Selepas tu dia pun terus diam. Aku pun diam. Malas nak kacau dan malas nak ambil tahu. Aku dah lali dengan sikap dia. erh! Kalau sehari tak kacau tak sah.
Selepas sejam berlalu. Akhirnya kelas pun habis. Aku menghembus nafas lega. Akhirnya! Aku dapat pulang.
" Hyeji. Aku balik dulu."
Aku menoleh ke belakang. Dan aku mengeluh hampa. Jaemin dah balik ke? Cepatnya dia jalan. Kalau tak dia mesti akan tunggu aku dulu. Takkan dia terasa sebab tadi?
Dengan langkah malasnya aku melangkah keluar daripada kelas. Aku hanya tunduk sepanjang perjalanan. Tanpa sedar ada seseorang yang telah berdiri tepat di hadapan aku. mujur aku sempat brek. Kalau tak terlanggar lelaki tu. eh! Kasut ni macam aku kenal? Aku terus dongak ke atas.
" Eh!"
Jaemin rupanya. Tapi dia hanya mendiamkan diri dengan muka selambanya. Tak tegur aku sikit pun.
" Jaemin."

YOU ARE READING
[C] cinta dalam diam . jaemin
FanfictionSuka dalam diam. Takpe kan? | Jaemin Na Malay Fanfiction Start : 06/02/2022 End : 21/02/2022