or failed or rejection. Senang cerita dia takut akan kegagalan dan sebarang penolakan atas apa rancangan atau perkara yang dia lakukan. Oke selesai !

Pintu bilik Qalief dibuka luas. Fail disusun mengikut warna , pen dan pensel juga disusun mengikut warna , kertas kerja disusun dari besar ke kecil. Semuanya teratur dan tersusun cantik.

" Ah ni dia ! Aduhh nak kena tambah idea projek lagi ni. " Laci ditutup rapat dan dia kembali ke meja kerjanya. " Eh mamat ni dah tidur ? " Danish memandang Irfan yang sudah terbaring di sofa bilik kerjanya. Irfan mengambil tugas bahagian kewangan , jadi dia tidak ada banyak tugas yang perlu diselesaikan.

Kini matanya fokus ke skrin laptop , menyiapkan dan membetulkan semula kertas kerja projeknya itu.

" Siap !! " Kerusi beroda itu dipusing pusing. Gembira hati apabila projeknya sudah siap dan tinggal dipersetujui sahaja.

Tok ! Tok ! Tok !

" Come in ! " Qalief dan Aizam serentak memandang ke arah pintu biliknya. " Here you are , aku dah betulkan semua. Aku dah print baru , dan buat baru. Jadi semua settle tinggal approved sahaja. " Fail hitam itu diletakkan di atas meja Qalief dengan berhati-hati.

HIDDEN Where stories live. Discover now