ᗷᗩᗷ 1

63 8 0
                                    

"Aamin..."Darwisyah baru saja habis solat subuh.

Dia termenung pada tingkap yang terbuka luas. Seronok memerhatikan pemandangan sawah padi di kala matahari terbit. Ah, tenangnya sekarang. Darwisyah menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan.

"Here you go"

Dia mengemas ala kadar bilik kecilnya. Selepas itu, Darwisyah ke bilik umminya, Puan Inayah.
"Ummi, jom mandi", umminya tertidur dalam keadaan bertelekung.

"Ya Allah, ummi tertidur pula... maaf ye kakak." Darwisyah menggeleng perlahan.

"Takde ape lah ummi. Ni kakak buka ye." Puan Inayah mengangguk.

Telekung dan kainnya ditanggalkan. Darwisyah memapah umminya naik ke atas kerusi roda. Kemudian dia keluar dari bilik Puan Inayah ke bilik air. Sekali lagi dia memapah Puan Inayah ke atas kerusi yang memang sedia ada di bilik air. Dengan bismillah, perlahan-perlahan dia memandikan umminya yang lumpuh. Inilah rutin hariannya... Selepas memandikan Puan Inayah, dia akan 'bertarung' di dapur membuat sarapan. Kemudian dia akan mengemas rumah dan luar rumah. Kadang-kadang Puan Inayah akan menemani tetapi selalunya Darwisyah menolak kerana bimbang akan kesihatan umminya. Tidak pernah merungut atau mengeluh, Darwisyah senang hati dengan rutinnya. Kerana ini adalah tanggungjawabnya.

Dengan t-shirt lengan pendek dan seluar track serta muzik yang bergema kuat diluar rumah, Darwisyah menyapu dengan penuh riang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan t-shirt lengan pendek dan seluar track serta muzik yang bergema kuat diluar rumah, Darwisyah menyapu dengan penuh riang. Kalau dilihat dari jauh, memang macam 'lelaki'. Manakan tidak rambut tu terlalu pendek. Pakaian tu pun dah macam lelaki. Nasib rumah Puan Inayah jauh dari jiran-jiran. Tak lah terbuka aurat tu. Alaaa, sape je nak lalu situ sebab nanti diorang kena marah dengan cik princess hah... pastu kena hadap bidadaranya lagi. Haih, nasib. Tengah seronok menyanyi dan adalah buat sedikit tarian, tiba-tiba lalu 10 kereta di hadapannya. Parking kat halaman rumah Puan Inayah. Darwisyah musykil.

"Aik, bukan ke kata...ah lantaklah dah sampai pun"
Dia meletakkan penyapu di tepi dan mengeluh seketika.

'Tunggu eh..kejap lagi siap-siap pasang telinga tu', dia membebel dalam hati. Darwisyah mengambil phone lalu berjalan pantas menuju ke rumah.

"Bonda!" Suara kanak-kanak berlari diselang-seli dengan bunyi larian.

Darwisyah sudah siap mendepangkan tangan. Kanak-kanak itu berlari dalam pelukannya. Dia kemudian mengucup dan mengusap kepala anak-anak buahnya.

"Dah pergi salam nenek kat dalam"

Mereka mengangguk. Darwisyah kemudian menyalami tangan kakak-kakak ipar atau lebih senang dipanggil 'bidadari'. Sesudah itu, dia mencekak pinggang dengan muka yang agak marah. Kini, dia berada antara 10 orang lelaki.

"Kata balik petang. Sekarang pukul berapa?"

Masing-masing melihat jam.

"Sembilan pagi"

ANDAI KU TAHU (COMING SOON)Where stories live. Discover now