P R O L O G
West region, Verzona City
Fountain yang gah terbina di tengah bandar Verzona menjadi saksi pengisytiharan cinta Matthew kepada Armel. Dan malam itu, fountain cantik megah itu juga menjadi saksi pengkhianatan cinta Matthew pada Armel. Armel pandang pancutan air yang memancur keluar dengan indah itu dengan renungan jijik. Jijik bila mengingatkan yang Matthew pernah menciumnya di depan fountain itu dan di depan pancutan air itu juga Matthew bercumbu tanpa segan dengan Lydia. Si model tinggi lampai yang juga merupakan model utama untuk rekaannya. Di depan fountain itu juga Armel menyaksikan Matthew dan Lydia berpimpin mesra masuk ke hotel.
Dia percayakan Matthew separuh jiwanya dan begitu juga dengan Lydia. Dia dan Lydia bukan sekadar model dan majikan tapi dia sudah anggap Lydia sebagai kawan. Ternyata hari ini gadis cantik itu buktikan padanya yang sebenarnya dia adalah lawan.
Lost and broken.
Di bawah pengaruh alkohol, terhuyung-hayang Armel mengatur langkah kaki. Matanya kuyu cuba mencari keseimbangan badan supaya tidak tersungkur di jalan tar besar itu. Berjalan dua tiga tapak ke depan, Armel terempuh seorang lelaki muda.
"Cazzo! Sei pazzo? (Fuck! Are you crazy?)" marah lelaki itu dengan nada dan tutur yang tidak jelas. Mata kuyunya cuba fokus pada Armel tetapi badanya asyik meliuk ke kiri dan kanan menyukarnya untuk berdiri tegak. Ternyata lelaki muda itu juga sepertinya. Waras akal sudah hilang separuh. Mabuk. Wasted.
"Mi dispiace ( I am sorry)" balas Armel pendek sebelum meninggalkan lelaki mabuk itu. Semua yang tinggal di Verzona perlu fasih berbahasa Itali dan juga bahasa Melayu kerana bandar itu sendiri dibina atas dasar perdamaian antara Malaysia dan Itali setelah pergolakan politik yang berlaku 5 dekad yang lepas. Sebuah bandar moden dan elit yang dibina di atas sebuah pulau indah. Tapi sayang bandar itu tak seindah yang dikhabarkan. Full of corruption.
Dengan waras akal yang kian menghilang, Armel berjalan ke arah sebuah hotel. Ada perhitungan yang perlu dibuat.
Hanya beberapa minit berada di dalam hotel gah itu, Armel sudah bergegas mahu larikan diri
Shit! Shit! Shit!
Hati kecil Armel menyumpah. Lalu langkah kaki disegerakan. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Dan Armel cuma ada diri sendiri untuk dipersalahkan.
You're so careless and stupid Armel Green. Armel memarahi diri sendiri dengan tindakan bodohnya.
Bodohnya dia kerana telah mencium lelaki asing hanya kerana dia terlalu marah dengan kecurangan Matthew. Bodohnya dia kerana menjadi murah gara-gara ingin buktikan pada Matthew dia juga boleh curang dengan lelaki lain.
Stupid! Stupid! Stupid!
Armel segera memboloskan diri ke dalam perut lif. Butang ground floor ditekan dan pintu lif perlahan-lahan tertutup sedikit demi sedikit. Seinci sebelum pintu lif tertutup ada tangan yang tiba-tiba menghalang. Lif kembali terbuka. Armel mengangkat wajah. Wajah lelaki misteri yang dia telah mencuri ciuman itu direnung biasa. Seolah tiada apa yang berlaku antara mereka sebentar tadi.
YOU ARE READING
H.I.M | Ethan De Luca ✓
RomanceA mafia dark romance Ethan De Luca Cold, ruthless, irresistible Armel Green Desperate, defenseless, vulnerable Gara-gara sebab yang Armel sendiri tak ketahui, dia terperangkap dengan Ethan. "Why did you save me?" - Armel "Because you're mine. Mine...