pssttt.. very ii slow update. Im so sorryyy. Thanks for waiting & reading till now ❤
btw bab ni lebih 2000 pp anddd sorry again kalau sy banyak merapu huhuhu~~~.
.
.Kelopak mata perlahan-lahan dibuka dan cahaya mula masuk menerobos ke dalam matanya. Kemudian, dia mengecilkan semula bukaan kelompok mata dan tapak tangan dikedepankan kerana terlalu silau dengan cahaya yang menerangi ruang itu. Setelah berasa sebati dengan cahaya dari jendela bilik yang terletak tepat di depan katil, Leyla mula memandang setiap penjuru ruang bilik itu. Otaknya mula memproses keberadaannya sekarang ini.
"Good morning your grace"
Leyla menolehkan kepalanya ke pemilik suara itu. Apa yang dia nampak seorang gadis pas la berbaju blouse petak-petak sedang menatang dulang. Pas la ialah golongan hamba yang menduduki tingkat kedua dalam herarki hamba. Golongan hamba terdiri daripada empat golongan. Golongan teratas digelar hamba pas va yang berkhidmat di istana. Pas la pula hamba yang berkhidmat untuk golongan bangsawan dan pembesar. Pas da hamba bagi tuan tanah manakala pas ha hamba yang belum bertuan.
Sekilas pandang, Leyla sudah tahu hamba itu bukan berasal dari sini kerana rambutnya yang kerinting blonde dan berwarna coklat, pasti dia seorang hamba dari empayar lain yang mendapat kebenaran oleh sultan untuk berkerja di sini. Diatas dulang yang di bawa oleh gadis itu, lengkap dengan satu cawan dan teko bercorak bunga biru. Leyla membalas dengan senyuman kepada gadis itu. Tekaknya yang kering tidak mampu bersuara untuk menyapa orang. Seketika air liur diteguk untuk menghilangkan rasa perit di tekaknya.
"Please, have a drink of this tea." Teko diangkat dan dirapatkan pada mulut cawan itu. Kepulan wap mula terlihat apabila air teh dituang ke dalam cawan. Kemudian, cawan berisi teh itu diletakkan di atas meja berdekatan dengan katil yang diduduki Leyla.
"Thank you" ucap Leyla dengan suaranya yang agak serak.
"Your Grace, do you need anything before I leave?" Gadis kacukan itu membetulkan sedikit tali blousenya. Sambil itu, senyuman manis tidak lekang terukir di wajahnya. Manis saja wajah gadis itu pada pandangan Leyla.
"Can you give me a glass of water?" Leyla menyatakan permintaannya, tekaknya sangat perit bagaikan ada butir-butir pasir yang melekat di takaknya.
"Sure."
Gadis itu menundukkan sedikit badannya sebelum melangkah keluar ke ruang makan untuk mengambil air kosong. Kemudian, Leyla berdiri dan membetulkan rambutnya yang terkeluar sedikit dari selendangnya. Kaki dilangkahkan ke jendela kaca lalu di bukanya kaca jendela itu. Angin yang bertiupan memberi suatu perasaan yang nyaman kepada Leyla, selendangnya pula dibetulkan kerana terangkat sedikit oleh angin tatkala dia membuka jendela itu.
Seketika, matanya terpandang ke arah Thaqif yang baru sahaja turun dari kereta bersama adik perempuannya. Entah dari mana saja Thaqif itu pergi. Mereka saling berbalas senyuman. Thaqif mengeluarkan telefon dari seluarnya. Tidak lama kemudian telefon Leyla pula yang berdering menandakan ada chat masuk. Paparan nama Thaqif ditekan. Leyla membaca pesanan ringkas Thaqif yang memintanya untuk turun kebawah menemui Thaqif. Leyla juga mahu bertemu Thaqif kerana mahu tahu apa yang terjadi semalam. Leyla melangkah menuruni tangga rumah bertingkat itu. Sempat juga, dia minum air kosong pemberian hamba tadi. Sekurang-kurangnya, dapatlah dia basahkan tekaknya yang kering.
Sesampainya di sana, Leyla merapati Thaqif yang sedang menikmati pemandangan air pancut di tasik teratai itu. Leyla turut melihat seni bina itu dengan kagum. Jujur Leyla katakan, dia terpaku dengan keindahan air pancut tersebut, seperti ada kelainan terhadap bentuk bulat bercorak bunga biru yang bercahaya setiap kali air dipancutkan di situ.
YOU ARE READING
Majnūn Leylā
Romance• RETELLING OF LEYLA MAJNUN • Perang. Dua harkat, enam abjad itu mampu menggoncangkan dunianya. Yang diam dicari, yang rapat tak terlihat. Bagi Qays, itu semua kesilapan lampaunya. Dia banyak kehilangan orang yang dia sayang. Abah, umi serta rakan N...