Bab 2

32 5 1
                                    

HAPPY READING

.

/

.

Walaupun hari semakin larut malam, Jalan Foress begitu sesak dengan manusia yang masih sibuk berjual beli. Jalan ini memang khas untuk peniaga dan kenderaan berkuda. Untuk kenderaan bermotor seperti kereta ada jalan lain yang disediakan. Jalan Foress sememangnya untuk orang yang berkuda saja kerana kerajaan mahu mengurangkan pengeluaran asap dari kenderaan bermotor.

Leyla tunggang kudanya seperti biasa untuk menutupi rasa gementar. Selalunya pengawalnya yang akan mengiringi Leyla namun kali ini dia cuba untuk bergerak sendiri tanpa pengawasan pengawal peribadinya. Menjadi seorang anak bangsawan bukanlah perkara yang mudah, kadang mereka terpaksa menyamar menjadi rakyat miskin, berkuda biasa, memakai baju biasa dan kadang mereka terpaksa menutup separuh wajah mereka. Bagi mereka itu lebih selamat daripada mendedahkan identiti mereka kerana takut nanti ramai manusia yang akan berniat jahat terhadap golongan ini.

Golongan bangsawan ini juga harus sentiasa berada dalam pengawasan pengawal untuk keselamatan diri dan keluarganya. Dunia ini, semakin moden semakin ramai manusia yang tamak dan berasa tidak cukup malah, kadang manusia yang tamak itu juga datangnya dari golongan berada. Lihat saja pada seorang lelaki tua yang membiarkan anak buahnya meragut seorang wanita yang tidak bersalah itu. Leyla kenal siapa lelaki itu, dia orang kanan Menteri Keselamatan Desa-Bandar. Tugasnya adalah untuk menjaga keselamatan orang ramai, tapi amat berbeza dengan tindakannya sekarang ini. Orang ramai pula seperti tidak kisah dengan perbuatan lelaki itu seolah-olah perbuatan itu sudah biasa dalam kehidupan mereka.

Mungkin, ini suatu hobi mereka? Tidak senang melihat orang lain senang! Atau mungkin juga mereka takut untuk mencampuri urusan lelaki berpangkat itu. Leyla tidak dapat membantu perempuan itu, bukan kerana takut kepada lelaki itu akan tetapi takut jika orang ramai tahu identitinya. Bercakap tentang identiti, Leyla terus membetulkan tudungnya. Dia sengaja mendepankan sikit tudung hitamnya itu agar mukanya tertutup dari pandangan orang ramai.

Leyla kemudiannya melintasi jambatan melengkung yang dibawahnya mengalir air dari bukit Erjuslm, kemudian dia memperlahankan tunggangan kudanya ketika hendak mendaki bukit yang curam. Timbul perasaan bersalahnya kerana telah menipu abah tadi. Niatnya memang mahu membawa Zaharum untuk temankan dia namun sedar akan hari semakin larut malam dia lalu sahaja rumah Zaharum, dia tidak mahu mengganggu kawannya itu. Kalau abahnya tahu dia bersendirian pasti dia akan dimarahi kerana selalunya waktu-waktu begini dia tidak dibenarkan keluar rumah apatah lagi, dirinya kini bersendirian berada di tengah hutan.

Lagi beberapa jarak untuk sampai ke tasik Erjuslm, Leyla berhenti dan mengikat kudanya di sebatang pokok yang besar. Kemudian baru sahaja dia mahu melangkah ke tasik itu, tangannya di tarik seseorang. Leyla terus mengeluarkan belati dari sarungnya yang terselit di pinggangnya dengan pantas dia memusingkan badannya lalu dari belakang orang itu, Leyla menekan sedikit belatinya mengena leher orang itu. Dia tidak perasan kalau ada orang yang mengintipnya dari belakang kerana fikirannya penuh dengan masalah sehingga dia tidak mendengar apa-apa bunyi dari orang yang mengekorinya.

"Leyla!" Terhenti perbuatan Leyla apabila mendengar suara kuat Thaqif, tahu bahawa orang itu adalah Thaqif, dia terus menyarungkan kembali belatinya.

"Thaqif, kau buat apa dekat sini?" darah yang mengalir sedikit dari leher Thaqif dipandangnya dengan rasa cemas. Sapu tangan dikeluarkan dari poket gaun merahnya lalu dihulurkan kepada Thaqif untuk melap luka itu, dia mula risau apabila mendengar suara rintihan Thaqif.

"Aku yang patut tanya, kau buat apa dekat sini? Sudah malam pun masih lagi berjalan di tengah hutan? Tak takut ke huh!" Suara keras Thaqif seperti menyedarkan Leyla. Sapu tangan yang dihulurkan Leyla diambil lalu ditekupnya luka yang ada di lehernya itu.

Majnūn LeylāWhere stories live. Discover now