Angin mencumbu lembut pipi Leyla, bunyi air terjun kedengaran merdu dan dihiasi sekumpulan rama-rama biru. Tidak cukup dengan itu, beberapa ekor burung turut mengeluarkan siulannya, bagaikan sebuah tempat fantasi, MashaAllah- semuanya cukup indah... Sungai Erjuslm ini memang menjadi tempat kegemarannya.
Namun ada yang lagi indah di mata Leyla...
Di sebalik pohon yang besar dan merimbun itu, seekor kuda putih perlahan-lahan berlari kearah Leyla. Dia kenal betul dengan kuda itu namun, bukan kuda itu yang menjadi perhatian Leyla. Lelaki yang menunggang kuda itu...
"My Green Xylo..."
Wajah, tubuh dan mata lelaki itu...semuanya tetap sama. Lelaki itu pula tidak lepas pandang kepada Leyla yang sedang duduk di atas batu besar, dia mula memperlahankan tunggang kudanya. Lama ditatapnya wajah Leyla yang tertutup dengan kain merah itu sehingga dia turun dari kuda putihnya lalu berjalan ke arah Leyla.
Leyla berundur setapak apabila lelaki itu cuba mendekati. Dua tapak lagi, tiga tapak...
Kakinya terhenti apabila menyedari dirinya kini betul-betul berada di tepi sungai. Lelaki itu tidak lagi mendekati Leyla.
"Patik seorang pedagang dari wilayah Nejd, ingin mencari sang kekasih yang sudah lama pergi. Jika tuan puteri tidak keberatan, siapakah gerangan tuan puteri?" Leyla cuba menahan ombak yang sedang bergelora didalam hatinya, jujur dia katakan dia tidak mampu menahan rindunya daripada mendengar suara lelaki itu. Namun, Leyla tetap menahan air matanya daripada mengalir.
"Jika sang kekasih yang kamu cari, mengapa nama beta yang kamu tanya? Beta bukan kekasih yang kamu cari. " Suaranya mendatar, cuba dikawalnya agar tidak bergetar. Leyla berpaling ke arah lain kerana kedudukan mereka yang begitu dekat menyesakkan lagi dadanya. Kalau boleh mahu saja dia lari dari situ. Lari dari lelaki itu kerana hatinya tidak tahan menanggung rindu yang sudah lama disimpannya. Rasa itu sungguh berat untuk Leyla simpan, sungguh berat... Dalam diam, Leyla mengadu kepada Penciptanya. 'Ya Allah... Kenapa kau pertemukan kami kembali lagi Ya Allah? Hamba Mu ini sungguh tidak kuat'
Lelaki itu maju lagi sedikit hingga tiada lagi ruang antara mereka berdua, pipi Leyla kini betul-betul menyentuh dada lelaki itu dan dia dapat mendengar dengan jelas degupan jantung lelaki yang dirinduinya itu. Tidak tahan dengan kedudukan mereka yang begitu rapat, Leyla cuba untuk menolak dada lelaki tersebut agar menjauhinya namun lain pula yang terjadi, Leyla hampir sahaja terjatuh kerana batu yang begitu licin. Satu lingkaran tangan kini menyambut Leyla, abdomennya dipeluk erat oleh lelaki itu.
"Qays tolong jangan buat macam ini dengan saya. Saya nak balik, lepaskan saya!" Tangan yang melingkari abdomennya dipaksa untuk dilepaskan. Lelaki itu tersenyum sinis dan dia menarik dagu Leyla untuk memandangnya. Mata hijau dipandang lama oleh Leyla, satu nafas ditarik oleh lelaki itu bersama hembusan nafasnya, dia membisikkan ke telinga Leyla
"My little firefly, Leyla."
Bagaikan jutaan panah menusuk jantung Leyla. Esakkannya pecah jua, dia sudah tidak dapat menahan perasaannya. Ya, dia begitu rindukan Green Xylo nya itu.
"Maaf kerana lambat menemui mu Leyla. Aku tahu kau sudah lama menungguku."
Tubuh kecil Leyla ditarik dalam dakapannya. Bersaksikan alam ini, tangisan Leyla berlagu lain kali ini.
"My golden lamp,
my holy light,
I wait for you,
the barrens of night,My dear sweet Leyla,
Till then, I write. "
YOU ARE READING
Majnūn Leylā
Любовные романы• RETELLING OF LEYLA MAJNUN • Perang. Dua harkat, enam abjad itu mampu menggoncangkan dunianya. Yang diam dicari, yang rapat tak terlihat. Bagi Qays, itu semua kesilapan lampaunya. Dia banyak kehilangan orang yang dia sayang. Abah, umi serta rakan N...