H.I.M | 001 : Piccolina

19.1K 1.1K 60
                                    

South region, Verzona City

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


South region, Verzona City

Dua bulan kemudian

"Mellllllll, bangun!"

Jeritan Meysha dari luar biliknya buat Armel menekup telinga dengan bantal. Kawannya seorang itu kalau tak memekak pagi-pagi memang tak sah. Ada saja bemda yang nak dibuat bising.

"Armel you really need to see this"

Meysha melabuhkah punggung di sisi katil Armel. Sekeping gambar itu dipandang kemudian beralih kepada tubuh Armel yang masih meniarap di atas katil. Punggung Armel ditampar kuat.

"Auchh" Armel mengaduh kesakitan

Rengusan kasar terbit dari mulut Armel. Dengan penuh rasa terpaksa Armel mengalihkan bantal yang menutup mukanya. Bermalasan, Armel bangun tegak memandang Meysha yang masih dengan pajama.

"Apa Sha? Kau ni memang dengki kan tengok aku nak tidur senang lenang. Kau tahu kan aku dah berapa hari tak cukup tidur" omel Armel dengan mata yang separa terbuka. Mulut yang menguap ditekup dengan belakang tangan. Rambutnya diselak ke belakang.

"Hah, apa dia yang kau beria sangat nak tunjuk dekat aku. Kalau kau tunjuk benda useless. Siap kau" dalam mamai sempat Armel memberi amaran.

"Ini, kau tengok Mel. Buka mata besar-besar ya Cik Armel Green" Gambar yang buat dia terkejut beruk tadi itu dihulur pada Armel. Biar Armel pula terkejut jadi beruk.

Armel dengan malas menyambut huluran Meysha. Sempat bibirnya dicungit tanda bosan. Armel pandang sekilas gambar yang berada di tanganya. Gambar dimana seroang perempuan dan seorang lelaki berada di atas katil, tidak berbaju tetapi ada comforter yang menutupi tubuh dua manusia itu. Gambar itu nampaknya di ambil dalam mode selfie kerana hanya muka perempuan itu yang kelihatan manakala lelaki itu hanya dada bidangnya saja yang kelihatan.

Armel pening sekejap. Dah apa kena mengena gambar itu dengan dia sampaikan Meysha melalak satu rumah. Gambar itu kemudian dicampak ke riba Meysha dan Armel sambung menguap.

"Apa gambar tak senonoh kau bagi aku. Tolong lah Sha jangan serabutkan kepala otak aku dengan benda yang langsung tak ada kena mengena dengan aku. Please my dearest friend Meysha. I really need my sleep" lepas bebelan panjang itu Armel kembali rebahkan badan ke katil. Baru nak pejam mata tangan Armel ditarik Meysha buatkan Armel terbangun dalam paksaan.

"Tak ada kena mengena kau kata. Ni perempuan dalam gambar ni. Kau kenal tak?" Tanya Meysha. Terasa macam nak meletup dadanya melihat perangai Armel. Boleh dia buat main perkara serius sebegini. Kalau gambar itu sampai ke kediaman ibu bapa Armel. Mahu esok terus dikahwinkan si Armel.

"Tak kenal dan tak penting pun untuk aku kenal" jawab Armel malas dan masih kabur dengan situasi sebenar.

"Ya Allah, Armel. The woman. It was you" nyaring Meysha menjerit menahan geram. Armel tutup telinga. Boleh pekak telinga kalau tiap-tiap hari dengan suara high frequency Meysha. Dengar saja perkataan 'Ya Allah" keluar dari mulut Meysha Armel tahu yang perkara tengah serius.

H.I.M | Ethan De Luca ✓Where stories live. Discover now