Naura berjalan menghampiri meja makan di kafe kolejnya. Perlahan-lahan Naura melabuhkan punggungnya di atas kerusi besi itu. Naura sempat melepaskan keluhan lalu mencapai segelas air teh O ais dan menghirupnya dengan tenang. Tiba-tiba bahu Naura ditampar dari belakang membuatkan dia menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang berani mengganggu waktu rehatnya itu.
"ehh kau ni kan , bagilah salam. Ini tidak nasib aku tak tersedak mati dekat sini. Kalau tak kesian mama aku tau tak ada pewaris " ujar Naura sambil menggeling Hazel hanya memaparkan wajah tidak bersalahnya itu.
"Hehehehehe , janganlah marah nanti cepat tua .Ni kenapa pula awning tudung kau serupa dilanda badai ni?"soal Hazel.
"Ha.Memang badai pun .Bukan setakat badai ribut taufan semua keluar dah !"ujar Naura dengan senada.
"Lah. Dah kenapa ni ?Prof Emir buli kau lagi ke? " ujar Hazel dengan nada simpati. Mana tidak Naura sering berkongsi bahawa Prof Emir sering membulinya. Entah mengapa Hazel merasakan seperti ada sesuatu yang aneh dengan sikap Prof Naura itu.
"Dia buat apa pula kali ni?"soal Hazel.
"Dia tak buli teruk macam haritu pun. Cuma tadi habis je kelas baru je aku nak keluar dia seru nama aku. Ingatkan kenapa, rupanya dia suruh aku teman dia marking paper exam budak sem 2. Dahlah sofa dekat bilik dia tu keras ! Sakit punggung aku! Dia tak bagi aku keluar sampai dia habis marking semua paper tu! Arhhhhhhhh! Sakit hati!" kata Naura dengan perasaan geram yang ditahan sejak tadi .
"Hold on, what? Bilik dia ?Are you seriously Naura? Dah tu berapa lama kau teman Prof beku kau tu? " Hazel memandang wajah Naura yang kelihatan kepenatan itu.
"Hmm.... boleh tahan lamalah juga. Lebih kurang dua jam setengah." Wajah letih Naura kelihatan pasrah. Naura yakin mamanya pasti risau akan dirinya. Iyalah tadi pagi janji balik masa lunch . Sekarang dah pukul 3 petang . Aduh pasti mamanya akan menyoalnya dengan seribu soalan.
"Patutlah aku tunggu kau lama dekat library. Selalunya kau keluar dulu daripada aku . Rupanya angkara manusia durjana itu !" Naura hanya mampu tersenyum manis tatkala melihat sahabatnya mula membebel seperti nenek nenek.
"jomlah kita balik .Aku dah rindu tilam ni dengan bantal busuk dekat rumah tu seperti memanggil nama aku ,hahahahahahah" seloroh Hazel .
"Ni nak balik dengan aku atau nak balik dengan abang kesayangan kau tu ?" Hazel meletakkan jarinya di bawah dagu yang kelihatan seperti sedang berfikir.
"Tak hari ni aku balik dengan kau. Biarlah aku berdating dengan kau pula. Lagipun rindu nak naik baby grey tu lah "ujar Hazel sambil mengenyitkan mata kepada Naura.
YOU ARE READING
Takdir Yang Terungkap
RomanceKesukaran memilih antara perasaan cinta yang mulai mekar atau menepati janji lama ? Menjaga cucu sahabat ibunya membuatkan Naura menjadi rapat dengan Mikael. Tengku Mikael menjadi duda pada usia yang muda. Tengku mikael merupakan seorang 'workaholic...