PELUPA

33 0 0
                                    

 "Mama!"

"Mama!"

 " Mama , mama nampak tak mana Naura punya kunci kereta ?" jerit Naura. Puan Maryam yang sedang bersarapan  di tepi kolam ikan koi kesayangannya melihat anak tunggalnya yang sedang kalut menuruni  tangga itu sambil menghirup teh .

"Alaaa ~ mama dengar tak ni? " Puan maryam hanya mampu menggelengkan kepalanya. Penat. Penat melayan kerenah anaknya yang pelupa itu.

" ya , mama dengarlah . Dah kamu terpekik dari atas tu  memanglah mama dengar, bukan setakat mama je dengar sekali jiran rumah sebelah pun dengar tau!" Naura terdiam . Hm nak buat macam mana dah lambat kunci kereta pula hilang . Ikutkan hati Naura  nak je terjun  tangga tu .

 'aih kenapalah banyak sangat anak tangga tu, orang dah lambat bukan nak membantu lagi melambatkan adalah' .Gumam Naura.

"Tu cuba tengok dekat almari antik tu. Semalam mama nampak ada atas tu . Ni kamu bersiap ni nak pergi mana?"

Naura tersenggih  memandang wajah mamanya . "Naura ada  kelas pagi ni , tapi jangan risau tak lama pun  sampai lunch je ." Puan maryam memandang wajah anaknya bersama wajah kehairanan.

"aik , weekend pun ada kelas ke ?Apa single sangat ke Prof kamu tu sampai weekend punya buat kelas tambahan? Dahtu nanti balik pukul berapa ?Jangan lewat pula aunty Rafidah nak datang ."

 Naura lekas menghulurkan tangan untuk menyalami ibunya. Risau lagi lama , lagi banyak yang ibunya soal.

' Aih nak buat macam mana.' Dikenangkan final exam dah nak dekat . Nak ponteng ? Hmm,dia berada di tahun akhir . Kalau ponteng risau nanti kekurangan markah bonus pula. Markah bonus  itu penting kerana markah bonus sering menjadi penyelamat dirinya. Hehehehehehe.

"hmm..... takpelah Naura pergi dulu iya .Dah lambat ni takut nanti si  hazel tu bebel pula." Selepas selesai mencium mamanya . Naura mecapai kunci keretanya yang berada di almari berhampiran pintu  dan terus  membuka langkah untuk ke garaj dimana baby kesayangannya berada. 

"haih senangnya dalam hati bila minyak kereta penuh seperti jalan raya menjadi litar lumbaku.....yahuuuu~"

 Gembira hatinya melihat kereta audi r8 berwarna kelabu  yang dihadiahkan oleh arwah papanya .Naura amat menyayangi kereta audinya  kerana itu merupakan hadiah  ulang tahun terakhir yang diberikan oleh arwah papanya. 

" Mari kita berangkat  babyku ~"






MAAF SAYA BUDAK  BARU BELAJAR . HEHEHEHEHEH TERIMA KASIH SUDI BACA .

Takdir Yang TerungkapWhere stories live. Discover now