A mafia dark romance
Ethan De Luca
Cold, ruthless, irresistible
Armel Green
Desperate, defenseless, vulnerable
Gara-gara sebab yang Armel sendiri tak ketahui, dia terperangkap dengan Ethan.
"Why did you save me?" - Armel
"Because you're mine. Mine...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Armel yang sedang bersantai-santai di tepi kolam renang menghentikan bacaan. Matahari sudah tegak atas kepala. Novel Inggeris di tangan ditutup lalu dia angkat punggung dan masuk ke dalam rumah. Kaki diorak menuju ke perpustakaan peribadi Ethan.
Sepanjang hampir seminggu lebih menjadi tetamu di sini, tepi kolam yang sederhana besar itu adalah salah satu tempat yang dia banyak habiskan masa selain dari perpustakaan peribadi Ethan. Bila matahari dah terlalu terik, Armel akan beralih menghabiskan masa membaca atau melukis rekaan baju di dalam perpustakaan pula. Itulah rutinnya setiap hari.
Ethan tak berbohong bila lelaki itu mengatakan yang dia bukan tahanan lelaki itu. Kerana di sini, Armel benar-benar bebas bergerak dan merayau dalam rumah Ethan. Masuk ke dalam perpustakaan, Armel terus menyimpan buku yang dibaca tadi ke tempat asal. Buku itu tidak begitu menarik baginya jadi Armel tak merancang untuk meneruskan bacaan.
Lalu Armel mengambil tempat di ruang hujung bilik itu. Sketch book dan pensel diambil. Tangan Armel mula lincah melakar idea yang muncul di benak sehinggalah dia terganggu dengan bunyi seperti teriakan lelaki. Tangan berhenti melakar. Telinga difokuskan namun senyap pula. Mungkin halusinasinya saja. Jadi Armel meneruskan kembali kerjanya.
Beberapa minit kemudian, teriakan lelaki itu kembali menampar gegendang telinga Armel menyebabkan lakarannya tergendala sekali lagi. Kali ini Armel yakin yang pendengarannya tak salah. Dia benar-benar dengar suara teriakan. Sketch book terus ditutup dan Armel bangkit. Sepertinya arah suara itu datang dari tingkat atas.
Kaki Armel terus menapak keluar dari perpustakaan dan menghampiri tangga. Bersedia untuk ke tingkat atas namun tiba-tiba amaran Ethan bergema di ruang memori.
Tingkat tiga adalah larangan untuk kau. Don't go up there. Never.
Armel telan air liur buat sesaat. Namun kakinya tetap mendaki anak tangga menghala ke tingkat atas dek rasa ingin tahunya. Kenapa boleh ada suara teriakan?
Apa yang sedang berlaku dalam rumah ini. Dia perlu tahu kerana dia juga sekarang sedang tinggal di bawah bumbung yang sama. Takkanlah dia masih nak bersenang dalam perpustakaan tatkala telinga jelas mendengar suara teriakan.
Di tingkat tiga itu cuma ada dua bilik. Satu terkunci dan satu lagi terbuka tapi tidak luas. Perlahan-lahan Armel hampiri pintu yang terbuka lebih kurang seinci itu. Dengan senyap Armel mengintai ke dalam. Ada Ethan, Max dan lima orang lagi lelaki yang dia tak kenal sedang berdiri dengan muka yang sangat serius. Dan ada seorang lelaki sedang duduk melutut.
Mata Armel mula perasan akan tangan lelaki yang melutut itu berdarah. Nafas Armel terhenti melihat darah yang terpalit di lantai itu. Mata pula terarah pada pisau yang berada dalam tangan Ethan. Ada darah yang sedang menitik dari mata pisau itu. Jantung Armel mula berdegup laju.
Siapa Ethan? Soalan itu mula berlegar di benak Armel. Tapi apa yang disaksikan sudah cukup memberitahu yang lelaki bernama Ethan itu jauh lebih teruk dari apa yang dia sangka.